Saifuddin: Anwar temui 'seseorang yang amat penting'








Perkara ini pimpinan Pas perlu jelaskan kepada Umum.Selain Hj Hadi membela Khalid, penyokong dibawah membuat berbagai aduan? Ini lah yang dikatakan adalah silap jika pas salahkan pkr dan tohmahan dari orang ramai tentang gila kuasa.








Dari pertemuan 8 mata, Pemuda PAS mahu pertemuan 6 mata segera

Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat mencadangkan pertemuan enam mata segera, bukan lagi lapan mata, berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014.  

Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat mencadangkan pertemuan enam mata segera, bukan lagi lapan mata, berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014. Berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR, Pemuda Pakatan Rakyat (PR) kini mencadangkan pertemuan 6 mata segera, bukan lagi 8 mata.

"Pemuda PAS difahamkan semangat pertemuan ini dan akan dilaksanakan pimpinan utama PR," kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat dalam satu kenyataannya hari ini.

Yang dimaksudkan Suhaizat adalah pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.


Sebelum ini, mereka bertiga dicadangkan bertemu secara 8 mata dengan Khalid, menteri besar (MB) Selangor dua penggal yang hendak disingkirkan PKR dan digantikan dengan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  Selain cadangan itu, Pemuda PAS juga mencadangkan PR mewujudkan segera Jawatankuasa Krisis MB Selangor bagi menangani masalah yang akan berlaku.
Berdasarkan pengalaman krisis kerajaan negeri Perak tahun 2009, masa berlalu terlalu pantas pada waktu ini, kata Suhaizan.

"Masa boleh menjadi pedang kepada PR. Pemuda PAS mendesak agar konflik ini dapat ditangani dengan segera secara harmoni melalui Majlis Presiden PR," katanya.

Suhaizan juga mengarahkan semua anggota Pemuda PAS bertenang menghadapi situasi ini.
"Saya memberi arahan kepada semua anggota di seluruh negara agar bertenang, bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan dan tunggu arahan dari Pejabat Pemuda PAS Malaysia. Jangan bertindak secara sendirian dan menambah sulit terhadap krisis yang sedang berlaku," katanya.

Ekoran pemecatan Khalid sebagai ahli PKR, menyebabkan MB Selangor itu bukan lagi seorang ahli PR.

Pentadbiran kerajaan negeri dalam keadaan yang tidak stabil, kata Suhaizat.

Pemuda PAS, katanya, sangat khuatir ruang ini akan dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka dengan mewujudkan kekacauan dalam negeri Selangor agar Dewan Undangan Negeri dapat dibubarkan.

Dalam mesyuarat Pemuda PAS Malaysia semalam, kata Suhaizan, mereka bersetuju menyokong usaha memperteguh PR seperti yang dipertegas Majlis Syura Ulama dan bersedia menjadi pendamai kepada krisis yang sedang berlaku. – 10 Ogos, 2014.


No comments: