Saturday, January 4, 2014

“Kuasa SPRM & polis Sarawak di tangan Taib Mahmud?

“Kuasa SPRM & polis Sarawak di tangan Taib Mahmud?

taib-mahmudKUCHING  4 JAN: Ratusan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat rakyat Sarawak terhadap Ketua Menteri Tan Seri Taib Mahmud berkenaan isu rasuah, rampasan hak tanah adat dan salahguna kuasa.

Namun, sehingga kini Ketua Menteri paling lama di Asia Tenggara itu masih bebas tanpa sebarang siasatan, kata Exco Angkatan Muda KEADILAN, Zulhaida Suboh.

“SPRM & PDRM. Di mana kuasa jabatan anda? Adakah di tangan Taib atau kamu ditunggang Taib?, kata Zulhaida dalam kiriman di Facebooknya.

Beliau mengulas penahanan setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Yusoff Baharuddin ketika dalam perjalanan menghantar penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 31 Disember lalu.

zulhaida_suboh
Zulhaida (tiga dari kiri) selepas proses ikat jamin


Zulhaida hari ini bersama penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma ditemani peguam Dominique Ng menjadi penjamin Yusoff yang direman tiga hari di IPD Simpang 3, Kuching, Sarawak
Lanjutan itu, Zulhaida mengingatkan pegawai SPRM dan Polis bahawa gaji mereka dibayar dari wang rakyat daripada cukai.

“Itu adalah wang rakyat yang minta pembelaan dan menuntut keadilan,” katanya.

Dalam pada itu, penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma berkata pihaknya kesal kerana polis mengamalkan pilih kasih apabila begitu pantas menangkap aktivis tetapi membisu dengan setiap ancaman terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.


“Apakah kerana tulisan beliau di laman sosial atau keterlibatan beliau dengan kempen Nyah Taib yang dilancar SAMM, maka beliau ditangkap dan direman hingga 3 hari?, soal Akma.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers