ANWAR TIDAK DITERIMA MENJADI PM MALAYSIA SEBENARNYA JIKA PAKATAN MENANG.TANYA HARUN TAIB

Minta Ketua Dewan Ulama PAS Isytihar Masuk UMNO

malaysiawave 

Betul juga kata Penarik Beca. Bilakah kali terakhir kita lihat Ustaz Harun Taib menyertai demonstrasi menyerang UMNO?

Malahan sewaktu Najib melancarkan judi bola tempohari, kita tidak lihat Ustaz Harun Taib menganjurkan mahupun menyertai mana-mana demo di Terengganu baik di Malaysia.

Ustaz Harun Taib cuma terkenal sebagai musuh kepada IRC. Sampai Khalid Samad pun geng2 mereka gelar IRC. PAdahal Khalid Samad di England menjadi musuh kuat IRC.

Waktu royalti ditarik di Terengganu dulu pun, kita tak nampak Harun Taib menjadi juara mempertahankan hak rakyat Terengganu.

Tak hairanlah Harun Taib baru2 ini telah meminta Dato Najib menjemput PAS untuk bekerjasama. Kalau selama ini dia takut untuk berhadapan dengan UMNO, maka tak terkejut lah dia hendak bersama-sama dengan UMNO.

Sesiapa yang mengenali HArun Taib akan tahu bahawa beliau lebih memusuhi kumpulan IRC berbanding dengan UMNO.

Sekarang ini, Harun Taib sedang menjalankan propaganda UMNO di dalam PAS.

Apabila UMNO melarang perhimpunan2 yang memprotes penipuan pilihanraya, Harun Taib pun ikut sama meneruskan nasihat UMNO ke dalam PAS.

Maka, lebih baiklah Harun Taib tunjuk wajah sebenar beliau dan masuk UMNO.

Mungkin dalam UMNO kelak Harun Taib boleh menjalankan kerja2 memusuhi IRC yang beliau pelopori dahulu.

TULANG BESI


(Perjumpaan antara Mustaffa Ali dan beerapa anggota majlis ulama yang turut disertai azmin,Saifuddin,anwar sendiri dimana mustaffa ali menyatakan kalau menang, anwar belum tentu akan di lantik menjadi PM.Kisah ini tidak diketahui oleh ahli PAS.Walau persetujuan asal mahukan anwar.Maka sebab itu disaat akhir Lim Kit Siang bertegas mahukan Anwar menjadi PM jika Pakatan Menang. Ini semua mainan mustaffa ali .bagaimana pertandingan di kawasan PKR, PAS tetap bertanding. sebabnya PAS merasakan bahawa mereka terlalu kuat kerana punya jentera, namun yang kalah tetap juga berlaku di pakatan rakyat.sebenarnya kekuatan PAS bermula ketika gelombang kebangkitan bila anwar di rentap sebagai Timbalan Perdana Menteri.Ahli PAS harus sedar.Ketika itu Allhyarham Fadzil Noor bermati-matian membela anwar.ahli PAS bertambah gara-gara pemecatan anwar.Bila dah kuat, mula lah nak hentam kawan. fikir-fikir sendiri lah)




Harun Taib
SHAH ALAM – Pas tetap dengan pendiriannya menolak sebarang cubaan menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan seperti didakwa cuba dilakukan sesetengah pihak.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib berkata, Pas juga tidak masuk campur dengan pendirian pemimpin atau penyokong PR yang menyokong cara sedemikian.

“Dalam Pas, kita utamakan jalan perdamaian. Kita juga berpegang kepada prinsip demokrasi yang diamalkan.

“Saya tak melarang perhimpunan dilakukan, namun saya tidak berminat untuk menyertainya. Jika ada pemimpin PR atau pihak lain yang tetap mahu melakukannya, terserah kepada mereka. Itu pendirian mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sesetengah pihak yang didakwa cuba menggunakan kekerasan untuk menggulingkan kerajaan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tegasnya, parti itu menerima kegagalan dalam PRU13.

“Kita terima keputusan PRU13 lalu dengan hati terbuka. Namun, dalam perjuangan Pas, tiada istilah putus harapan.

“Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang dalam PRU akan datang,” katanya.

No comments: