YB NI BERANI BERSUARA...KALAU PAS MACAM INI..... ORANG SELUTE

Masa Khalid Samad kena tibai dengan Soltan...PAS diam saja. Tapi YB ni memang berani. Betoi la dia hanya takut pada Tuhan ..Konsep yang di laungkan oleh PAS selama ini. Tuhan ada. Itu semua orang percaya, Tapi kalau takut nak bersuara atau nak jaga tembolok , walau dah didedahkan dengan sikap dan perangai nya...masih jugak lagi nak skong ..aku percaya sah dan terang lagi bersuloh , dah masyukk dak pun  dapat bantuan.

Setakat ini Khalid Ibrahim orang dah nilai, Sikap Pas pun ramai dah nilai. Namun , bila adanya usaha macam ini, sekurang kurangnya ada yang berani bercakap. Minta maaf secara terbuka bagi pihak Pas, Itu Pas sendiri akui akan beberapa kelewatan dalam menyatakan pendirian.

Ramai yang masih anggap perlunya minta izin, perlu bagi tau dulu Pas, perlu itu ini, Tu semua ngarut. Kena membaca bukan saja kitab nak kena mentelaah, media juga perlu mentelaah. Kalau main sokong macam Tantawi, orang dah mula meluat, Tak payah cakap apa pun, asal keluar saja dari mulut Tantawi, sah imej dia dah hilang, Pilihanraya sekali lagi, kalau letak juga di Temerloh, awal awal lagi istihar kalah. Nak tunjuk hero tak kena tempat. Akhirnya kena saman.

So, Kalau sekarangini macam macam orang cakap P>U>K>I  Pas Umno Khalid Ibrahim , itu orang Pas tak boleh nak kata apa...Kalau kaum Cina dan India mula meragui Pas kena tanya Hj Hadi, Presiden Pas. Cumanya untuk menyeimbangkan antara Pas yang mengamalkan semangat setiakwan dan juga yang memahami perjuangan gerakan Reformasi dulu, dengan golongan ulama yang kita lihat seolah olah menyokong perjuangan Umno , itu Pas perlu jawab lah....apa pun buat masa ini imej Pas jatuh...itu Pas tak boleh cakap apa lah. Kalau esok pilihanraya di selangor..Pas akan hilang banyak kerusi...Pas akan jadi zaman 80an dulu...zaman Pas nak lawan Umno di kawasan Melayu yang masa itu Bn/umno ni macam Tuhan bagi orang Melayu. Tak dak Umno Melayu mampoih dan merempat.

Melayu cerdik sikit lepas Anwar kena tendang. Yang ini golongan muda belum tahu gerakan masa itu. Yang ini kalau tanya golongan 40an dan 50an , baik dalam Pas atau Dap, PKR sendiri, Isu Anwar memenangkan PAS. Bagaimana arwah Ustaz Fadzil Nor yang menjadi Presiden Pas begitu berjaya menarik minat golongan muda menyertai Pas, Bukan sekarang golongan muda sertai Pas..lama dulu dah Pas di sertai ramai apabila Anwar di pecat.. Ini jasa Ustaz Fadzil Nor. Ilham Tahalus Siyasi pakat elok elok dengan bangsa asing...sehinggalah Melayu sanggup bawa bendera DAP..., dan orang Tionghua berani pakai baju lambang bulan.....yang bagi jatuh Pas , jatuh negeri , tumbang sana sini, Ug sana UG sini...zaman ini zaman sekarang.

Jadi penyokong , ahli atau sesiapa dalam Pas sedar, celik, buka mata.....selebihnya terserah lah kepada kebijaksanaan. Kita percaya, ramai bijak pandai dalam PR ini. Jadi gunakanlah kebijaksanaan ini untuk bukan Khalid Ibrahim seorang.

Mana kita tahu diketika ini Umno sedang bersiap sedia mengemaskan jentera propaganda, pilihanraya, atau persediaan telah lengkap .Tiba tiba belum sempat 17 hb...Khalid bubar dewan...Apa macam Pakatan? Apa macam Pas? apa Macam PR?

Hangpa pikiaq ambik la.......... Masa ni Umno tepuk tangan Khalid balik jaga cucu, Pakatan kelam kabut, Selangor Umno punya...............



No comments: