Thursday, August 14, 2014

WAJIB BACA: Ayuh, PAS Selangor kemukakan usul tolak umno!



Ayuh, PAS Selangor kemukakan usul tolak umno!

OLEH : Amirulmukminin


Perselisihan pendapat dalam PAS antara golongan ulama dan profesional tiba di kemuncaknya apabila beberapa pemimpin Dewan Ulama dan pemimpin tertinggi PAS didakwa berkeras menyokong Khalid Ibrahim yang tidak lagi menjadi ahli Pakatan Rakyat.




Sokongan bagi mempertahankan kerusi MB Khalid di Selangor itu menyebabkan PAS Selangor terpaksa bekerjasama bersama Umno buat pertama kali dalam sejarah selepas Khalid memecat exco PKR dan DAP.

Pujukan gagal

Anwar pada 11 Ogos lalu bergegas ke Terengganu menaiki helikopter bertemu Presiden PAS Hadi Awang di sebuah hotel di Kuala Ibai. Pertemuan yang pada awalnya dilihat bakal membuahkan hasil positif selepas Umno Selangor mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid, berakhir dengan ketidaktentuan berterusan. Hadi yang sepatutnya membuat pengumuman pada malam itu menarik balik sokongan kepada Khalid tidak berkata apa-apa ketika diasak oleh media.

Hadi dilaporkan tidak banyak berganjak daripada pendirian asal walaupun  mengetahui Khalid memaksa PAS dan Umno bekerjasama di Selangor bagi mempertahankan kerusi MB yang disandangnya.  Hadi mungkin akan membuat keputusan yang sukar diterima ahli biasa PAS dalam menyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos ini. Bagaimanapun sejarah telah tercatat, mulai 11 Ogos lalu PAS yang memusuhi Umno telah bekerjasama dengan parti sekular itu memerintah Selangor.

PAS menghampakan perjuangan rakyat menuntut perubahan sejak 10 tahun lalu. Hal itu terjadi kerana tiada pemimpin yang berani menyanggah Hadi walaupun presiden tersesat jalan. Jika situasi sama berlaku dalam PKR atau DAP maka ahli bawahan akan menghentam kepemimpinan atasan. Sebaliknya, budaya PAS yang mengutamakan walak atau ‘setia tidak berbelah bahagi’ kepada pemimpin menyebabkan tiada siapa berani menegur pemimpin atasan.

Sekiranya situasi ini dibiar berlarutan maka PAS akan mengulangi krisis kepimpinan pada 1970an lalu. Ketika itu Yang Dipertua PAS Asri Muda mentadbir parti mengikut kehendak sendiri. Ahli dan pemimpin bawahan tidak menegur dengan tegas. PAS diheret bekerjasama dengan Umno tetapi ditikam Umno dari belakang sehingga PAS pecah dua akibat krisis MB Kelantan.

Ketegasan sahabat

Ahli PAS tentu maklum peristiwa ketegasan sahabat dalam menegur khalifah. Ketika saidina Umar al Khattab bertanya kepada para sahabat apakah yang akan dilakukan jika beliau menyeleweng dalam pemerintahan, seorang sahabat bangun dan berkata akan ‘mengajar’ Umar dengan pedang beliau. Umar bersyukur di atas ketegasan para sahabat.

Dalam kemelut ini, ahli dan pemimpin rendah PAS bertanggungjawab menegur pemimpin atasan apabila kesilapan telah berlaku. Sewajarnya PAS cawangan dan kawasan memanggil mesyuarat tergempar. Satu usul yang tegas perlu dibahaskan oleh PAS cawangan dan kawasan di Selangor. Mereka perlu meluluskan usul menolak berkerjasama dengan Umno.

Usul akar umbi akan menghentikan pemimpin atasan bergerak lebih jauh. Mana-mana parti dalam dunia wujud kerana mempunyai cawangan dan ahli akar umbi. Jika akar umbi menolak bermakna parti tidak memperolehi sokongan teras dan pada dasarnya keputusan atasan tidak akan dilaksanakan jika melibatkan ahli bawahan.

Mesyuarat tergempar membahaskan usul seperti itu tidak boleh disekat oleh Setiausaha Agung PAS kerana tidak bercanggah dengan polisi PAS menentang Umno sejak sekian lama. Usul menolak Umno mempunyai taraf yang sama dengan usul menyokong kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Tiada lagi syurga

Hanya dengan cara itu sahaja para pemimpin PAS akan berfikir dua kali sebelum mengumumkan kerjasama dengan Umno mempertahankan pemerintahan di Selangor. Seandainya usul seperti itu gagal dibuat maka besar kemungkinan PAS akan melakukan kerjasama rasmi dengan Umno buat kali kedua selepas peristiwa di Kelantan pada 1971 – 1978.

Ahli bawahan yang dijanjikan syurga berjuang bersama PAS pasti tidak lagi dapat membayangkan syurga sebaik sahaja parti itu bersekongkol dengan parti yang sedang merompak duit rakyat Selangor melalui perjanjian air dan pembinaan loji Langat 2.

Begitu juga projek-projek besar di Selangor akan dikurniakan kepada kroni Umno selepas ini. Dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berkemungkinan besar akan dipotong untuk membiayai projek kroni. Tidak perlu ulama PAS membuat fatwa baharu kerana penyokong PAS telah faham kebusukan Umno dan tiada lagi kesucian bersama jemaah yang menyokong penyelewengan.

Inilah detik paling genting buat PAS. Ketika pemimpin tidak mampu membuat keputusan betul maka ahli bawahan PAS perlu memberi peringatan, kekuatan dan semangat agar istiqomah dilandasan yang betul dan tidak terjerumus melakukan maksiat bersama Umno!


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers