ISHH BENGONGNYA MELAYU NIH...TAK CELIK RUPANYA

Samseng Umno halang ceramah, Shahrir, Khairy setuju politik ganas?

KLIK PADA LINK UNTUK SAKSIKAN VIDEO


PETALING JAYA 22 Jan: Ahli Parlimen Johor Bahru dan Ketua Pemuda Umno dicabar menyatakan pendirian berhubung serangan ala samseng dan kempen politik ganas terhadap program ceramah Pakatan Rakyat di Stualang, malam 15 Januari lalu.


“Pimpinan tertinggi Umno (termasuk) Tan Seri Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin dicabar menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media di ibu pejabat parti.
Beliau sebelum itu menayangkan tiga rakaman video serangan sekumpulan lelaki berbaju Barisan Nasional terhadap rombongan KEADILAN di Flat Seri Stulang, Johor Bahru.


“Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam, berjalan ke flat dan dihalang sekumpulan lelaki berbaju Umno BN. Mereka enggan benarkan kami masuk,” kata Nik Nazmi.
“Mereka turut memaki dan menghambur kata-kata kesat kepada kami. Selepas berbincang dengan polis, kami berundur untuk meredakan keadaan.






“Kami cuba masuk menerusi pintu lain tapi terus dihalang. Malah, saya turut ditendang. Apakah ini yang dikatakan pemuda Melayu dan Islam?” soal Nik Nazmi.
Menurutnya, kereta anggota KEADILAN yang mengiringinya kemek ditendang.


Turut kelihatan dalam video tersebut, beberapa kanak-kanak dan wanita. Manakala seorang lelaki dewasa rapat ke pintu kereta dan memegang cermin sambil memberi kata-kata amaran.
Justeru, satu laporan polis dibuat Nik Nazmi 16 Januari lalu di Balai Polis Majidee, Johor Bahru ditemani Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru, Tan Poh Lai bersama anggota KEADILAN Pasir Gudang, Gelang Patah dan aktivis PAS tempatan.


“Kami datang atas undangan penduduk tempatan melalui Cabang Johor Bahru. Mereka mengalu-alukan program KEADILAN kerana kawasan ini tidak pernah diadakan program Pakatan,” kata Ahli Dewan Undangan Seri Setia itu.



Dalam pada itu, beliau mengingatkan polis yang membantu meleraikan ejen provokasi dan mengiringi mereka keluar dari kawasan tersebut supaya lebih bersedia jika berlaku insiden sebegitu.
“Sepatutnya lebih awal. Polis tak perlu tunggu keadaan macam itu,” tegas Nik Nazmi memaklumkan tidak serik turun ke Johor semula untuk meneruskan program-program penerangan.


No comments: