Anak Rosmah mesti dedah punca kewangan mampu beli hartanah mewah

Anak Rosmah mesti dedah punca kewangan mampu beli hartanah mewah

Riza_AzizKUALA LUMPUR 24 JAN: Riza Shahriz Abdul Aziz, anak kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mesti menjelaskan kepada rakyat Malaysia punca kekayaanya di luar negara, kata ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Kata Johari, ini kerana kedudukan bapa tirinya, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menimbulkan keraguan tentang punca kewangan Riza Aziz.
“Dia kena jelaskan kepada rakyat Malaysia, dari mana duit yang diperolehinya. Sedangkan dia baru sahaja bekerja di salah sebuah bank disana” kata Johari kepada Keadilandaily.
Sarawak Report sebelum ini mendedahkan Riza Shahriz memiliki hartanah mewah iaitu rumah agam seluas 11,500 kaki persegi di West Hollywood berharga harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.
HOLLYWOODDifahamkan kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru lengkap dengan kolam renang yang sangat luas di laman bahagian depan.
Sumber memberitahu pembinaan semula melibatkan kos melebihi harga asal menjadikan hartanah itu menghampiri AS$33.5 juta yang dibeli di New York pada 2012.
Ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware.
Tambah Johari, kediaman yang dimiliki Riza itu di dalam kawasan mewah dan kos penyenggaraan cukup mahal kerana beliau pernah ke negara itu.
“Di negara kita ada juga peniaga dan usahawan, tetapi tidak mungkin dapat mengumpul pendapatan yang mencecah jutaan ringgit dalam masa yang singkat,” katanya.

No comments: