Katalah apa saja Shafee, kami akan terus lawan, kata Nurul Nuha

 INGAT SYAFIEE


INGAT SYAFEE....INI KEJADIAN YANG ALLAH DAH TUNJUKKAN....BAGAIMANA MOKHTAR DUGONG( GELARAN PADA MASA ITU) YANG MEMANG TERKENAL DENGAN SIKAP DEGILNYA SAMA SEPERTI ANDA

 
 
 
Ni saya dapat dari FB. Selamat membaca.

Cumanya ada penambahan satu lagi.

Khairuddin Abu Hasan yang menjadi aktor utama dalam buku 50 Dalil sekarang di dapati bankrupsi walaupun telah bernikah dgn pelakon Ummi Aida.

Khabarnya apartment mewah beliau juga terpaksa dilelong.

Sila  lihat imej di bawah



NASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.


 APA YANG KHAIRY DAN SYAFEE TAK PUAS HATI TERHADAP DSAI


 

 

 

Katalah apa saja Shafee, kami akan terus lawan, kata Nurul Nuha

Nurul Nuha Anwar bersama dua anaknya, Sulaimaan dan Yahya ketika ditemubual The Malaysian Insider di rumahnya di Segambut, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Februari, 2015.Nurul Nuha Anwar bersama dua anaknya, Sulaimaan dan Yahya ketika ditemubual The Malaysian Insider di rumahnya di Segambut, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Februari, 2015.



Pertama kali melihat bapanya berjalan sebagai lelaki 'bebas' di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 17 Februari lalu, Nurul Nuha Anwar tidak dapat menahan perasaannya.

Tubuh cekung itu dipeluknya erat - rindu, syukur dan gembira kerana keluarganya dapat bersatu kembali walaupun seketika cuma sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa semula ke Penjara Sungai Buloh.

"Dia minta doakan untuk dia, jangan bersedih, banyakkan bersabar dan teruskan perjuangan," katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Kata-kata itu menjadi pegangan buat Nurul Nuha, 31, terus berdepan dengan ranjau politik pihak yang menentang ayahnya, termasuk pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mula sibuk dengan Jelajah Liwat II ke seluruh negara.
  Bagi Nurul Nuha, tindakan Shafee yang terus menyerang Anwar walaupun proses mahkamah selesai, sama sekali tidak menggugat keluarganya untuk terus menyambung perjuangan Anwar.
Katanya, dakwaan Shafee itu tidak berdasarkan fakta mahkamah dan hanya mereka-reka cerita yang tidak wujud mengikut keterangan dalam kes.

"Apa pun yang terjadi, kami sekeluarga semakin kuat. Dia boleh kata apa saja tetapi dia tidak boleh diamkan suara kebangkitan rakyat," katanya.

Buktinya, anak kedua Anwar itu mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai ketika pertama kali muncul di atas pentas ceramah di Dewan Sekolah Han Chiang di George Town, Pulau Pinang pada 16 Februari lalu.

"Saya sangat terharu. Saya tak fikir sambutan itu untuk saya, tapi untuk ayah. Rakyat datang beri sokongan kepada keluarga saya dan kasih untuk Anwar," katanya.

Namun, katanya ia masih belum dapat membuka hatinya membuat keputusan untuk terjun dalam dunia politik secara serius.
"Buat masa ini fokus saya ialah March To Freedom (MTF). Jika saya masuk politik atau tidak, itu isu lain.

"Sekarang kami sedang berjuang membebaskan ayah yang sedang menerima hukuman yang tidak adil," katanya sekali gus menolak desas-desus dirinya calon Permatang Pauh kerana masih tidak ada lagi keputusan daripada PKR berhubung status kerusi Parlimen itu.
Katanya, MTF mempunyai pelbagai inisiatif memberi tekanan kepada kerajaan untuk membebaskan Anwar, antaranya berjumpa dengan kedutaan antarabangsa dan mengetengahkan objektif gerakan itu.

Nurul Nuha berkata, kakak sulungnya Nurul Izzah dan peguam sudah berjumpa beberapa kedutaan termasuk pegawai Kedutaan Jerman yang memberi jaminan berjumpa dengan Anwar dan melihat keadaannya di penjara.

"Kami jumpa dengan banyak kedutaan termasuk Sweden dan Australia, menjelaskan situasi sebenar. Mereka ambil berat dengan keputusan kes papa.

"Jadi, mereka khususnya Kesatuan Eropah bekerjasama dengan kedutaan berbincang perkara ini dan mereka akan membawanya ke peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberi tekanan supaya Anwar dibebaskan," katanya.
Anak perempuan kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha (tengah) berbual bersama dua lagi adiknya, Nurul Hana (kiri) dan Nurul Iman ketika ditemubual The Malaysian Insider di Segambut, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Februari, 2015.Anak perempuan kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha (tengah) berbual bersama dua lagi adiknya, Nurul Hana (kiri) dan Nurul Iman ketika ditemubual The Malaysian Insider di Segambut, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Februari, 2015. Selain menyalakan lilin di depan penjara Sungai Buloh setiap hari, katanya MTF juga mencetak dan mengedarkan poskad percuma kepada orang ramai yang berminat menulis kata-kata semangat kepada Anwar.

Katanya, setakat ini 50,000 cetakan poskad secara sudah dibuat dan habis diedarkan sebelum poskad dibawa masuk ke penjara untuk tatapan Anwar.

Walau sesibuk mana tugasnya sebagai penggerak MTF, Nuha sama sekali tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada dua anak lelakinya, Sulaimaan, 3, dan Yahya, 1.
Katanya, waktu malam dimanfaatkan untuk membuat kerja sebagai pereka grafik separuh masa di syarikat swasta dan bertanggungjawab menguruskan keluarga memandangkan suaminya sering keluar negara untuk bekerja.

"Saya ibu sepenuh masa tetapi masih menjadi pereka grafik pada sebelah malam selepas anak-anak tidur. Suami saya selalu bekerja di luar negara, jadi saya terpaksa tanggungjawab menguruskan semuanya," katanya.

Mengimbas kembali detik hitam 1998, Nuha yang berusia 13 tahun ketika itu berkata, perasaan sama timbul ketika Anwar dijatuhi hukuman pada 10 Februari lalu.
"Rasa sama seperti 1998 sekali lagi, kerana kita tidak jangka akan jadi begini.

"Saya rasa papa lebih bersedia (awal). Saya pula enggan memikirkan sesuatu negatif yang menghantui keluarga kami sejak dulu," katanya.

Memiliki rupa paras seiras Izzah, beliau seorang aktivis yang gemar dengan demonstrasi untuk Gaza oleh badan bukan kerajaan (NGO) Viva Palestine, serta turut terlibat mengedarkan keperluan mencukupi kepada gelandangan melalui dapur jalanan.

"Saya boleh membezakan politik dalam situasi semasa dan aktivisme. Politik ini luas. Kadang kala aktivisme boleh memberi tekanan kepada polisi menjadi politik.
"Tapi kalau hendak pegang jawatan dalam politik itu lain cerita,” katanya. – 22 Februari, 2015.

No comments: