Wan Azizah tarik pengundi wanita jika jadi MB, kata bekas pengarang NST


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi wanita jika dilantik sebagai menteri besar, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi wanita jika dilantik sebagai menteri besar, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.






















Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan saja boleh mencipta sejarah sebagai menteri besar wanita pertama di negara ini, pelantikan beliau juga akan meletakkan PKR mendahului parti politik lain dalam memberi pengiktirafan kepada wanita dalam politik Malaysia, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

"Ini akan mempunyai kesan kepada pengundi wanita muda kepada parti dan gabungan PR," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

Bagaimanapun, bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata:”Kekangan yang timbul ialah Dr Wan Azizah tidak mempunyai pengalaman pentadbiran selain memegang jawatan dalam PKR ketika suaminya berada di dalam penjara.


"Tetapi kekurangan Azizah di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan boleh menjadi kecacatan berbanding dengan pengalaman yang luas Khalid dalam kedua-dua bidang," katanya.
  Bagaimanapun, Kadir berkata pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar belum selesai lagi.
Beliau berkata, ‘tiada kemungkinan besar’ ahli Dewan Undangan Negeri akan menyahut cabaran Khalid buat undi tidak percaya terhadapnya.

"Oleh itu, pelantikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor perlu menunggu sedikit masa lagi," katanya.

Khalid menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk meletak jawatan berikutan caranya mengendalikan hal ehwal Selangor.

Ini termasuk pengurusan air, Lebuhraya Kidex, rampasan Bible Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pakatan menerima secara rasmi cadangan PKR untuk menyokong Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid, melengkapkan "Langkah Kajang" dan mereka akan membincangkan cadangan itu dengan parti masing-masing.

Pakatan mensasarkan Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Khalid selepas sambutan Aidilfitri, tetapi Kadir berkata ia tidak mungkin berlaku secepat itu.

Merujuk kepada niat Khalid untuk kekal sehingga dia selesai penggal kedua sebagai menteri besar, Kadir berkata, bekas pemimpin korporat boleh terus berjuang dalam parti atau di luar.

Satu lagi pilihan untuk Khalid akan menyertai PAS, kata Kadir.

"Dia tidak begitu berjaya dalam Umno. Tetapi jika dia menyertai PAS, beliau akan membuat parti yang lebih kukuh dalam DUN dan dengan itu mengukuhkan kedudukan sendiri.

"Sekiranya dia memilih laluan itu, dia akan membantu PAS untuk menjadi parti PR yang terbesar di DUN itu - meningkatkan jumlahnya daripada 15 ke 16 dan mengurangkan PKR ke 13 kerusi dan DAP mempunyai 15 manakala Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi.


"Tetapi persoalan yang besar ialah, adakah PAS berani mengambil kesempatan daripada kegawatan dalam PKR?" soal beliau.


Beliau berkata, Khalid juga boleh memilih untuk kekal dalam PKR dan menjadi ‘duri dalam daging’ untuk Dr Wan Azizah dan penyokongnya.


Katanya, Umno terlalu lemah dan tanpa pemimpin untuk mengambil kesempatan daripada kegawatan semasa dalam PKR untuk memperoleh apa-apa kepentingan politik. – 25 Julai, 2014.



No comments: