Sunday, July 20, 2014

UMNO BERKUASA BESAR DIBAWAH PENTADBIRAN KHALID????...TULANG BESI


Tulang Besi rasa sia2 perjuangan Tulang Besi dalam PAS sejak umur 9 tahun apabila Presiden sendiri berjuang untuk kelangsungan nyawa UMNO.

Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Besi selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Besi yang bertungkus lumus membantu membina PAS Negeri Sembilan setelah PAS ditendang keluar dari BN dulu.

Penat jerih nak bunuh UMNO tiba2 Presiden sendiri pegi buat kerja tolong UMNO.

Presiden PAS sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat UMNO lebih panjang.

TULANG BESI

UMNO BERKUASA BESAR DIBAWAH PENTADBIRAN KHALID

MB Khalid Ibrahim tak dengar suara parti dan tak endah pandangan parti dalam pentadbiran.

Khalid biasa tolak mentah-mentah pandangan bernas yang datang dari parti semata-mata kerana ia datang dari parti.

Khalid cuma dengar cakap pegawai2 Kerajaan di SUK yang semuanya berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pegawai2 kerajaan di SUK ni semuanya taik2 UMNO kerana JPA tidak akan hantar pegawai2 yang proffesional.

Dengan kata lain, negeri Selangor sudah pun ditadbir 50% di bawah UMNO terima kasih kepada kebodohan Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim MB paling bodoh dalam sejarah Malaysia.

Kalau Khalid Ibrahim terus memerintah Selangor, PAkatan Rakyat cuma tinggal nama sahaja dalam pentadbiran Selangor.



Segala2nya akan berada di tangan UMNO.


TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, July 12, 2014


Wajib Pakatan Ganti Khalid Ibrahim Kalau Mahu Kekal Memerintah Selangor

Pilih antara 2 MB:

1) MB pertama hanya ada rizab RM150 juta, Tapi, rasuah takda, jalan tak berlobang, air tak naik, sampah semua berkutip, bangunan2 kerajaan bercat, rumah untuk rakyat mencukupi dan berjaga, banjir takda, pusat judi dgn arak haram dibenteras, program2 agama berjalan aktif

2) MB kedua simpan rizab sampai RM3b tapi kontraktor UMNO masih dapat direct award dari PBT, jalan berlobang2, sampah tak berangkut, banjir sana sini, pusat judi haram bersepah2, program2 agama pun tersekat sbb bajet sering kena potong, tarif air bakal naik sbb Pusat dah ambil alih air Selangor dsbnya

Pilihan MB yang pertama itu adalah selari dgn manifesto Pakatan Rakyat.

Adapun mengumpul RM3 billion itu tidak pernah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat sama sekali.

MB Khalid Ibrahim memerintah Selangor ikut nafsu dan kehendak beliau semata-mata.

Kepentingan rakyat Selangor adalah nombor dua.

Kepentingan Pakatan Rakyat malah lebih jauh lagi.

Bagi TUlang Besi, penyelesaian belakang tabir yang Bank Islam beri pada Khalid adalah bukti Khalid sebenarnya kuda trojan UMNO semenjak hari pertama beliau menjadi MB.

Tukar atau rakyat akan tukar Pakatan Rakyat

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)


Khalid Ibrahim Berselindung Di Sebalik Alasan Black Out

Lepas kalah pemilihan Cabang Kuala Selangor, Khalid Ibrahim mendakwa berlaku blackout yang begitu amat luar biasa.

Dia menyalahkan blackout tersebut di atas kekalahan beliau.

Mengikut sumber dari kawan2 Tulang Besi yang ada di kawasan tersebut pada malam itu, memang berlaku blackout seluruh kawasan Tropicana termasuk rumah teres dan flat di belakang pejabat PKR.

Mustahil ia adalah permainan dalaman PKR kerana kalau hanya pejabat PKR yang blackout mesti gambar dah keluar Youtube dan masuk FB punya.

Sederet pejabat PKR ada restoran yang tutup lewat malam, ada balai polis. Kalau hanya pejabat PKR yang gelap mesti ada gambar restoran2 di sebelah terang menerang.

Hakikatnya, main switch TNB di Tropicana tu rosak. Biasa benda ni berlaku di kawasan2 seperti itu.
Jadi, apa lagi alasan Khalid Ibrahim?

Terima lah hakikat orang dah tak suka kat awak.

Awak selama ni memerintah Selangor ikut kehendak UMNO dan kroni2 UMNO.

Awak boleh izinkan projek MRT berjalan dgn begitu mudah padahal projek tu adalah rasuah kerana menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Projek KIDEX pun sama.

Konon nak jaga wang Selangor tapi nampaknya tanah2 di Selangor semua dah dibelasah oleh kroni2 UMNO.

Dalam keadaan rumah mahal, ada dekat 90 projek perumahan di Selangor tersekat di pejabat MB Selangor.
Bangga dgn simpan duit Selangor 3 billion.

Padahal semua tu sabotaj nak bagi kerajaan PR jatuh. Bukannya kumpul duit sbb hasil bertambah tapi kumpul duit dgn sekat perbelanjaan.

Jadilah jalan berlobang, banjir sana sini dsbnya.

Berentilah Khalid Ibrahim dan isytihar masuk UMNO.

Berhenti jadi munafiq

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, June 24, 2014


Pemuda Selangor Main Wayang Hendak Lindungi Sang Menantu

Pandai Ketua Pemuda Selangor main wayang. Syarhan Humaizi main wayang konon nak pertahan Presiden tapi yang sebenar mahu ditutup adalah menantu Presiden.

Artikel Malaysian Insider tu bukan hanya sebut Presiden PAS tapi juga sebut “MENANTU PRESIDEN”

Sokongan Haji Hadi kepada Khalid Ibrahim bukan rahsia lagi. Semua pimpinan2 PR baik DAP, PKR dan PAS sendiri maklum. Presiden PAS masih berdegil mahu mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor setakat sebelum Presiden PAS sakit di Istanbul.

Mungkin Syarhan tertinggal bot atau buat2 lupa atau buat2 tak tau. Tapi mereka yang berada di tahap kepimpinan semua maklum akan hal ini.

Hakikatnya, kenyataan Pemuda PAS Selangor yang terbaru adalah untuk menutup menantu Presiden, yakni Din Ayam.

Jadi, dijual nama Presiden kononnya Presiden difitnah.

Padahal, yang hendak ditutup adalah peranan menantu Presiden.

Maka selepas ini perbincangan adalah pentingnya melindungi Presiden dari difitnah dan tiada orang bercerita pasal peranan menantu Presiden.

Orang tak lupa Syarhan yang paling kuat bersuara mahu boikot PRK Kajang sedangkan YDP PAS Hulu Langat adalah antara yang pertama menyokong PRK Kajang itu.

Orang lain ko boleh tipu la, Syarhan. Tapi, bukan semua orang berakal rendah macam machai2 ko dalam Pemuda PAS Selangor tu.

Rakyat umum dah celik politik. Tak mudah ditipu lagi wahai Syarhan Humaizi.

Sedih sangat tengok Syarhan tidak mengikut jejak langkah bapa beliau Ustaz Halim Arshat.

Ustaz Halim Arsyat bijak politik tak mudah buat kenyataan bodoh mcm anak dia buat.

Tuduh orang lain jadi munafiq tapi diri sendiri buat kerja main wayang. Apa cerita?

TULANG BESI

ps kalo sayang Presiden PAS, kenapa geng2 Ustaz marah pada Presiden sebab turun kempen di Teluk Intan sehingga membawa kepada Presiden sesar nafas di Turkey?
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini







Haji Hadi Bakal Serah Selangor pada BN

Setelah Terengganu, Perak dan terakhir Kedah diserahkan kepada UMNO di bawah pemerintahan Haji Hadi Awang, sekarang ni Selangor adalah negeri keempat yang akan jatuh ke tangan BN.

Di Kedah, Haji HAdi telah mendapat amaran seawal dua tahun sebelum PRU 13. Namun, Presiden PAS kekal dgn keputusan beliau mengekalkan arwah Ust Azizan sebagai calon MB.

Akhirnya, kerajaan PAS jatuh terguling di Kedah.

Jelas, amaran kerajaan akan jatuh ni tidak ada kesan dgn Haji Hadi Awang.

Dia tak kesah kalau kerajaan2 di bawah pemerintahan PAS jatuh ke BN.

Seperti sekarang ni Presiden PAS lebih berminat menyerahkan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat kepada BN.

Tak taulah apa sebenarnya matlamat PAS ni?

Hendak berjuang Islam ataupun menjadi alat memenangkan Barisan Nasional.

Rekod Haji Hadi Awang menyerah 3 negeri pada BN dan Selangor bakal menjadi negeri keempat.

TULANG BESI

BAHASA
OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 21 June 2014 | Updated: 21 June 2014 9:48 AM

Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.



Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.
"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya.

"Hadi sangat menyokong Khalid, dan dalam PAS segala kata Hadi dipatuhi," kata pemimpin kanan PKR itu.

Pemimpin PKR itu berkata, Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu.

"Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.

"Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya, Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS."

Sumber juga menambah bahawa Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.

Menurut sumber itu, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.

Sumber itu juga berkata, golongan ulama dalam PAS juga lebih condong kepada Khalid.

"Banyak bajet negeri juga diberikan kepada Exco dari PAS; RM8 atau 9 juta diberikan untuk latihan yang terletak di bawah Exco Pendidikan, dan PAS bebas menggunakan dana itu sebagaimana mereka mahu," kata sumber itu.

Walaupun kumpulan Erdogan dalam PAS tidak senang dengan Khalid, mereka terpaksa mengikut kehendak Hadi dan kumpulan ulama, kata sumber PKR itu.

The Malaysian Insider juga difahamkan, semasa retreat DAP baru-baru ini, isu mengeluarkan Khalid menjadi topik hangat, di mana para pemimpin DAP berpendirian dia perlu ditukar segera.

"DAP bimbang kita mungkin kehilangan Selangor jika Khalid terus bersikap begini," kata pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu namanya dinyatakan.

Katanya, sehingga kini, PAS menentang usaha ini tetapi mereka boleh mempertimbangkannya jika diberikan kerusi timbalan menteri besar sebagai jalan kompromi.

Sementara itu, langkah terakhir yang boleh dibuat oleh PKR dan DAP Selangor yang mahukan Khalid ditukar – termasuk kumpulan Adun Erdogan dalam PAS – adalah dengan cara membuat undi tidak percaya, kata sumber DAP dan PKR itu.

Tetapi ia boleh memberikan kesan negatif kepada PR, kerana PAS boleh meninggalkan pakatan itu begitu sahaja, katanya.

Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan Khalid memohon agar DUN dibubarkan dan memanggil satu pilihan raya baru di negeri itu.

Tetapi tanpa keputusan bersama ketiga-tiga parti, Khalid akan terus kekal sebagai menteri besar dan terus membuat keputusan tidak popular dan tanpa sokongan daripada rakan-rakannya dalam PR, dan akan menyusahkan PR dan penguasaannya di Selangor. – 21 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-hadi-menjadi-halangan-penukaran-khalid-kata-sumber-pakatan#sthash.OjbPZoO6.dpuf

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Friday, June 20, 2014


Kalau Tak Buang Khalid Ibrahim, PR Bungkus di Selangor

Setelah berbulan2 TUlang Besi buat pendedahan, akhirnya ketiga2 parti dalam Pakatan Rakyat telah membuat persetujuan bahawa Khalid Ibrahim wajib ditukar.

Tulang Besi berani kata, Khalid Ibrahim adalah alat UMNO. Beliau tidak akan berani buat apa2 perkara yang merugikan UMNO kerana hutang RM70 juta beliau dgn Bank Islam.

Anytime Bank Islam boleh batalkan perjanjian tersebut dan beliau akan terpaksa membayar jumlah yang sebegitu besar.

Maka akhirnya Khalid Ibrahim hanya melakukan apa yang UMNO kehendaki semata-mata. Khalid sanggup luluskan projek KIDEX yang menjadi rasuah kepada kroni yang menjayakan rampasan kuasa di Perak. Ni apa punya MB Pakatan Rakyat ni?

Itu baru sikit. Banyak lagi pertolongan yang telah diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada kroni2 UMNO terutamanya kepada kroni2 yang menjayakan rampasan kuasa haram di Perak.

Gagalnya projek menawan Putrajaya adalah angkara Khalid Ibrahim dan bukan orang lain.

Sekurang2nya dua kerusi Parlimen di Selangor, Sungai Besar dan Kuala Selangor, kalah kerana Khalid Ibrahim tidak mahu berbelanja wang negeri membangun kawasan2 Melayu.

Syukur PAS Selangor telah pun meluluskan keputusan menolak Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Yang masih menyokong Khalid Ibrahim adalah geng2 UG dipimpin Din Ayam yang menggunakan bapa mertua beliau sebagai usaha mengekalkan Khalid Ibrahim.4

Alasan yang biasa diberikan oleh Presiden PAS menyokong Khalid Ibrahim adalah Khalid Ibrahim berjanji mahu melantik ramai orang PAS( baca UG) sebagai Board Directors GLC Selangor. Semua ni jarum Din Ayam dan geng2 bekas PMRAM.

Kalau dah balachi UMNO tu akan bekerjasama setiap masa. Khalid Ibrahim dan UG.

Setuju dgn Gobind. Kalau tak ditendang Khalid Ibrahim nescaya kita akan kalah di Selangor.

Selagi Khalid Ibrahim kekal memerintah, kroni2 UMNO akan terus gemuk dan kenyang kerana Khalid takut hutang RM70 juta dgn Bank Islam akan terpaksa dibayar.

Bank Islam ni milik UMNO semata-mata.

TULANG BESI




Khalid Ibrahim, KIDEX, Hutang Bank Islam dan Kegagalan Menawan Putrajaya

Tulang Besi tau bahawa Khalid Ibrahim adalah sebab utama Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya.

Mula-mula Tulang Besi cuma ingat macam orang lain ingat.

Sekadar MB Selangor ini berperangai kedekut.

Walaupun pada masa itu Tulang Besi telah syak berlaku perkara buruk di belakang tabir bila MB Selangor berkeras tidak mahu membantu usaha membenteras pengundi hantu serta penyelewengan pilihanraya sama sekali.

Arahan Anwar Ibrahim kepada beliau untuk berbelanja wang negeri di kawasan2 Melayu di Selangor juga tidak diendahkan oleh Khalid Ibrahim. Semua maklum kawasan2 Melayu di Selangor adalah kubu kuat UMNO. Hasilnya UMNO tidak perlu bekerja keras mempertahankan kawasan2 mereka.

Khalid Ibrahim juga menolak sama sekali usaha mendaftar pemilih2 baru yang jelas menguntungkan Pakatan Rakyat serta merugikan UMNO. Khalid Ibrahim tidak mahu berbelanja satu sen pun wang ke arah mendaftar pemilih2 baru.

TAPI!!!!!!

Begitu mudah Khalid Ibrahim meluluskan projek2 besar UMNO seperti MRT. Padahal MRT itu adalah projek milik kroni UMNO yang berjasa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Tanpa segan silu Khalid Ibrahim mengisytiharkan kerjasama yang beliau akan berikan kepada kroni UMNO.

Kalau MRT yang jelas membantu kroni dan UMNO itu begitu mudah diluluskan, apatah lagi KIDEX yang jelas melanggar manifesto Pakatan Rakyat.

Motif dan sebab Khalid Ibrahim itu kekal misteri sehinggalah keluar berita Khalid Ibrahim tiba2 berjaya merundingkan penyelasaian berjumlah RM70 juta di atas hutang pribadi beliau dgn Bank Islam.

Semua maklum Bank Islam adalah milik UMNO dan mustahil Bank Islam dapat memberikan apa2 penyelesaian kalau UMNO tidak campur tangan.

Yang lebih misteri adalah Khalid Ibrahim sendiri TIDAK MAHU mendedahkan butiran perjanjian dgn Bank Islam itu. Padahal wajib bagi Khalid Ibrahim mendedahkan butiran perjanjian itu kerana perjanjian dibuat selepas dia menjadi MB Selangor. Ia bukan lagi perkara pribadi tapi hak umum.

Kalau perjanjian dgn Bank Islam itu tidak ada cacat mengapa perlu dirahsiakan butirannya? Kenapa Khalid Ibrahim takut sangat nak dedah butiran perjanjian kalau dia benar2 bersih dari rasuah?

Maka, tak hairanlah Khalid Ibrahim boleh menyokong projek2 kroni UMNO, menyerahkan air Selangor kepada UMNO, menghalang semua usaha untuk mengagalkan penipuan pilihanraya di Selangor mahupun Malaysia dan banyak lagi.

Bagi Tulang Besi, Khalid Ibrahim adalah alat UMNO dan kroni UMNO.

Beliau akan berbuat apa sahaja untuk memastikan UMNO terus memerintah Malaysia.

Kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat menang PRU13 yang lepas, apa jaminan Khalid Ibrahim dapat merundingkan penyelesaian hutang pribadi RM70 juta dgn Bank Islam.

Semoga Allah SWT membalas segala pengkhianatan Khalid Ibrahim kepada Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia umumnya.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers