Lagi ahli akademik tentang polisi ekonomi perkauman

Oleh: A mirulmukminin

Agenda Bumiputera menjadi tulang belakang pelan ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 1969, dasar pro-Melayu dipertahankan sejak berdekad kerana kemunduran ekonomi disebabkan amalan pecah dan perintah sejak zaman penjajah British.

Bagaimanapun, pakar ekonomi Tan Sri Dr Kamil Salih berkata, kini masanya Putrajaya menunda agenda Bumiputera dan fokus kepada usaha melaksanakan polisi negara yang mementingkan semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Putrajaya perlu usaha ke arah agenda nasional dan membentuk polisi negara yang lebih inklusif. Jika dilakukan dengan baik dan mengelakkan kesukaran lampau, jadi saya rasa negara boleh mencapai target ekonomi tanpa ada 'agenda Bumiputera'.

"Jika ketidaksamaan dan jurang antara kaya dengan miskin cuba dikurangkan, majoriti Bumiputera juga akan mendapat manfaat.

"Jadi kenapa perlu menjadi perkauman bila kita boleh capai matlamat yang sama," kata Kamal yang juga profesor Pengajian Ekonomi dan Pembangunan di Universiti Malaya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

November lalu, akhbar News Straits Times melaporkan kerajaan membelanjakan RM46.5 bilion sebagai suntikan untuk ekonomi Bumiputera melalui 23 program sejak September tahun lalu.

Ketua Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Husni Salleh, yang juga setiausaha Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) berkata semua 23 kementerian, ketua setiausaha dan syarikat berkait kerajaan (GLC) kini mempunyai idikator pencapaian tentang Bumiputera yang dipantau sendiri Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semasa perhimpunan agung Umno tahun lepas, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan Polisi Ekonomi Negara (NEP) yang baru ditubuhkan untuk mengubah agenda ekonomi Bumiputera kepada agenda kebangsaan.

Bagaimanapun Kamal berkata, ketidaksamaan antara kaum lebih penting, dan kemiskinan tidak lagi boleh dibezakan mengikut kaum.

"Perbezaan etnik bukan lagi asas untuk ketidakadilan. Kini ia ditafsirkan dengan pendapatan dan ketidakseimbangan antara kaya dan miskin, beza antara CEO dengan pekerja biasa. Maka semua perkara perlu diubah," katanya.

Ini dibuktikan dalam Laporan Pembangunan Manusia 2013 yang ditulis Kamal dengan Dr Muhammad Abdul Khalid serta Dr Lee Hwok Aun.

Antara penemuan laporan adalah sejak 1970, ketidakadilan mengikut kumpulan etnik semakin menurun dan menyumbang hanya 4% kepada keseluruhan ketidakseimbangan di Malaysia pada 2009.

Dalam soal kemiskinan relatif, Malayu mencatatkan jumlah 19.1%. diikuti Cina dengan jumlah 17.9% pada 2012.

Mengenepikan soal kaum, pekerja biasa perlu bekerja sehingga 98 tahun untuk memperoleh pendapatan sama dengan purata seorang CEO pada 2011, menurut laporan yang ditugas dan diterbitkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Secara kasar satu daripada dua Melayu, bukan Melayu Bumiputera, Cina dan India juga tiada aset kewangan cairan segera, menjadikan mereka mudah terjejas jika mengalami masalah kewangan.

Pada masa sama, agenda Bumiputera NEP yang menimbulkan cemburu di kalangan bukan Melayu dan tidak mencapai target penglibatan 30% Bumiputera, kata Kamal.

"Ketika Melayu sering mendapat manfaat NEP, atau dasar yang dirangka atas nama Melayu, dalam jangka panjang akan menimbulkan kemarahan bukan Melayu walaupun pada mulanya mereka bersetuju, dan masalah itu tidak selesai.

"Melayu juga cemburu apabila semua duit diberikan kepada kumpulan kecil. Jadi kedua-dua Melayu dan bukan Melayu tidak senang hati," katanya.

Kamal berkata, tindakan tegas mengenai dasar perlu kekal, tetapi mereka perlu sasarkannya kepada kumpulan yang memerlukan berbanding seluruh kaum Melayu.

"Beberapa tindakan tegas mengenai dasar perlu dibuat secara orientasi, ada dasar yang perlu fokus kepada kawasan luar bandar. Dasar sepatutnya disasarkan kepada populasi tertentu, kumpulan sosial dan kawasan."

Beliau memberi contoh Bumiputera miskin di Sabah dan Sarawak, atau di seluruh Kelantan.

UNDP mencatatkan isi rumah paling kaya adalah Kuala Lumpur, berpendapatan 2.7 kali ganda berbanding Kelantan yang paling mundur dengan beza jumlah RM5,418.

Rakyat yang tinggal di kawasan bandar memiliki 55% kekayaan per kapita berbanding penduduk luar bandar, katanya.

"Kerajaan hari ini tidak lagi boleh mendiskriminasi penduduk luar bandar atau negeri ditadbir pembangkang.

"Kita perlu semak semula mekanisme peruntukan, jika tidak negeri yang kurang membangun akan ketinggalan," katanya. 

Katanya, kerajaan perlu bertindak adil berdasarkan merit, jika tidak ia akan melemahkan semangat Malaysia daripada kerja keras dan berdikari.

"Cara penambahbaikan hidup rakyat melalui peruntukan secara terus kadang kala bukan saja membentuk satu kebergantungan malah peluang amalan korup apabila mereka yang mempunyai kuasa dan hubungan mendapat lebih keistimewaan," katanya.

Kenyataan Kamal itu mungkin bercanggah dengan kumpulan pembela hak Melayu yang percaya kerajaan perlu terus memberi layanan istimewa kepada Bumiputera dengan memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam desakannya supaya dasar Bumiputera dipertingkatkan, kumpulan ini sering mencanangkan Melayu sedang terancam di negara sendiri dan perlu dilindungi kerajaan.

"Melayu berada dalam keadaan terancam ini satu kenyataan yang negatif.



"Anda tidak boleh rasa terancam di tempat yang anda sendiri adalah komuniti terbesar, dan mempunyai institusi serta Perlembagaan yang melindungi kepentingan anda," katanya.




No comments: