PAS + Khalid + Umno, kerajaan baru Selangor?

PAS + Khalid + Umno, kerajaan baru Selangor?

Oleh: Amirulmukminin


Terdapat sumber-sumber mendakwa usaha sedang digerakkan oleh segolongan ahli politik Selangor untuk mewujudkan kerajaan perpaduan Umno PAS bagi mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar selepas PKR memecat Adun Pelabuhan Kelang itu.

Kedudukan kerusi DUN boleh menyebelahi paksi Khalid sekiranya Hadi menerimanya menganggotai PAS. Tanpa menganggotai mana-mana parti, sultan sukar mengizinkan Khalid mengekalkan jawatan kerana berdasarkan perlembagaan negeri parti atau gabungan parti majoriti diberi kerusi MB.

Bagaimanapun, dengan sokongan Hadi dan ulama PAS maka tidak mustahil mereka akan bertindak balas menerima Khalid menjadi ahli PAS dalam tempoh terdekat.
Kerajaan perpaduan
Persefahaman dan saling percaya mempercayai dalam Pakatan Rakyat nampaknya sejak kebelakangan ini tidak lagi wujud antara PAS dan PKR. PAS berkata PKR diktator dan membuli rakan gabungan. Mereka membuat semua perkara yang menyakitkan hati PKR untuk membuktikan mereka lebih berkuasa.

Dengan percubaan kerajaan perpaduan terbaharu itu, Khalid berpeluang mengekalkan kerusi MB dengan sekurang-kurangnya memujuk 1 ahli PKR menyertainya.

Namun sesuatu yang menjadi bencana kepada ulama PAS adalah integriti mereka apabila bersama Umno. Tidak seperti perbincangan whatsapps Dr Zuhdi, kononnya gabungan PAS-Umno kelak akan mampu menyergah penganut Kristian dan menerajang penganut agama lain, kenyataanya perkara paling buruk akan berlaku di Selangor.

Dengan Umno menjadi sekutu kedua terkuat maka tentu sekali konsep anti rasuah dan penyelewengan PAS akan berterbangan. Umno tentu sekali akan meminta kerusi exco penting diperuntukkan kepada parti itu dan tentunya kekayaan negeri Selangor disapu semahu-mahunya.

Pasti akan wujud Khir Toyo kedua, ketiga dan seterusnya. Andai kata PAS bertindak melaporkan kepada SPRM maka Umno akan menarik balik sokongan, kerajaan akan tumbang. Begitu juga, sekiranya Khalid inginkan konsep integriti dalam kerajaannya maka akan beliau menghadapi tentangan keras dari Umno.

PAS berakhir


Barangkali itulah yang lebih disukai oleh segelintir pemimpin PAS berbanding menggantikan Khalid. Mereka mulai merasakan Umno lebih islamik berbanding PKR. Maka sekiranya Umno dan PAS bersatu di Selangor maka mereka perlulah memejamkan mata terhadap kezaliman Umno yang ditentang selama ini.

Perjuangan dilakukan secara penuh strategi dan bukan secara emosi. Jika PAS ingin menjemput Khalid ke dalam parti itu maka mereka akan menelan kepahitan perjuangan sebagai mana generasi kepimpinan Asri Muda dalam PAS dahulu.


Ketua PAS ketika itu lebih memikirkan penyatuan Melayu selepas rusuhan 13 Mei 1969, akhirnya Melayu hilang dan agama pun melayang. Pemimpin PAS hari ini juga nampaknya akan melakukan praktik serupa.




Monday, August 11, 2014

MAKLUMAT BERKENAAN TINDAKAN KHALID IBRAHIM YANG SETERUSNYA




No comments: