TERKINI: DPIM Selangor yakin Dr Wan Azizah mampu tarik pelabur

OLEH: AMIRULMUKMININ


Kenyataan Media: Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor) merafak sembah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Sharaffudin Idris Shah Sultan Selangor Darul Ehsan, mohon perkenan Tuanku agar Tuanku Sultan dapat menyelesaikan konflik yang berlaku dalam Negeri Selangor berkaitan isu Perlantikan Menteri Besar yang Baharu dengan bijaksana.
DPIM Selangor  memahami bahawa Menteri Besar yang dilantik itu mestilah yang mendapat sokongan majoriti  Ahli Dewan Negeri Selangor.  Apabila seorang ADUN dicadangkan menjadi Menteri Besar dan disokong majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor ia secara langsung menggambarkan sokongan padu rakyat Selangor, kerana ADUN adalah dipilih oleh rakyat melalui proses penggundian dalam Pilihanraya.

Sebagaimana makluman yang kami terima calon yang mendapat sokongan majoriti adalah Y.B. Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato ’ Wan Ismail,  ADUN Selangor kawasan Kajang.

Kami DPIM Selangor menyokong penuh  DSWA sebagai MB Selangor yang baharu. Sokongan kami adalah berdasarkan kepada rekod-rekod pencapaian DSWA semenjak beliau menuntut di Universiti lagi, dimana DSWA telah mendapat beberapa anugerah daripada Institusi Pengajian, Badan Profesional serta Badan-Badan kesukarelawan dalam negara dan luar negara.

Walaupun DSWA seorang wanita beliau mempunyai bakat kepimpinan yang luar biasa, beliau dapat menubuhkan parti yang beliau pimpin hingga sekarang malah telah mengharugi empat kali Pilihanraya umum dengan peningkatan yang cukup memberangsangkan.

Sebagai seorang Pakar Perubatan sudah semestinya DSWA akan menjadi pemimpin yang teliti yang akan membawa penawar kepada kemelut yang berlaku di Selangor.

Sebagai sebuah badan NGO yang menaungi ahli-ahli bisnes di negeri Selangor sudah pastinya DPIM Selangor sangat mengimpikan seorang  Menteri Besar yang mesra dengan ahli Bisnes dan berusaha keras membawa pelabur luar bagi menggadakan usaha pelaburan.

DPIM Selangor cukup yakin hubungan baik DSWA di peringkat antarabangsa seperti dengan ahli perdagangan daripada Dhubai,  Turki, Filipina,  China dan Indonesia akan dapat menarik ramai pelabur-pelabur tersebut membuat pelaburan di Selangor. Dengan kehadiran para pelabur ini pastinya akan merancakkan suasana bisnes serta meningkatkan ekonomi negeri Selangor.

Peningkatan pelaburan dalam pelbagai sektor yang pastinya akan membuka banyak peluang pekerjaan juga peluang bisnes baru, peluang ini sangat dinanti-nantikan oleh generasi muda yang sedang mencari pekerjaan serta yang sedang membina kerjaya.

Dato' Haji Mat Ghazali bin Abdul Rakim
Pengerusi DPIM Selangor

No comments: