Wednesday, July 2, 2014

DIN AYAM SOKONG ISIL

Menantu presiden PAS sokong kumpulan militan Isil, Isis secara terbuka

Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militant Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014.  



Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militant Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014. Menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kumpulan militant, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis) walaupun parti Islam itu tidak berbuat demikian.

Zaharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS menulis di laman sosial Facebook miliknya pada 16 Jun lalu, menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan militan berkenaan.

"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad.


"Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan," katanya, di laman Facebook milik Zaharudin Muhammad.
  Isu ahli PAS berjuang dan berperang di luar negara timbul apabila salah seorang ahlinya secara terbuka memuat naik gambar di laman Facebook berhubung pertempuran yang disertainya di Syria.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.

"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi juga turut dimaklumkan mengenai hal itu.
The Star sebelum ini melaporkan pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria.

Menurut akhbar berkenaan, Lotfi yang didakwa sebagai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.

"Saya bukan dari kalangan Isil ataupun Isis dan saya tidak pernah bersua dengan mereka," kata Zaharudin.

Beliau juga memaklumkan bernazar mewaqafkan anak lelakinya bagi mempertahankan mereka yang lemah.

"Hati serta jiwa raga saya bersama mereka yang berjuang menentang kekejaman, melindungi golongan yang tertindas di Iraq, Syria, Palestin, dan Kashmir, dan lain-lainnya," katanya.

"Sekalipun jasad terhalang kerana memahami hukum fardhu ain dan fardhu kifayah serta fiqh aulawiyat," kata Zaharuddin.

Hari ini media Turki melaporkan militan Isil merancang menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah.

Seorang ahli Isis, Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana.

"Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapan minggu lalu menggesa ahli Umno mempelajari keberanian kumpulan militan Isil yang berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun mempunyai jumlah anggota lebih kecil.


“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isil yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam,” kata presiden Umno itu dalam jamuan makan malam sempena 20 tahun Umno Cheras minggu lalu. – 2 Julai, 2014.




Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers