KHALID DIPECAT DARI PARTI-DARI UMNO DIA DATANG ..KEPADA UMNO DIA KEMBALI

PKR singkir Khalid dari parti

 

  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-pecat-khalid-ibrahim-kerana-enggan-beri-laluan-kepada-wan-azizah

 

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Perkara itu diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

No comments: