Tuesday, June 24, 2014

Pakatan sepakat ganti MB


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pemimpin Pakatan Rakyat sudahpun mencapai persetujuan agar untuk menggantikan kedudukan Tan Seri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Shamsul Iskandar dalam satu kenyataan menyebut, ia turut dipersetujui "majoriti pimpinan PAS".

"Ramai maklum bahawa persetujuan dalaman telah dicapai oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk majoriti pimpinan PAS, untuk menggantikan menteri besar Selangor.

"Ini bukanlah perkara baru, cuma transisinya memerlukan sedikit masa agar ia berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, pemimpin Pakatan termasuk pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad perlu mengambil pendekatan "berkepentingan musyawarah" sebelum membuat apa-apa kenyataan, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Iskandar, Ahad lalu, yang komponen Pakatan mengambil kira pandangan rakyat dalam isu pertukaran menteri besar itu.

Mengulas kenyataan itu, Shamsul Iskandar berkata, pendekatan musyawarah seperti itu sudahpun diamalkan ketika rundingan untuk melantik menteri besar di negeri yang dikuasai Pakatan.

"Jangan kita jatuh ke lubang yang sama sebanyak dua kali. Janganlah menganggap jawatan menteri besar adalah milik individu tanpa mengambil kira suara parti sendiri," katanya.
 
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers