Monday, August 25, 2014

Takkan Sultan Selangor kena tipu sekali lagi?

 BJ Zainulfaqar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk menjernihkan kemelut di Selangor kini, dalih Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
"Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," dalih Ahmad Shamsuri.

Sebelum ini, saya menulis bahawa  30 Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar yang baru bukti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bohong Sultan.


Geng Bas Sekolah seakan mengikut telunjuk Umno Barisan Nasional kerana mahu Khalid bebas kekal sebagai menteri besar.

Apabila Hadi dipertikai kerana mendahului musyawarah PAS dengan mempertahan peribadi Khalid, pro Geng Bas Sekolah berdalih Sultan Selangor tolak nama Dr Wan Azizah.

Sebelum PAS Pusat bermusyawarah, Geng Bas Sekolah perkuda Majlis Syura Ulamak (MSU) demi menutup kelemahan Hadi, klip rakaman suara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya seakan membongkar pembohongan jijik mereka.

Mula-mula bdul Hadi mengikuti telunjuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali atau “Cikgu PA” menolak nama Dr Wan Aziah.

Selepas “kawtem” dengan Geng Bas Kilang dari PKR, Hadi sekali lagi diheret Cikgu Pa untuk membawa nama Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali sebagai “nama kedua” sebagai calon menteri besar, sungguhpun mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum itu pun sebulat suara membawa nama Dr Wan Azizah sahaja.

Khalayak bertanya, "kenapa PAS tidak seperti MPPR membawa nama Dr Wan Azizah sahaja?", Hadi dilaporkan berdalih," tanya Sultan....tanya istana..."

Apapun kebenaran yang cuba disembunyikan Geng Bas Sekolah, kenyataan seumpama bdul Hadi itu mampu membawa isyarat bahawa bukan PAS yang tidak suka depan Dr Wan Azizah, tetapi, istana yang tidak suka Presiden PKR berkenaan untuk diperkenan sebagai menteri besar yang baru.
Isyarat Hadi itu sekaligus membawa isyarat seolah-olah Sultan Selangor sendiri tidak suka Dr Wan Azizah.

Persoalannya, adakah benar Sultan Selangor yang seperti digambarkan itu, sedangkan baginda dijunjung rakyat atas maksud Raja Berperlembagaan?

Apapun kebenaran daripada Istana Selangor berhubung polemik ini, Hadi dan Geng Bas Sekolah seakan cuba menjerut leher masing-masing jika semua ini

Ini kerana, unsur pembohongan dalam dalih Hadi dan Geng Bas Sekolah sendiri seakan membohongi Sultan Selangor, seperti Khalid sebelum ini.

Sepatutnya PAS belajar daripada tindak-tanduk Khalid, bukan menjadi “lembu” yang mudah dicucuk hidung Geng Bas Sekolah dan “Cikgu Pa”.

Jangan percaya dengan dusta Khalid kononnya masih ada sokongan majoriti selepas dipecat daripada PKR.

Tapi, banyak pihak menganggap Khalid mempunyai hubungan istemewa dengan Sultan apabila Khalid mengaku mempunyai sokongan majoriti dan dititah terus menjalankan tanggungjawab serta pentadbiran dalam Kerajaan Selangor.

Pada pendapat saya, kalau Sultan Selangor benarlah memberi layanan istemewa kepada Khalid, tentulah Khalid diperkenan mengadap baginda sungguhpun di luar negara baru-baru ini.
Khalid lebih tahu mengapa Sultan menolak untuk berjumpa di luar negara.

Khalid lebih arif, adalah Sultan Selangor murka atas sebab dibohongi atau ada kegentingan yang lain, sampai bertitah tunggu baginda pulang ke tanah air sekarang.

Jika Geng Bas Sekolah sensitif dengan disiplin ilmu diplomatik, langkah sumbang Khalid ini sudah tentu boleh dibaca dan diambil pedoman.

Jika benarlah langkahan Khalid dibaca sebagai pembohongan ke atas istana, sepatutnya Geng Bas Sekolah patut mencegah Hadi dari melakukan perkara yang sama.

Dalih istana tolak nama Dr Wan Azizah samalah maksud bahawa titah Sultan Selangor memaksudkan sebegitu.

Jika ternyata salah, Hadi pun tuak mustahil ditanggapi berbohong dengan Sultan Selangor kelak, sama seperti Khalid.

Apabila Ahmad Shamsuri dalam kenyataan terbarunya pun menyebut, "penafian Presiden PAS menerima titah mengenai isu MB Selangor," saya mula berasa Sultan Selangor seakan kena tipu sekali lagi.

Setuju? – faqar.blogspot.com, 22 Ogos, 2014.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers