Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan – Anwar

Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan – Anwar

Aedi Asri
KUALA PILAH 14 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu kepada semua calon yang dipilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, tenaga semua pihak diperlukan untuk membawa perubahan, apatah lagi ketika di peringkat akhir untuk mencapai kemenangan.
“Kita tidak boleh sama sekali tolak ansur dengan orang yang khianat kerana RM5, RM50, tunjuk muka di TV3. Pengkhianatan banyak ada sekarang,” katanya lagi.
IMG_7836Beliau berkata demikian ketika berucap kepada ribuan hadirin di program ‘Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat’ di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.
Anwar juga meminta agar semua penyokong Pakatan menjaga kekuatan jemaah dan tidak melupakan matlamat perjuangan.
“Saya tuntut penyokong KEADILAN dan Pakatan, jaga jemaah ini. Kita dengar cadangan ranting, dengar cadangan cabang, dengar cadangan negeri,” katanya.
Beliau menyifatkan terlalu ramai yang berkhidmat dengan baik dan layak untuk menjadi calon dalam PRu ke 13.
IMG_7854“Orang yang kerja (ada) beribu, yang layak jadi calon ratus, yang akhirnya jadi calon seorang.
“Sebaik sahaja kita ada penyakit, anggap aku (sahaja) berkhidmat, aku (sahaja) kerja. Ini penyakit yang boleh lunturkan semangat dan musnahkan jemaah.
“Apa juga keputusan, saya rayu kepada rakyat, saya rayu kepada pengundi, supaya pastikan calon Pakatan – PAS, DAP dan KEADILAN diberi sokongan padu untuk menang,” katanya.
Turut berucap, Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani.
(FZL)

No comments: