Thursday, September 11, 2014

Wan Azizah lawat balu Kapten MH17

Wan Azizah lawat balu Kapten MH17

(Oleh: Fiza Halim)
SHAH ALAM 11 SEPT: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa selama satu jam menziarahi balu Kapten Wan Amran Wan Hussin, yang merupakan juruterbang MH17 yang terkorban dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.
WawiAllahyarham Wan Amran meninggalkan seorang balu, Mariam Yusof serta dua anak lelakinya masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.
Ini merupakan kunjungan pertama diterima keluarga mangsa setelah Allahyarham Wan Amran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 pada 2 September lalu.
Wan Azizah yang juga ADUN Kajang berkata, beliau menziarahi balu Allahyarham untuk meluahkan simpatinya dan menghulurkan sumbangan peribadi.
“Kita bersimpati dan saya bersyukur arwah telah selamat dikembumikan, dan arwah seorang yang baik dalam masa hayatnya. Semoga Allah menempatkannya dalam gologan para solihin.
“Dengan itu, apabila kita tengok keadaannya (balu) kita nak tolong, nak beri kebajikan pada Puan Mariam dan anak-anaknya. Ini keadaan yang kita tak ingini, kita akan berusaha untuk menolong keluarga ini,” katanya ketika ditanya Suara Keadilan di luar kediaman balu tersebut di Alam Impian Seksyen 35, Shah Alam.
Dalam pada itu, Wan Azizah menasihati balu Wan Amran supaya redha dengan ketentuan Ilahi.
“Hidup ini begitulah, kita kena redha dan ini sudah ketetuan dari-Nya, kita berdoa dan sedekahkan Al-fatihah kepada yang meninggal dunia,” jelasnya dalam nada sedih.
Jenazah Wan Amran adalah antara sembilan jenazah yang tiba di tanah air yang diberi penghormatan pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 September lalu.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers