Tuesday, January 7, 2014

Chandra tarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar

Chandra tarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar

(Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 7 JAN: Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah yang dibuatnya terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ChandraPenarikan balik kenyataan tersebut dibuat Chandra di Kamar 3, Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada pendengaran Kes Saman RM10 Juta yang difailkan Anwar terhadap Chandra lebih 5 tahun lalu.
“Pihak defendan dengan ini menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 4(I)B dan 4(II)B di dalam pernyataan tuntutan terpinda,” ujar peguam Firuz Hassan, yang mewakili Chandra di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohammad bagi memohon penyelesaian terhadap kes saman berkenaan.
Anwar Pada 6 Mac 2008 mendakwa Chandra telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum bertajuk “Malaysia Decides 2008″ anjuran Star Publication Berhad di Menara Star,Petaling Jaya pada Mac 2008.
Kenyataan berunsur fitnah oleh Chandra itu kemudian disiarkan oleh akhbar The Star dengan tajuk “Disaster if Anwar is PM” (Mala Petaka Besar,Anwar Chandra Jika Anwar Jadi PM).
Pada penghakiman hari ini, Anwar hadir dengan diwakili Peguam N.Surendran dan Latefa Koya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers