Khalid Ibrahim hanya perlu jawab satu dari lima

Khalid Ibrahim hanya perlu jawab satu dari lima

Menurutnya, jika Khalid dapat menjawab persoalan itu dengan jawapan yang boleh diterima, munasabah, dan bukti yang lengkap sebelum 13 Ogos ini, pastinya tuduhan yang dikenakan terhadapnya akan ditarik semula.


khalid7SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab hanya satu sahaja daripada persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Lembaga Disiplin PKR.

Menurutnya, jika Khalid dapat menjawab persoalan itu dengan penjelasan yang boleh diterima, munasabah dan disertakan dengan bukti yang lengkap sebelum 13 Ogos ini, pastinya tuduhan yang dikenakan terhadapnya akan ditarik semula.

“Jika Khalid dapat memberi jawapan berkenaan hutangnya dengan Bank Islam, isu Tropicana dan juga Ecoworld dengan baik, pastinya Majlis Syura turut menyokongnya,” ujar beliau sewaktu sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam.

Ianya termasuk adakah benar bahawa baki hutang Khalid dengan Bank Islam yang bernilai hampir RM70 juta pada tahun 2006 dilupuskan setelah sebahagian yang lain dibayar melalui penjualan saham yang dicagarkan oleh beliau kepada Bank Islam?

“Selain itu, adakah benar Khalid tidak membayar dan enggan bayar hutang tersebut sehingga dibawa ke Mahkamah?

“Juga, adakah Khalid pernah berhujah bahawa beliau tidak perlu untuk membayar hutangnya kerana Bank Islam telah melanggar perjanjian yang menurutnya tidak Islamic,” soal Khalid Samad.
Bahkan, Khalid Samad turut mempersoalkan adakah benar terdapat ‘penyelesaian luar mahkamah’ yang dicapai antara Khalid dan Bank Islam, pada Februari 2014, itu pun selepas Khalid hampir-hampir kalah?

Bukan itu sahaja, Khalid Samad turut berharap Menteri Besar Selangor itu mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah yang telah dicapai dan rahsia untuk melenyapkan hutang RM66.67 juta.
“Saya juga berminat untuk mengetahui bagaimana Tan Sri menghilangkan hutang hampir RM70 juta itu,” ujarnya.

Dalam pada masa itu, Khalid juga diminta untuk menjawab bahawa adakah benar penyelesaian luar mahkamah ini telah dirunding dengan bantuan dari Tan Sri Rashid Manaf dan juga adakah ianya benar bahawa Khalid Ibrahim berkata Bank Islam telah tarik balik saman atas sebab Khalid Ibrahim akan saman Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan beliau yakin akan menang saman bernilai RM300 juta itu.

“Kini, tempoh tiga bulan telah pun luput dan saman Khalid Ibrahim terhadap PNB masih tidak kelihatan jadi bagaimana Khalid boleh yakin bahawa beliau akan menang?,” ujarnya.

Kata Khalid Samad lagi, tidak sampai sebulan selepas kes itu ditarik semula oleh Bank Islam melalui ‘penyelesaian luar mahkamah’, Tropicana Corporation Berhad telah menjual 308.72 ekar tanahnya kepada Ecoworld Berhad yang mana Tan Sri Rashid mempunyai kepentingan dan saham dalam Ecoworld Berhad.

“Adakah 308.72 ekar tanah ini adalah sebahagian dari 1,172 ekar tanah yang telah dijual oleh PNSB kepada Tropicana dengan harga RM1.3 billion tetapi melalui satu perjanjian yang amat menguntungkan Tropicana?

“Harap Khalid jelaskan keseluruhan latar belakang penjualan dan pembelian ini supaya semua pihak memahami sebab-sebab Tropicana diberikan layanan Istimewa sedemikian rupa dan kenapa jualan Tropicana ke Ecoworld itu tidak dihalang oleh kerajaan negeri.

“Ini kerana, sambil Tropicana mendapat tempoh bayaran yang begitu baik, mereka telah mendapat wang segera melalui penjualan kepada Ecoworld,” ujarnya bagi menerangkan urusan jual beli yang diragui itu.

Juga, selepas sebulan Bank Islam menarik semula kes beliau,maka Khalid telah menandatangani MOU dengan Ecoworld yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik yang dianggarkan bernilai RM591juta.

“Adakah pada asalnya projek berkenaan telah ditawarkan melalui tender terbuka dan adakah Ecoworld merupakan syarikat yang telah disenarai pendek?

“Harap beliau dapat jelaskan, dan sekiranya ia dapat dijelaskan dengan munasabah dan baik pastinya pimpinan Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar,” ujarnya.




CATATAN : KENAPA BELIAU NAK PEGANG JAWATAN SETELAH PARTI MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KENAPA BELIAU BERKERAS TIDAK MAHU BERJUMPA DENGANPIMPINAN?

BANYAK MAKNA TU......

No comments: