Jadi
tidaklah hairan kenapa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan baru-baru
ini mengundang banyak kritikan (dan tindakan) yang serius dari pihak
tertentu, termasuk golongan pemimpin dan kelompok lain dalam masyarakat
Malaysia. Kritikan yang dilemparkan terhadap penganjur dan ribuan
penyokong BERSIH 3.0 menjadi begitu lantang lebih-lebih lagi setelah
perhimpunan itu berakhir dengan keganasan yang menimpa pihak tertentu.Malah sejurus selepas BERSIH 3.0 diadakan, Majlis Fatwa Negara telahpun mengeluarkan fatwanya bahawa adalah "haram" bagi golongan Muslim menyertai apa yang dianggap sebagai perhimpunan "haram", perhimpunan yang kononnya tidak mendatangkan manfaat kepada umum, mencetuskan kekacauan dan merosak harta awam, memporak-perandakan Ummah dan juga bertujuan mengguling pemerintahan yang sahih melalui demonstrasi.
Nampaknya bukan sahaja perhimpunan dan demonstrasi seperti BERSIH 3.0 tidak sehaluan dengan "budaya timur" kita, ianya juga bercanggahan dengan Islam (dari sudut pandangan Majlis Fatwa tersebut dan kelompok lain di Malaysia).
Tapi jika dilihat apa yang telah berlaku sejak BERSIH 3.0 itu, nampaknya bukan semua demonstrasi dianggap "haram" atau tidak secucuk dengan "budaya timur" Kita. Sekurang-kurangnya "kesepian" dari segi teguran atau kritikan daripada pihak berkuasa dan kelompok pemimpin agama seolah-olah memberi isyarat bahawa, misalnya, berdemonstrasi di depan rumah pengerusi bersama BERSIH 3.0, S. Ambiga, adalah okay.
![]() |
| Gambar ini dipetik dari klip video Malaysiakini yang dimuat ke dalam Youtube. |
Implikasi daripada penggoyangan buntut ini ialah satu tanda tanya timbul sama ada demonstrasi buntut ini secucuk dengan "budaya timur" kita atau lebih penting lagi, selari dengan prinsip Islam - lebih-lebih lagi apabila pucuk pimpinan dan pemimpin agama nampaknya berdiam diri saja dalam hal ini. Ini selain daripada hakikat bahawa ruang peribadi Ambiga telah dicabuli oleh pihak berkenaan.
Perkara ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk mempertikaikan amalan berdemonstrasi dalam masyarakat. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah demonstrasi aman secara prinsipnya adalah sebahagian daripada amalan demokrasi, satu amalan universal yang tiada timur-baratnya. Yang membezakan satu demonstrasi dengan demonstrasi lain ialah peradaban yang diamalkan oleh pihak demonstran.
Lagipun, kebanyakan perbuatan dan tindakan tidak tamadun atau biadap itu juga bersifat universal. Ianya tidak dimonopoli oleh barat maupun timur. Beberapa contoh tindakan yang diambil oleh segolongan rakyat di masa kebelakangan ini menunjukkan perbuatan kesat dan kasar itu boleh wujud dalam "masyarakat timur" seperti Malaysia.
Apakah
"timurnya" perbuatan, misalnya, menghantar kek bercorak tahi atau
menghantar keranda simbolik kepada seorang pemimpin negeri semata-mata
kerana kelompok berkenaan memprotes terhadap apa yang dianggap sebagai
ketidakadilan? Tidakkah lebih bermanfaat dan bertamadun jika protes itu
dibuat dalam bentuk, misalnya, petisyen atau demonstrasi aman di depan
jabatan pemimpin itu? Atau berdiskusi dan berdebat antara pihak yang
bercanggahan.Apakah "timurnya" perbuatan segelintir manusia menyiarkan video lucah secara terang-terangan semata-mata untuk tujuan politik mereka? Adakah perbuatan "penayang porno" Ini lebih bermoral tinggi jika dibandingkan dengan pasangan yang ada dalam video lucah itu? Adakah ini satu nilai yang perlu dibanggakan oleh generasi muda dan kanak-kanak?
Apakah "timurnya", kalau tidakpun Islamnya, perbuatan media arus perdana menabur fitnah terhadap pemimpin politik tertentu, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu tidak diberi ruang dan peluang untuk menjawab fitnah itu atau membela dirinya? Tidakkah etika profesion dalam dunia kewartawanan mengharuskan hak menjawab bagi pihak yang merasakan dirinya dicemuh atau dikritik?
Adakah perbuatan membaling benda yang merbahaya seperti batu ke dalam satu kawasan ceramah politik atau mengasari orang yang menghadiri ceramah hingga menyebabkan kecederaan satu tindakan yang berhemah tinggi warga timur? Tidakkah lebih bertamadun jika perbezaan pendapat itu diadakan dalam bentuk debat dan ceramah secara aman?
Sekurang-kurangnya amalan berdebat dan berbincang boleh menaikkan taraf keintelektualan dalam arena politik khususnya dan masyarakat amnya.
Apakah "timurnya" perbuatan seorang menteri besar pada suatu ketika dahulu yang menunjukkan isyarat tangan yang lucah semata-mata kerana dia tidak setuju dengan pendirian pihak lawannya? Adakah ini satu tabiat yang mencerminkan "kehalusan" budaya timur?
Insiden yang dialami oleh masyarakat Malaysia masakini dan lalu menunjukkan wujudnya faktor kuasa yang bermain dalam kancah politik dan budaya. Dengan kata lain, budaya lazimnya ditakrif oleh mereka yang mempunyai kedudukan kuasa (politik) dalam masyarakat yang akhirnya menentukan apa yang "positif" dan apa yang "sebaliknya" dalam "budaya timur" kita ini.
Penakrifan sesuatu amalan dan ciri budaya sepatutnya berlandaskan nilai dan prinsip yang universal dan bukannya dalam ruang lingkup sempit yang hanya melayani kehendak dan kepentingan politik golongan berkenaan. Keadilan sudah tentunya salah satu nilai yang perlu disanjungi.
Jadi, apakah perlu kita berasa terkejut apabila, contohnya, tarian poco-poco diharamkan dengan begitu pantas manakala pemimpin agama berpeluk tubuh bila berhadapan dengan gejala rasuah yang merasuk masyarakat kita masakini? Atau, apabila mereka berdiam diri terhadap dakwaan BERSIH 3.0 bahawa wujudnya ketidak-bersihan prosedur pilihanraya setakat ini?
Seperti askar yang menunjukkan buntut mereka di mata dunia, perbuatan membelakangi amalan dan nilai universal yang murni tidak akan dapat menaikkan taraf masyarakat kita sebagai masyarakat yang bertamadun lagi demokratik.
*Dr Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati politik dan budaya.

"Kalau
kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa. Tetapi kalau kita
sumbang kepada rakyat, rumahnya, jambatannya, jalannya, ini lebih baik
daripada lain," kata Rais Yatim (gambar kiri). Malah, beliau
menyifatkan debat antara Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Ketua
Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN yang diadakan sebelum ini
sebagai "mainan politik".
Beliau
berkata demikian ketika ditanya wartawan dalam program "1Malaysia
Prihatin: Sentuhan Mengubah Kehidupan di Indian Settlement di Ladang Kam
Seng, Batu 8, Gombak Utara", hari ini.
1.
Dakwaan melulu yang tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri, Najib
Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah satu "kudeta" atau
percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan;
Malah,
Haniff (gambar kiri), bersama-sama dengan Mahathir, Hishammuddin dan
Rahim Noor haruslah tampil kehadapan sebagai saksi utama untuk memberi
justifikasi dakwaan mereka di hadapan panel penyiasatan yang benar-benar
bebas, adil dan kredibel berhubung apa yang benar-benar telah berlaku
dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April dimana keganasan telah
dicetuskan, tidak kira kakitangan polis, wakil-wakil media atau
peserta-peserta yang telah berhimpun di sana.
Adakah
Mahathir sedang menggunakan alat yang sama untuk memburuk-burukkan imej
200,000 hingga 300,000 rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama,
kawasan, kelas, jantina dan umur yang telah turun padang pada 28 April
untuk menyahut seruan untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih
di Malaysia?
Gerakan Pendidikan Pilihanraya Bunga Matahari atau Sunflower Electoral Education Movement (SEED),
satu pertubuhan daripada masyarakat sivil telah melancarkan satu
"Gerakan Gantung Kain Kuning (GGKK)", bertujuan untuk menyeru agar
rakyat Malaysia kembali kepada matlamat perjuangan asal BERSIH 3.0,
iaitu 8 tuntutan yang dikemukakan.
Ketiga,
sebagai penghormatan terhadap golongan yang tertindas. SEED merakamkan
setinggi-setinggi penghormatan kepada peserta dan pengamal media yang
dikasari dalam perhimpunan BERSIH 3.0, pada masa yang sama mengiktiraf
keberanian dan ketabahan mereka. GGKK juga sebagai protes terhadap
kerajaan yang mensabotaj dan menindas perhimpunan rakyat yang aman.
2.
Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan
Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan
untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.
12.
Tunjuk-tunjuk perasaan BERSIH yang besar dan ganas adalah persediaan
untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya.
Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak
berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan
lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan
berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh
dimanipulasi oleh mereka.
17.
Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi
kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional
kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka
berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib
yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini.
Untuk
pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan
prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi
faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi
parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.
Ketika ditemuramah melalui email oleh
Bagaimanapun,
Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke
tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas,
misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.
Arnold
Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau
Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu
Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin.
Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar
terhadap orang Bajau.
Malah,
jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan
cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di
bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi
(mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO). Sehingga
tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN
merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".
Koh
King Kee yang merupakan graduan lepasan Universiti Malaya, pernah
menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau bergiat aktif
memperjuangkan KEADILAN sosial. Beliau seorang tokoh korporat yang
sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air walaupun pada ketika
beliau menyambung pelajaran di University of Wisconsin dan berkhidmat di
syarikat swasta di Beijing. Atas kepakaran dan pengalaman beliau,
KEADILAN telah melantik beliau sebagai Penyelaras Penyelidikan bagi
membantu usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat memenangi kerusi-kerusi
dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.
Penyertaan
Dr. Abdul Aziz Bari sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan
karismatik beliau begitu menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan
Rakyat dalam usaha me-"MERDEKA"-kan RAKYAT dari rejim UMNO dan Barisan
Nasional.
1. Apakah ini satu lagi mekanisme baru bagi menyekat dan membendung perkembangan minda siswa dan siswi Malaysia?
Pergerakan
siswa dan siswi di Malaysia telah pun bertapak sebelum 1930-an lagi.
Kebanyakan aktiviti pergerakan pada masa itu dipelopori oleh siswa dan
siswi dari Sultan Idris Trainning Collage (SITC) yang kini dikenali
sebagai UPSI yang mana mereka menentang dasar-dasar British dan ke arah
mencapai kemerdekaan. Pada era 1950-an pula, Universiti Malaya (UM)
yang pada ketika itu berpusat di Singapura melahirkan begitu ramai
aktivis siswa dan siswi, wartawan, penulis, cendekiawan dan pengkritik
sosial.
Dalam
perangkaan logik itu, bukankah pergerakan-pergerakan siswa dan siswi
kini perlu dipergiatkan lagi dan menuju ke arah fasa baru dalam era
siber maklumat, penuh globalisasi ini? Terutamanya pada lanskap
pendidikan tinggi kini, yang mana hampir setiap negeri di tanahair
tercinta ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah insitusi pengajian
tinggi. Pelik tetapi benar, ramai dalam kalangan pemimpin kita, mahupun
politik, ekonomi dan sosial pernah bergiat aktif dalam pergerakan
sedemikan, tetapi kini apabila mereka berada di kerusi kuasa, mereka
cuba pula menafikan dan membendung mahasiswa generasi baru ini untuk
melalui pengalaman yang sama! Mengapa begitu? Apakah sebabnya?
Menjaga kepentingan tertentu!
Kebebasan
akademik, menyuarakan pendapat kritikal dan bernas harus dipupuk
sentiasa, bukan sahaja dalam ruang pendidikan tinggi tetapi juga di
bangku sekolah rendah lagi. Praktis sebegini perlu bagi melahirkan dan
mengembangkan budaya tinggi, mahupun mencapai status negara maju.
Kemajuan itu bukan sentiasa dalam manifestasi fizikal tetapi ia
berlandaskan budaya dan masyarakat yang mendukung budaya mencintakan
ilmu pada asasnya.

Permintaan
dalam negeri kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan sebanyak 9.6% (S4
11: 10.4%). Pertumbuhan penggunaan swasta kekal kukuh pada 7.4% (S4 11:
7.3%), disokong terutamanya oleh peningkatan pendapatan yang berterusan
dan keadaan pasaran pekerja yang stabil serta diperkukuh oleh harga
komoditi yang tinggi, sentimen pengguna yang bertambah baik, dan
pemberian bantuan kewangan daripada program sokongan pendapatan.
Penggunaan awam meningkat sebanyak 5.9% (S4 11: 22.9%) dalam keadaan
pengembangan yang berterusan dalam perbelanjaan emolumen serta bekalan
dan perkhidmatan. Pembentukan Modal Tetap Kasar meningkat pada kadar
yang lebih cepat sebanyak 16.1% (S4 11: 8.4%), disokong oleh
perbelanjaan modal dalam sektor awam dan swasta.
Dalam
sektor luaran, lebihan akaun semasa lebih rendah pada suku pertama,
tetapi jumlahnya kekal besar pada RM18.1 bilion, bersamaan dengan 8.4%
daripada PNK. Lebihan yang lebih rendah mencerminkan lebihan barangan
yang lebih kecil dan aliran keluar pendapatan yang lebih besar. Lebihan
barangan lebih rendah kepada RM32 bilion disebabkan oleh pertumbuhan
import mengatasi eksport.
Pada
suku pertama, jumlah pembiayaan kasar yang diperoleh sektor swasta
melalui sistem perbankan dan pasaran modal meningkat kepada RM259.9
bilion (S4 11: RM240.6 bilion). Pembiayaan yang lebih tinggi itu
disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam terbitan sekuriti hutang
swasta (private debt securities, PDS) bersih. Pada asas bersih, pinjaman
sistem perbankan dan PDS terkumpul berkembang pada kadar pertumbuhan
tahunan sebanyak 13.3% pada akhir bulan Mac (S4 11: 12.5%).