Tuesday, January 15, 2013

Ratusan ribu menyatukan perjuangan di Stadium Merdeka, di Rincing orang ramai berebut beras

Ratusan ribu menyatukan perjuangan di Stadium Merdeka, di Rincing orang ramai berebut beras



Semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat sedang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lepas Najib juga mengadakan himpunan di Rinching dengan kaum India dan masyarakat lain dengan membekalkan beras lima kg seorang. Dua perhimpunan ini menampakkan perbezaan dan perbezaan itu menampakkan jauhnya perselisihan ‘mentaliti’ dua puak yang berjuang dalam politik.
Di Stadium Merdeka, ratusan ribu rakyat berhimpun dengan bersama-sama berbelanja untuk membayar bil perhimpunan itu termasuk pembayaran sewaan Stadium Merdeka yang berjumlah RM100 ribu kepada syarikat pengendali stadium bersejarah itu. Sokongan ramai dengan bersama-sama menanggung kos perhimpunan itu oleh peserta perhimpunan itu mengingatkan kita kepada keadaan semasa rakyat bersama-sama menderma untuk perbelanjaan rombongan pimpinan kita ke London untuk menyempurnakan tuntutan itu. Rakyat yang serius mahukan perubahan telah memberikan sumbangan wang ringgit dan barang kemas untuk mengumpulkan perbelanjaan untuk mendapatkan kerajaan sendiri dan terhindar dari tekanan dan cengkaman penjajah.
Rakyat khabarnya memberikan derma mengikut kemampuan masing-masing. Kalau tidak banyak mereka akan menderma sedikit. Kata perpatah, ‘kalau banyak tanda berada, jika sedikit tanda bersama’. Yang penting semua yang berkemampuan memberikan sumbangan untuk mencapai matlamat perjuangan sesebuah pertubuhan siasah untuk memerdekakan rakyat dan negara dari cengkaman pemerintah yang selalu mengelirukan pemikiran rakyat. Rakyat sedar nilai-nilai buruk dalam ‘mentaliti’ rakyat keseluruhan mesti di perbaikki. 
 
Oleh kerana UMNO terlalu lama memerintah rakyat, pemikiran mereka (rakyat) telah jauh di selewengkan oleh parti itu sehinggakan parti itu mewujudkan ciri-ciri sebagai pembawa dalil-dalil hari hendak kiamat. Pemikiran setengah rakyat telah dirosakkan sehinggakan yang baik di katakan salah dan yang salah di katakan benar. Pihak yang baik di ketepikan dan di pinggirkan sebaliknya yang jahat dan ternoda bermaharajalela.
Yang nampak jelas melakukan maksiat rasuah bercakap dan berjanji untuk membela rakyat semua kaum dan isu ini meruipakan isu yang sudah kita dengar sejak puluhan tahun dahulu setiap kali pilihanraya tiba. Sekarang mereka masih berjanji dan merayu untuk di berikan peluang untuk terus berkuasa dengan mendapatkan mandat rakyat yang sedang dalam pencarian itu. Amat payah untuk menerima janji-janji mereka yang rasuah untuk berbuat baik kerana kerja rasuah ini merupakan kerja yang paling hina di sisi agama dan Tuhan. Perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan dengan baik, kerana setiap keputusan itu ada terselit kepentingan pihak tertentu termasuk diri dan keluarga sendiri.
Tidak masuk kedalam akal yang berfikir, bagaimana yang rasuah dan mencuri itu berjanji akan berbuat baik dan boleh diletakkan masa depan kita serta generasi kita yang akan datang. Pemimpin yang telah dan masih melakukan kerja yang tidak bertanggungjawab itu pergi keseluruh negara menjanjikan rakyat masa depan yang cerah dengan segala teori transformasi dalam semua bidang itu.
Pemimpin-pemimpin yang sedang bergelumang dengan segala noda rasuah menggunakan wang dan harta rakyat dengan selamba mundar mandir memberikan janji-janji yang kita selalu dengar sejak kita mula membuka mata kita puluhan tahun dahulu. Itu lah sebabnya kita melihat kesedaran rakyat tidak boleh di tutupi lagi dan manifestasi mereka terlihat dalam himpunan kebangkitan rakyat yang mendapat sambutan ratusan ribu rakyat itu.
Nun di Semenyih (Rinching) pemimpin terbesar BN telah berjumpa rakyat memberikan 5 kg beras seorang seolah 5 kg itu boleh memberikan kehidupan seumur hidup bagi rakyat yang rata-rata miskin itu. Kehadiran di Rincing tidak ramai dan itu ada lah fakta jelas. Tetapi kalau ditanya Rais Yatim di Rincing itu jumlah kehadiran lebih besar dari kehadiran di Stadium Merdeka.
Bagi Rais Himpunan Rakyat di Stadium Merdeka itu hanyalah 30,000 orang sahaja dan itu adalah tabiat beliau yang selalu memperbodohkan rakyat. Mungkin beliau (Rais) berfikir hanya beliau sahaja yang pernah ke sekolah dan yang lain tidak tahu mengira dan mengagak yang mana yang ramai dan yang mana yang tidak ramai. Bagi saya ibu saya yang miskin pun telah menghantar saya kesekolah juga sikit-sikit.
Itulah sebabnya saya sekarang ini boleh lah membaca sikit-sikit dan menulis sikit-sikit. Kalau setakat mengira kehadiran itu masih boleh saya lakukan. Itu sebabnya saya tahu yang hadir memberikan sokongan di Stadium Negara itu melebihi setengah juta rakyat dan dari berbilang kaum pula.
Apa yang menyedihkan apa bila Perdana Menteri datang ke sesuatu tempat dan daerah beliau amat bergembira melihat rakyat berebut-rebut di tepi lori yang membawa beras dan sebenarnya itulah cara UMNO mendapatkan undi selama ini. Itulah sebabnya ramai di antara rakyat memberikan pandangan yang agak ‘conclusive’, UMNO akan kekal berkuasa selagi rakyat masih miskin kerana kemiskinan rakyat itulah di jadikan umpan untuk mendapatkan undi dalam setiap pilihanraya.
Apa yang berlaku di Rincing, Semenyih itu adalah simbolik kepada sikap UMNO yang sebenarnya. Berikan beras 5 kg kepada yang miskin UMNO akan mendapat sokongan dan terus bermaharajalela. Undi hanya bernilai 5 kg beras sahaja nampaknya. Cara UMNO mengambil hati rakyat ialah dengan memberikan bantuan dengan 5 kg beras samalah seperti memberikan bantuan mangsa banjir sahaja. Kita tidak nampak bagaimana gulungan ini akan menambah pendapatan untuk mencecah USD15 ribu setahun menjelang 2020 nanti. Tidak ada sesiapa yang mempunyai sedikit keupayaan untuk berfikir yang gulungan ini akan mencapai matlamat berpendapatan USD15 ribu setahun itu.
Peningkatan pendapatan ketahap itu tidak boleh di capai dengan hanya memberikan bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) dan pembahagian beras yang 5 kg itu. Pendapatan sebanyak yang di cita-citakan itu tidak akan dapat di capai dengan bayaran ‘one off’ sebanyak RM1000 kepada bekas tentera yang tidak berpencen dan memberikan bantuan RM100 kepada kanak-kanak sekolah.
Saya tidak tahu samada saya masih hidup lagi pada tahun 2020 nanti, tetapi saya tahu sesiapa yang masih hidup dalam tahun itu nescaya akan melihat kegagalan cita-cita itu.
Semalam Najib berkata BN perlukan mandat besar untuk menyelesaikan masalah kaum India. Tetapi bukankah BN telah mendapat mandat sejak negara merdeka. Kenapa kaum India masih tidak dapat di selesaikan? Setiap kali pilihanraya BN telah di berikan mandat tetapi dengan kenyataan beliau semalam, jelas merupakan pengakuan yang BN telah gagal melakukan sesuatu terhadap kaum India. 
Kalau selama 55 tahun memerintah kaum India masih ketinggalan seperti yang di akui Najib itu apakah masih ada prospek kaum India untuk maju jika masih memberikan mandat kepada pihak yang telah gagal melaksanakan janji selama ini?
Elok kita bertanya kepada Najib, bagaimana kaum India hendak memberikan keyakinan jika mereka (kaum India) tahu selama ini BN adalah parti yang gagal terus-terusan untuk membela mereka. Kaum India sendiri akan bertanya kaum Melayu pun jauh ketinggalan walaupun negara ini telah di pimpin oleh orang Melayu sejak merdeka.
 
 
 

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers