Keputusan Majlis Syura tidak mengikat keputusan PR



Tindakan Majlis Syura membincangkan isu MB Selangor adalah satu bentuk "coup-de-tat" dan di luar perbatasan kuasa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan PAS.
Seharusnya ada orang buat laporan disiplin kepada keseluruhan ahli Majlis Syura Ulama PAS-
 TULANG   BESI

 

ABDUL AZIZ NIK MAT @nikabdulaziz - ISU POLITIK SELANGOR DI DALAM SIDANG MEDIA DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR DI KOTA BHARU, KELANTAN - 7 OGOS 2014

MINIT KE 0:20: “Petang kelmarin Mesyuarat Syura, saya menjadi pengerusi sekejap, dalam tak sampai setengah jam lari tubik, kerana berasa sekak, alhamdulillah hari ni segar balik.”
MINIT KE 2:12: “Saya hadir sekejap je, belum sampai keputusan dah keluar, jadi kaedah mesyuarat ni ada jurucakap dia, saya tak boleh jadi jurucakap, ada setiausaha dia, dia setiausaha tu pergi ke rumah saya belum waktu maghrib, lepas pada maghrib dia naik ke rumah saya, terang pada saya keputusannya, saya tak boleh sebutlah hari ni, kena disebut oleh setiausaha mesyuarat, jaga peraturan, tak boleh tiap-tiap orang bercakap saja, walaupun langit terbuka, bumi pun terbuka sekarang ni, tapi kita ada peraturan, ada nizam.”


MINIT KE 4:47 “Politik Selangor tu, saya sebut dah hari tu, Kelantan lagi saya beri kepada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pula, Kelantan yang saya buat semacam anak, negeri Kelantan saya jaga macam jaga anak, pun saya beri kepada orang lain, kerana letih, ini nak jaga Selangor buat apa, pandailah orang Selangor buat.”


PADA MINIT KE 5:33 “Saya ulangi, kenyataan saya di Selangor saya tak boleh buat.”
Nota: Sekarang siapa yang berbohong? Tok Guru atau Majlis Syura??
 

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan parti telah dibuat dan percaya proses tersebut berlaku dengan baik

MG_8552

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk menyokong Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, hanyalah pandangan mereka dan ini tidak mengikat keputusan yang telah dibuat di dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kita hormati pandangan itu tapi ia tidak akan mengikat pandangan dalam Pakatan Rakyat.
“Terdapat hal-hal berkenaan isu Menteri Besar Selangor yang perlu diberi penjelasan dan kita akan melihat maklumat lengkap keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura,” katanya.

Anwar meminta supaya pimpinan dalam PKR menghormati pandangan yang dibuat oleh setiap parti. “Walaubagaimanapun kita akur fakta-fakta yang diberikan membuat isu pertukaran MB selangor ini menjadi sengit.

“Saya juga meminta kita menjaga hubungan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan jangan sampai beliau tersinggung dalam memberikan komen.

“Saya mengakui kadang-kadang ahli-ahli dalam PKR memberikan komen yang sensitif. Namun saya meminta supaya kita mengawalnya dan menumpukan kepada fakta sahaja,” jelasnya lagi.

Anwar juga menambah bahawa desakan daripada ahli parti sudah lama dan ia bukan sahaja daripada PKR.

“Kita telah putuskan sejak 5 Januari lalu untuk mengadakan peralihan pimpinan dan kemudian Langkah Kajang.

“Saya tidak mahu apa-apa terjejas untuk menjaga dasar parti dan kepentingan rakyat.

“Keputusan parti telah dibuat dan ini masalah dalaman parti, saya percaya proses berlaku dengan baik,” ujarnya.

Katanya lagi, segala keputusan mengenai kedudukan Khalid sebagai MB Selangor akan ditentukan selepas keputusan dua mesyuarat lain iaitu Mesyuarat Lembaga Disiplin yang berlangsung hari ini dan Mesyuarat Kepimpinan Pusat PKR, esok.


No comments: