ANWAR HARUS KEKAL SEBAGAI KETUA UMUM


JIKA JAWATAN PRESIDEN DI PERTANDINGKAN,MAKA BIARLAH IANYA DI PERTANDINGAN. DS WAN AZIZAH DIHORMATI MASYARAKAT PERMATANG PAUH KERANA BELIAU PERNAH MENJADI WAKIL RAKYAT DI KAWASAN ITU.MALAH DIAWAL GERAKAN REFORMASI DS WAN AZIZAH ADALAH TOKOH PEJUANG YANG DIHORMATI.


JASA DS WAN AZIZAH TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN BEGITU SAHAJA.




“Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang ‘kejam’ dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” kata seorang pemimpin PKR  merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan.


 “Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang ‘kejam’ dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan.

Sumber itu memberitahu, satu kumpulan mahu Anwar terus kekal sebagai Ketua Umum dan jawatan itu dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pindaan perlembagaan kali ini.

Ini akan menyebabkan Dr Wan Azizah terus kekal sebagai presiden.

Sementara kumpulan kedua mahu Anwar menjadi presiden parti itu dan Dr Wan Azizah direhatkan selepas sekian lama memegang pucuk pimpinan sejak Ketua Pembangkang itu dipenjarakan pada 1998.

“Sesetengah pihak percaya, kedudukannya akan tergugat sebaik sahaja mengambil alih jawatan presiden kerana pada ketika ini, kedudukannya di atas semua pihak. Jika beliau menjadi presiden PKR, kedudukan Anwar akan menjadi sama taraf dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” kata sumber itu lagi.

Sementara kumpulan kedua percaya Anwar sebagai presiden PKR tidak akan menimbulkan masalah kerana PAS dan DAP sudah menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya.
Seorang wakil rakyat PKR memberitahu, kebanyakan ahli parti mahu melihat Anwar menjadi presiden supaya parti itu lebih mantap dan kukuh kerana jawatan Ketua Umum tidak jelas dan terikut-ikut dengan struktur parti politik di Indonesia.

“Jawatan Ketua Umum dulu diwujudkan kerana selepas dibebaskan daripada penjara, Anwar mempunyai halangan undang-undang daripada memegang jawatan politik, kini halangan sudah tiada.

“Jadi tiada sebab lagi untuk Anwar tidak memimpin PKR sekarang,” kata wakil rakyat PKR itu dan menambah Dr Wan Azizah pernah memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008.

No comments: