WAJIB BACA: DAP calonkan Wan Azizah

DAP calonkan Wan Azizah

Langkah Kajang adalah satu strategi menukar MB Selangor secara tertib. Tuduhan pemimpin aliran keras PAS kononnya Anwar melakukan nepotisme dengan melantik isteri sendiri tidak berasas sama sekali.

Langkah Kajang memenuhi tuntutan Adun PAS Selangor yang muak dengan gaya pentadbiran seorang diri Khalid dibantu dua penasihat wanitanya, dibuat dengan tanpa mengecilkan hati beberapa pihak yang terlibat.

Pada awalnya, Anwar Ibrahim sendiri mengambil tanggungjawab menggantikan MB Khalid. Tujuannya bagi meletakkan pemimpin yang jauh lebih popular di tempat Khalid agar rakyat Selangor  tidak tertanya-tanya kredibiliti dan keupayaan pemimpin tersebut.

Dalam parti Khalid bermusuhan dengan Azmin Ali. Azmin mempunyai ghairah untuk menduduki kerusi MB. Sekiranya Azmin dilantik maka penyokong Khalid akan melakukan tindakan yang kurang baik kepada parti. Begitu juga Azmin tidak akan menentang sekiranya Anwar yang diseganinya menggantikan Khalid.

Oleh kerana Anwar digagalkan bertanding oleh Umno maka PRK kajang kemudiannya dimenangi Dr Wan Azizah. Azizah kemudiannya dicalonkan sebagai MB baharu.

Bagaimanapun, tidak seperti dakwaan PAS Anwar melantik isteri sendiri, nama calon lain juga telah diperbincangkan bersama DAP. Namun DAP tidak bersetuju kecuali Azizah menggantikan Khalid. Di peringkat PKR pula nama Azmin disenaraikan tetapi ditolak oleh Biro Politik dan Azizah disaran untuk menjadi MB baru.

Pemimpin garis keras PAS wajar menghentikan tuduhan memburuk-burukkan PKR dan Azizah jika mereka benar-benar mengamalkan politik Islam. Pencalonan Azizah walaupun PAS tidak menyukainya telah dibuat secara bersama oleh DAP dan PKR.

Dalam politik demokrasi suara majoriti mengatasi minioriti. PAS hanya minioriti dan sewajarnya bersetuju dengan pilihan dua rakan gabungannya. Apa yang dilakukan oleh pemimpin aliran keras PAS kini hanya membuka aib mereka sendiri.

Penolakan Azizah membuktikan mereka tidak demokratik dan tidak mengamalkan politik Islam dengan mengutamakan pilihan yang dipersetujui oleh jumlah terbesar.

No comments: