Tuesday, November 5, 2013

Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Naik 2013/2014 + Elaun Penjawat Awam (JPA + KSN)?

Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Naik 2013/2014 + Elaun Penjawat Awam (JPA + KSN)?

gaji kakitangan awam
Pelarasan Gaji Kakitangan Awam: Berdasarkan laporan Berita Semasa pada 23 September 2013 (DI SINI), masih ingat lagi? Mengenai pelarasan gaji kakitangan awam yang bakal digunakan pada masa akan datang. Nah terbaru, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah tampil memberikan kenyataan melibatkan maklumat awal mengenai kajian pelarasan gaji kakitangan awam naik untuk kali ini….
Sampai bila gaji kakitangan awam tiada tangga gaji? Sekarang ini, kalangan yang kakitangan kerajaan gunakan adalah gaji minimum dan gaji maksimum (KLIK SINI SUMBERNYA) disebabkan masih tiada lagi skim gaji baru selepas pembatalan SBPA yang cukup KONTROVERSI (SEPERTI DI SINI).

Gaji Kakitangan Awam Naik : Kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN)

KLIK pada imej di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas
Pelarasan Gaji kakitangan awam
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Keratan akhbar yang Berita Semasa petik daripada Berita Harian di halaman 16 menyentuh kajian pelarasan gaji kakitangan awam (minima) supaya sepadan dengan kenaikan kos sara hidup melibatkan kalangan penjawat awam.
Dan berdasarkan sumber yang Berita Semasa terima lagi :
  1. Akan ada kenaikan pangkat bagi orang-orang lama dalam penjawat awam. Jumlah yang agak besar juga yang terlibat
  2. Ada beberapa skim akan dijumudkan. Ada beratus-ratus jawatan juga dikhabarkan akan dihapuskan.
  3. Dijangka akan datang hanya ada kakitangan kontrak 3 bulan ke 3 bulan sahaja.
  4. Ada info lain yang ingin anda kongsikan?
Gaji Kakitangan awam Naik

Gaji Kakitangan Awam Naik VS Harapan Berita Semasa

Bagi Berita Semasa pembayaran COLA perlu diperbanyakan kumpulan & kelompok sasaran. Apa yang berlaku sekarang jurang pemberian antara penjawat awam yang di tinggal di ibu kota dengan kampung terlalu kecil.
Selain itu, mana-mana pegawai kerajaan yang tidak efisen, tidak amanah dalam menjalankan tugas harus ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta supaya memberikan peluang kepada yang lain.
Mana-mana kementerian yang bertindih patutnya digabungkan. Contohnya :
  • Kementerian Pendidikan dengan KPT
  • JKJR masuk JPJ ataupun JKR.
  • PEMANDU dihapuskan. Tiada kredibiliti sepertimana yang disuarakan oleh laporan Ketua Audit Negara 2012
  • Anda ada cadangan lain?
Mana-mana menteri yang dipilih rakyat sahaja dibenarkan menikmati elaun menteri, menteri yang dipilih oleh Najib Razak atas dasar yang Berita Semasa sendiri tidak pasti apa motifnya, contohnya Shahrizat Jalil dan juga Samy Vellu tidak sepatutnya menikmati wang pembayar cukai rakyat Malaysia & dana negara. Sekaligus dapat menjimatkan lagi wang negara.
P/S : Walauapapun, apabila gaji kakitangan awam naik, prestasi kerja pun mestilah seiring naik sama. Insyaallah. Apa respon balas anda dengan kenyatan terbaru KSN kali ini?
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers