Monday, December 9, 2013

BERITA BERGAMBAR - EXCO KERAJAAN SELANGOR MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

YB Elizebeth Wong,YB Chen Chung dan Yb Elizebeth Wong









WRLR

KUANTAN .Pengerusi Perhubungan negeri Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman ,Menerima penghantaran barang makanan dan keperluan asas dari Rawang, Selangor yang diketuai oleh YB Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan / Exco Selangor. Pengagihan terus dilakukan kepada mangsa banjir di Taman LKNP Bukit Setongkol.


YB Gan Pei Nei bersama Datuk Fauzi
 Turut bersama dengan YB Elizebeth Wong Ialah YB Rawang. Pengerusi Badan perhubungan negeri PKR Datuk Fauzi Abdul Rahman  Menerima penghantaran barang makanan dan keperluan asas dari Rawang, Selangor yang diketuai oleh YB Gan Pei Nei, ADUN Rawang. Pengagihan terus dilakukan kepada mangsa banjir di Taman Impian.
Mangsa banjir bergambar bersam pimpinan































Jumlah mangsa banjir Pahang kini lebih 40,000

KUANTAN 8 DIS: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, dipetik berkata, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.

“Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan,” katanya dipetik Bernama di sini, hari ini.

Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).






No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers