Friday, July 25, 2014

HJ HADI SOKONG KHALID ? TAK PERCAYA , SELANGOR TUMBANG PILIHANRAYA 2014

Hadi sokong Khalid, PKR mahu penjelasan


Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli enggan menerima menerima kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

"Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara ini," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Mahfuz diminta mengulas laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hadi, Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.

Menurut Abdul Hadi, majoriti warga Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, ia berdasarkan hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar.

Khalid bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan persetujuan PKR dan DAP agar Khalid ditukar dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers