Tuesday, August 12, 2014

PAS perlu tarik hand brek, jangan sokong Khalid!

PAS perlu tarik hand brek, jangan sokong Khalid!

Oleh: Amirulmukminin




Akhirnya terbukti tindakan Anwar Ibrahim menukar Khalid Ibrahim dengan individu lain mengetuai kerajaan Selangor amat tepat.

Belang Khalid terdedah. Pembelaan pemimpin PAS kepada tokoh koporat itu ternyata sia-sia dan hanya dipergunakan Khalid untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mungkin bagi yang baru setahun jagung dalam politik agak terkejut apabila melihat situasi Umno Selangor menyokong Khalid semalam, tetapi bagi sesiapa yang pernah melihat peristiwa pemecatan Anwar dari Umno dan perampasan kerajaan negeri Perak daripada Pakatan maka mereka dengan mudah mengagak ‘game Umno’ dalam kes Khalid ini.


Sokongan mengejut

Perkara yang paling ngeri bagi penyokong PAS telah berlaku pada Isnin lalu. Khalid bertemu sultan Selangor kemudian mengadakan sidang media pada jam 2.00 petang untuk mengumumkan sultan membenarkan beliau kekal sebagai ketua pentadbir negeri.

Tiba-tiba, dalam tempoh dua jam selepas itu Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membuat kenyataan media Umno memberi sokongan tanpa syarat kepada Khalid. Mengapa begitu pantas?

Difahamkan Umno Selangor mengadakan mesyuarat tergempar selepas Khalid membuat pengumuman. Namun mesyuarat tergempar dalam mana-mana parti biasanya memerlukan tempoh 24 jam untuk memanggil pemimpin, berbahas dan membuat keputusan.

Adakah mesyuarat Umno Selangor itu dibuat secara on line sahaja kemudian keputusannya dinyatakan secara on line kepada Muhyiddin untuk dipersetujui?. Sesiapa yang faham kaedah mesyuarat organisasi pasti merasa hairan dengan kepantasan Umno memutuskan sokongan tersebut.

Tetapi sesiapa yang biasa dengan muslihat Umno akan tersenyum lebar. Mereka pasti Umno telah mempunyai keputusan muktamad sebelum Khalid bertemu sultan lagi. Umno telah bermesyuarat lama sebelum itu. Malah lebih jauh, Umno boleh dispekulasikan terlibat dalam grand design politik Selangor sebagaimana mereka berperanan di Perak.

Jika dilihat isu penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam yang melibatkan personaliti Umno maka penglibatan individu tertentu dari parti itu tentunya jauh lebih lama dalam merancang dan melakar situasi, malah mungkin sejak 2013 lagi.
Cuma yang agak menghairankan mengapakah Muhyidin memberi alasan menyokong Khalid kerana perjanjian air Selangor. Bukankah minggu lalu Khalid telah memeterai perjanjian penuh pembinaan loji Langat 2. Perjanjian itu tidak boleh dimungkiri walaupun Dr Wan Azizah diangkat menjadi MB Selangor.

Tarik hand brek

Apa perlunya Khalid kekal dalam kerajaan negeri untuk menjaga perjanjian itu? Ataukah ada lebih banyak perjanjian yang Umno ingin lakukan dengan kerajaan Selangor?



Pada peringkat ini PAS perlu menarik hand brek. PAS tidak boleh lagi terlajak menyokong Khalid dan bersekongkol dengan Umno di Selangor. Setelah tembelang Khalid pecah PAS wajib segera kembali kepangkuan Pakatan dan mengundi untuk menyingkirkan Khalid di sidang tergempar DUN.



Sekiranya wujud ahli PAS yang masih menyokong Khalid dan bersetuju dengan penyelewengan pemimpin itu serta kerjasama beliau dengan Umno maka PAS wajib mengambil tindakan disiplin dan membenarkan tindakan sekeras yang dikenakan PKR terhadap Khalid.

Apa yang berlaku dalam sebulan ini adalah proses pembersihan yang sepatutnya dilakukan oleh PKR selepas PRU 13 lalu. Sebaliknya DAP dan PAS inginkan Khalid terus berkuasa. DAP akhirnya sedar kesilapan mereka, kini PAS pula perlu sedar ketelanjuran mereka.


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers