KISAH DI BALIK TABIR......SIRI 1



Kisah dibalik tabir kemelut mencalonkan WAWI.Tajuk di atas adalah inspirasi dari MatSaman Kati.Pihak admin hanya memperbaiki sedikit ajaan bersesuaian dengan pembaca.

PAS dah buat keputusan dan menyerahkan kembali isu sapa nak jadi Menteri Besar Selangor kepada PKR. PAS cuci tangan. Tapi, game belum habis dan masa tambahan selama 10 hari diberikan. 10 hari adalah masa yang terlalu lama dalam politik dan macam-macam boleh jadi.Sementara menunggu pengadil meniup wisel untuk masa tambahan, aku nak tayang iklan sikit. Mula-mula aku nak bagi tajuk “The making of…Wan Azizah”, tapi leceh la sebab aku dah gunakan tajuk tu untuk Dyana Sofya dulu. So…hangpa bubuh la tajuk sendiri.

 Sebelum permainan seterusnya dimulakan, aku nak flashback kepada apa yang berlaku semasa PRU13 dulu.Semasa PRU13, PKR menggunakan Selangor sebagai model kejayaan. Masa tu, bukan saja PKR yang mencanangkan Khalid Ibrahim sebagai pemimpin contoh, malah Pas dan DAP juga menyokong sepenuh hati.





 Pengundi-pengundi di Selangor bukan saja dijanjikan bulan dan bintang. ..malah dijanjikan juga bahawa Khalid yang dianggap macam nabi di Selangor oleh Pakatan Rakyat akan dikekalkan. Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk terus melantik Khalid sebagai MB sekiranya PR menang di Selangor.

 Maka, selepas berbincang..PKR pun  tampil dengan slogan “Meneruskan Kecemerlangan” untuk menghadapi PRU 13 di Selangor.  Bila diingatkan kembali macam mana PAS dan PSM berebut kerusi di Kota Damansara, dan Semenyih, aku ingatkan PR akan mendapat kerusi yang kurang dari PRU12. Tup-tup..bertambah pulak kerusi yang dimenangi secara keseluruhan.

 Bila dah menang, maka Khalid pun bersiap-siap la untuk dilantik menjadi MB. Tapi sebelum nak cari baju Melayu dan samping, dia kena dapatkan surat persetujuan untuk dilantik menjadi MB dari ketiga-tiga parti dalam PR.

 Haji Mustaffa diarahkan untuk mendapat surat persetujuan dari Guan Eng. Sorang lagi pegawai diarahkan untuk mendapatkan surat dari Haji Hadi manakala Arfaezah Aziz diarahkan untuk mendapat surat persetujuan dari Wan Azizah.

 Haji. Mustaffa berjaya mendapatkan tandatangan Guan Eng yang berada di Ipoh masa tu.Pegawai yang ditugaskan untuk mendapat tandatangan Hj. Hadi yang berada di Kuala Terengganu juga berjaya mendapatkan persetujuan dari Hj. Hadi.
Tapi Arfa yang ditugaskan untuk mendapat tandatangan Wan Azizah balik dengan membawa airmata. Biasa la perempuan…

Arfa gagal mendapatkan tandatangan Wan Azizah walaupun terpaksa bergegas untuk berjumpa Kak Wan dilapangan terbang.

 Bila Khalid tanya kat Arfa pasai apa Kak Wan tak setuju, Arfa bagi tau,..”bukan tak setuju, tapi Kak Wan kena tanya hubby dia dulu.”  

 Istana pula dah tanya Khalid pukul berapa nak datang angkat sumpah sebab selalunya, bila sesebuah parti tu menang, calon Menteri Besar dah tunggu kat  pagar istana sebelum siang, tapi Khalid bagi tau dia kena tunggu Presiden tandatangan surat persetujuan.

 Istana pun heran..macam mana PAS dan DAP boleh setuju siang-siang, sebaliknya PKR pulak yang slow sangat!! Bila diberitahu keadaan sebenar, Sultan pun gelak. “Apa la Presiden hangpa!! Semua nak kena tanya laki dulu ka?” (Lebih kurang macam tu la…takkan Sultan Selangor cakap Penang kot.”) Kah..kah..kah

Aku boleh gelak la…tapi Khalid dah ketaq.Khalid mengarahkan Hj. Mustaffa untuk pergi ke istana Segambut( Ini biasa digunakan oleh budak Azmin,Istana Segambut adalah kediaman Anwar Ibrahim) untuk berunding. Kali pertama Hj. Mustaffa gagal sebab Anwar tak mau Khalid.

 Kali kedua, Hj. Mustaffa membawa surat persetujuan dari PAS dan DAP. PAS dan DAP mahu Khalid tapi PKR pulak tak mau. Kalau tak dapat nak lantik MB disebabkan PKR…malu la. Anwar terpaksa mengalah tapi meletakkan syarat bahawa Setpol Khalid. Faekah Husin mesti disingkir.
Hj. Mustaffa balik ke Shah Alam dan bagi tau Khalid. Khalid pulak garu kepala…tapi untuk meneruskan perlantikannya sebagai MB, Khalid terpaksa juga mengorbankan Faekah. Faekah pun disingkir dari jawatan Setpol.

 Wan Azizah pun menandatangani surat persetujuan untuk melantik Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan dengan bangganya mengumumkan bahawa PKR bersetuju sepenuhnya dengan perlantikan Khalid sebagai MB. Wan Azizah juga mencanangkan bahawa dialah yang begitu beriya-iya sangat mahukan Khalid walaupun mendapat tentangan dari Azmin.



No comments: