Tuesday, January 28, 2014

Saya tanding untuk ganti Khalid hanya spekulasi - Anwar






 YANG INI DAH MELALAK DAH.....ADOIIIII...TERENGGANU TUMBANG...KEDAH TUMBANG.....SAPA PUN TAK CAKAP....


http://www.malaysiakini.com/news/252990




KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi.

"Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang.

"Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang media hari ini.

Ketika ditanya bahawa timbul persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap perletakaan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh kemudian disusuli pula pengumuman beliau bertanding, Anwar berkata keputusan itu perlu dilihat ke arah menambah baik perkhidmatan untuk rakyat.

"Tidak bangkit isu persepsi dari rakyat dari keputusan yang telah dibuat, ini merupakan peluang untuk kita membuat lonjakan kepada rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Mohamad Azmin Ali menyambut baik keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Keputusan telah dibuat dan saya menyambut baik keputusan dari pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Bagi PKR Selangor kita akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti," jelas beliau.
Share on Myspace
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers