Saturday, May 10, 2014

Saifuddin maklum ada cadangan beliau tarik diri


HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada anggota parti yang telah menjalani musim pemilihan hingga ke minggu terakhir.

Katanya, walaupun ada beberapa kelemahan teknikal dan aduan, beliau berpendapat ia telah ditangani secara telus dan terbuka sehinggakan beberapa cabang diarah untuk mengundi semula.

Menurutnya, semangat ketelusan itu cukup berbeza dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak melayan langsung aduan rakyat dan menolak mentah-mentah penipuan nyata oleh Umno Barisan Nasional.

"Bagi saya, keputusan pemilihan kelak adalah sama penting dengan ketelusan dan budaya sepanjang proses pemilihan agar kita menjunjung semangat reformasi yang diperjuangkan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, beliau dan rakan-rakan akan terus berkempen secara sihat untuk pemilihan di minggu terakhir ini yang melibatkan negeri-negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

Katanya, pasukan sukarelawan yang kebanyakannya terdiri dari anak-anak muda akan ditempatkan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan untuk merayu undi demi meraikan demokrasi.

Saifuddin juga sedia maklum ada pendapat yang mencadangkan agar beliau menarik diri untuk memberi laluan kepada pertembungan di antara Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya percaya setiap calon mempunyai kelebihan dan agenda yang baik yang telah dibentangkan kepada anggota parti, justeru sebaiknya kita menghormati pesta demokrasi di dalam parti ini.

"Selamat maju jaya dan semoga semangat reformasi dan demokrasi terus subur,"
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers