WAJIB BACA : PAS tidak jaga air muka rakan PR

 Oleh: AMIRULMUKMININ


Kepimpinan ulama PAS terus membela Khalid walaupun MB itu tidak memenuhi hasrat penduduk Selangor.

Kesilapan pemikiran ulama PAS ialah mereka berpaut pada ijtihad lama. Rakyat melantik pemimpin, setelah pemimpin itu mengangkat sumpah kuasa maka rakyat wajib taat kepada pemimpin biar apa pun yang berlaku.


Politik demokrasi moden tidak bergerak seperti itu. Politik di Eropah dan Jepun misalnya mengkehendaki pemimpin mempunyai komunikasi dua hala antara rakyat dan pemerintah. Rakyat sentiasa diberi peluang menentukan hala tuju pemerintahan. Tidak seperti yang difahami ulama PAS rakyat wajib taat kepada pemimpin walaupun mereka rugi dalam dasar-dasar pemimpin tersebut.

Rakyat Selangor mahukan perkhidmatan kelas pertama. Mereka mahu yang terbaik daripada wang cukai yang amat tinggi dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka inginkan kerajaan yang memenuhi impian mereka, bukan seperti Kelantan yang mana rakyatnya boleh menerima perkhidmatan secara ala kadar.

Kelas kedua

Jika Khalid gagal bertindak dan perkhidmatannya kelas kedua maka seperti rakan politik di Eropah dan Jepun yang meletak jawatan, Khalid juga wajar berbuat demikian. Perdana Menteri Korea Selatan meletak jawatan apabila sebuah feri karam dan mengorbankan nyawa. Itulah sifat malu pemimpin negara maju apabila gagal memenuhi kehendak rakyat.

Selangor mencatat kes denggi tertinggi sejak beberapa tahun lalu mengakibatkan berpuluh-puluh kematian. Tetapi Khalid berkata beliau paling baik menguruskan negeri. Apabila ketua-ketua cabang PKR meminta beliau meletak jawatan seharusnya beliau memeriksa kelemahan diri dan akur masanya telah tiba.

Sebaliknya PAS mengamalkan konsep yang sama seperti BN. Apabila pesawat MH 370 hilang PM Najib Razak buat bodoh dan apabila MH 17 meletup pun dia masih di kerusi empuk PM. Dua tahun lagi, dengan saiz hutang kerajaan sebesar RM560 bilion melebihi 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar, negara mungkin bankrap dan dia tidak akan berganjak kerana boleh memanipulasi undi dalam pilihan raya. Adakah corak kepimpinan seperti itu yang mahu ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat?

Kelemahan sokongan

Sokongan ulama PAS terhadap Khalid menonjolkan kelemahan yang serius dan dipersoalkan oleh masyarakat moden. PAS Selangor sendiri telah mengadukan 67 aduan ketidakcekapan Khalid kepada PAS pusat.

Sepatutnya Hadi Awang atau Nik Aziz dalam memberi sokongan, wajib memberi kata dua kepada Khalid melalui media agar menyelesaikan 67 aduan PAS itu. Jika Khalid berjanji di media bahawa dia akan berubah maka PAS memberi sokongan tetapi jika dalam tempoh setahun Khalid gagal melaksanakannya, maka PAS akan bertindak seperti rakan Pakatan yang lain.


Dengan cara itu mungkin PKR dan DAP boleh bersabar dengan sikap ulama PAS yang berdegil mahukan Khalid tetapi pada sisi lain menjaga air muka rakan Pakatan. Tindakan PAS menyokong Khalid membuta tuli seolah-olah menikam rakan sendiri. Ulama PAS langsung tidak menjaga air muka DAP dan PKR yang tidak lagi boleh bersabar dengan kedegilan Khalid dalam memenuhi hasrat rakyat.


No comments: