Rafizi gesa Khalid tidak susahkan rakyat Selangor dengan pembubaran DUN

Rafizi gesa Khalid tidak susahkan rakyat Selangor dengan pembubaran DUN

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2014. 

 Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur secara baik dan jangan menyusahkan rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rafizi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mengarahkan ahli PKR bersiap sedia sekiranya perkara itu berlaku.

"Ada kemungkinan beliau akan mempersembahkan cadangan untuk memperkenankan bubar DUN," kata Rafizi dalam ucapan penggulungan Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak lama lagi bagi menjelaskan kedudukannya selepas hilang sokongan majoriti Adun Selangor.

"Saya hendak ingatkan Khalid walau berbakul-bakul integriti dan nama baik yang ada sebaik-baiknya uruskanlah peralihan dengan menghormati suara rakyat.

"Jangan berniat untuk sabotaj rakyat dengan membubarkan DUN," katanya.

Menurut Rafizi, PAS akan bermesyuarat esok pagi untuk menentukan sama ada 13 lagi Adun mereka akan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

Sebelum ini dua Adun PAS dari Hulu Klang dan Morib bersama-sama 28 lagi Adun Pakatan Rakyat (PR) sudah menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.

No comments: