Thursday, March 29, 2012

Zunar bakal ketuai program "Kartunis Bantah Lynas"

Saya akan mengetuai sekumpulan pelukis kartun untuk mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi (rare earth) kepada penduduk tempatan di Kuantan pada 31 Mac akan datang.

Antara program yang akan diadakan ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis banner secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun.

Antara kartunis yang akan turut mengambil bahagian dalam program tersebut ialah Johhny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.

Syarikat dari Australia, Lynas telah membina kilang yang merbahaya kepada alam sekitar dan manusia itu di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari Kuantan.

Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat. Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan datang.

Sebanyak dua program berasingan akan diadakan iaitu di Balok pada sebelah petang dan malam di Pantai Teluk Chempedak. Di Balok, program bermula jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad manakala program di Teluk Cempedak bermula jam 8 malam.

Program anjuran bersama Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) and BADAR ini adalah terbuka dan percuma untuk orang ramai. Peraduan mewarna dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja di mana hadiah-hadiah menarik disediakan dan pendaftaran boleh dibuat di tempat pertandingan pada hari tersebut. Manakala orang dewasa boleh mengambil bahagian dalam acara melukis kain rentang serta karikatur.

*Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque (gambar kanan) ialah kartunis politik Malaysia.

TURUN KE JALAN RAYA SEBELUM PILIHANRAYA



Lobi Israel Untuk Jadi Tuan Rumah Persidangan Gas Sedunia?


SHAH ALAM, 29 MAC : PKR mendakwa pimpinan Umno-BN memohon bantuan dari Israel dengan melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mengesahkan usaha melobi ini bermula pada tahun 2005.

Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.

Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PKR mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap ‘talam dua muka’ Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel,” kata Saifuddin dalam kenyataan media.

Tambah Saifuddin, penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.

“Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel.

“Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel,” kata Saifuddin.

Justeru, PKR mendesak penjelasan kerajaan mengenai pendirian yang diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel.

Misteri PRU 13: Awal Jun atau tahun 2013?

Soalan ini hampir menjadi soalan bonus di mana sahaja saya pergi. Bangun pagi berjogging di Dataran Sungai Kerian pasti akan ada pengunjung yang bertanya, pergi ke Pasar Pekan Parit Buntar penjual sayur dan ikan bertanya, di Pejabat Pusat Khidmat pelanggan yang datang akan bertanya dulu soalan ini sebelum mengadu masalah hinggalah di ruang solat surau di taman rumah saya, ahli jamaah pasti akan bertanya bilakah tarikh PRU ke-13? Saya sendiri selaku ahli politik tidak tahu jawapannya apatah lagi rakyat umum dan inilah uniknya Malaysia dalam konteks demokrasi di mana tarikh PRU menjadi misteri hingga hari ini.

Sesuatu yang misteri memang diminati kerana misteri adalah teka-teki dan kekaburan yang menggoda seseorang untuk merungkaikan dan mencari jawapan. Ini adalah taktik para pengeluar filem selama ini untuk meraih untung yang besar kerana lagi saspen (misteri) sesuatu jalan cerita lagi bermutu filem tersebut. Tapi malangnya yang kita perkatakan ini bukan filem tetapi ketelusan sebuah demokrasi yang asasnya ialah mencipta satu padang permainan yang sama rata. Salah satu cara untuk menunjukkan ianya satu permainan yang adil ialah ketetapan awal tarikh PRU dengan bermulanya penggal baru sesuatu pilihanraya. Kalau misteri sesebuah filem dikagumi tetapi misteri tarikh PRU adalah sesuatu yang memualkan kerana ia mencacatkan demokrasi dari awalnya lagi.

Walaupun PRU di Malaysia lima tahun sekali namun secara praktiknya ia tidak semestinya berlaku demikian kerana genap tiga tahun sesuatu penggal sudah layak PRU seterusnya diadakan, jadi genap tiga tahun hingga lima tahun, rakyat Malaysia pasti akan bercakap tentang tarikh PRU yang penuh dengan misteri itu.

Sehubungan dengan tarikh PRU ini teringat saya semasa di Palembang baru-baru ini, saya bertemu dengan salah seorang ahli Parlimen dari Republik Chad (salah satu negara di benua Afrika) yang begitu mengkagumi Malaysia dan kemajuannya. Saya sudah tentu berbangga sebagai perwakilan Parlimen Malaysia dalam sidang Kesatuan Parlimen Negara OIC. Lalu dia bertanya tentang proses PRU dan tarikh pilihanraya. Saya secara jujur mengatakan tarikh tidak dimaklumkan awal, ia hanya ada dalam benak PM yang memerintah hari itu, lalu rakan Ahli Parlimen saya ini menjadi terkejut kerana menyangka Malaysia juga turut maju dalam konteks tarikh pilihanraya dimaklumkan lebih awal seperti negara maju yang lain. Paling memalukan saya ialah apabila dia menyatakan mereka di Republik Chad mengamalkan makluman awal tarikh PRU akan datang sejurus bermulanya penggal baru Parlimen!

Kita perlu meningkat seiring dengan kemajuan yang dikecapi khusus dalam proses mempertingkatkan ruang demokrasi dan ketelusan, antaranya ialah pengumuman awal tarikh PRU supaya tidak berlaku permainan yang berat sebelah dalam persediaan PRU. Perlu dijelaskan di sini isunya bukanlah sangat ketetapan tarikh PRU kerana SPR akan melakukan pengisytiharan tersebut selepas Parlimen dibubarkan tetapi persoalannya ialah pembubaran Parlimen, bilakah Parlimen akan dibubarkan. Pembubaran adalah jawapan kepada misteri ini kerana sejurus dibubar akta pilihanraya menetapkan bahawa tarikh melakukan PRU ialah 60 hari dan dengan melihat trend berkempen tujuh hari, kita dapat menjangka tarikh PRU. Jadi persoalannya ialah bilakah Parlimen akan dibubarkan?

Satu lagi faktor yang mempengaruhi ketentuan tarikh PRU ialah keadaan ekonomi yang dilihat sebagai indikator penting bagi BN kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan orang ramai yang akan mengaitkan kegagalan parti pemerintah mengurus negara. Dalam hal ini rakyat akan diberikan gambaran seolah-olah keadaan ekonomi negara terkawal dengan baik walaupun keadaannya membuktikan sebaliknya, ini yang selalu disebut sebagai "the feel good factor".

Berpandukan kepada trend yang lampau, semua gula-gula yang disampaikan diharapkan dapat memberi imej yang baik kepada kerajaan, contohnya ialah BR1M dan bantuan yuran sekolah serta kenaikan 13%-7% pelarasan gaji kakitangan awam yang penuh kontroversi itu. Kerajaan juga harus membuktikan komitmennya untuk menangani salahguna dana awam dengan tegas dan ini dibuat melalui pendakwaan ke atas Pengarah syarikat NFC yang didakwa atas pecah amanah peruntukan RM250 juta untuk projek Fidlot Nasional. Berdasarkan kepada perkembangan ini, bagi menunjukkan BN bersih, maka pembubaran Parlimen dijangkakan akan berlaku pada penghujung April lalu membuka jalan untuk pencalonan pada 27 Mei dan pengundian pada 3 Jun.

Satu lagi faktor ialah kadar serangan yang dibuat ke atas pembangkang, semakin dekat PRU semakin kuat serangan dibuat ke atas pembangkang dan kepimpinannya. Isu Anwar Ibrahim walaupun telah melepasi dugaan-dugaan kes liwat 1 dan 2, kini mereka menyerang Ketua Pembangkang itu dengan tuduhan bi-seksual dan saya yakin ia akan menjadi trumpet yang akan ditiup semasa kempen nanti. Begitu juga dakwaan pro-Israel dan Liberal dalam pegangan agama akan menjadi peluru-peluru terhadap Pakatan Rakyat. Mereka lakukan demikian untuk meraih simpati undi Melayu dan Najib akan berpuas hati apabila sokongan undi Melayu meningkat dan ketika itu mengisytiharkan pembubaran Parlimen. Untuk menyerang PAS, mereka sudah mempunyai ayam tambatan iaitu JATI melalui Hasan Ali (gambar kiri) yang akan terus mendedahkan penyelewengan PAS. DAP akan senantiasa dilabel sebagai anti Melayu dan Islam khususnya di Pulau Pinang. Isu-isu teknikal dan pengurusan pentadbiran akan dikaitkan dengan dasar anti Melayu dan Islam oleh UMNO Penang dan terus mengelirukan orang Melayu tentang peranan PAS dan PKR. Melihat kepada kadar intensiti serangannya kali ini, PRU pada awal Jun tidak dapat dielakkan lagi kenyataannya.

Walaupun tidak semua faktor dapat dikawal, namun BN mempunyai "tilam empuk" untuk menerima suasana-suasana yang tidak berpihak kepadanya, antaranya ialah manipulasi media, manipulasi bajet dan manipulasi alat demokrasi berpilihan raya sendiri iaitu SPR. Tilam empuk ini tidak lagi semudah yang dijangka kerana media alternatif dari media sosial kini bercambah, rakyat lebih bijak dan desakan masyarakat sivil berserta parti politik yang prihatin mendesak proses demokrasi berpilihan raya dipantau, diolah dan dibaikpulih. Segala perkembangan ini menjadikan keberlangsungan BN dalam persada politik tanahair menjadi semakin sukar. Ia juga petunjuk kepada lahirnya lanskap baru dengan pemain baru yang diharapkan menjadi pemangkin ke arah transformasi negara yang lebih tulen.

Kini semua petunjuk kepada PRU menjurus kepada awal Jun, ini memandangkan jika tidak dilakukan pada awal Jun yang juga merupakan cuti pertengahan tahun sekolah, ia terpaksa dilakukan pada awal tahun hadapan iaitu tempoh maksima tamat penggal parlimen. Selepas Jun, sidang Parlimen bermula Julai dan selepas Julai umat Islam akan berpuasa dan September umat Islam akan menunaikan Haji. Ada kemungkinan ia akan diadakan pada November, namun, jangka itu telah memasuki pembentangan bajet yang akan dibentangkan pada Oktober. Jadi jikalau kita mengandaikan PRU akan berlaku tahun ini, ia mesti dilakukan pada Jun, jika tidak, hanya Najib yang tahu kunci kepada misteri ini.

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat Realistik

SHAH ALAM,29 MAC : Tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat (Pakatan) berhubung penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN) adalah realistik kerana keupayaan dan prestasi cemerlang pentadbiran dan urusan kewangan negeri yang dikuasai Pakatan.

” Kita akan pastikan tiada pembaziran dalam kewangan dan lebihan itu boleh disalurkan dalam bentuk penghapusan PTPTN itu, kita percaya jika ia dilaksanakan tidak akan mengabaikan keseluruhan rakyat,” kata Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Menolak dakwa beberapa pihak bahawa penghapusan PTPTN akan menyebabkan negara menjadi muflis kerana apa yang dibuktikan di Selangor dengan pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) tidak membawa negeri itu menjadi muflis.

“Hutang PTPTN ini juga satu bebanan kepada golongan graduan yang baru memasuki dunia pekerjaan, sepatutnya mereka diberi ruang dan bukan diberi hutang.

“Dengan hutang yang banyak serta peluang kerja yang kurang dan akhirnya ia berterusan apabila berkahwin dan menjadi penghutang yang tegar,” ujarnya.

Beliau juga hairan mengapa Kerajaan BN boleh menghapuskan hutang korporat Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta yang manfaatnya hanya mungkin seorang. Tetapi tidak sanggup menghapuskan PTPTN yang manfaatnya lebih besar kepada rakyat.

Sebelum ini, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajuddin melalui penyelesaian luar mahkamah.

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Tuesday, March 27, 2012

K'jaan buka tender ambil alih projek pusat fidlot nasional

1 MALAYSIA...MUDAHNYA KALAU SAPU DUIT RAKYAT DU MALAYSIA.SELEPAS MEMBAHAM 250 JUTA, PESALAH BELUM PUN MASUK PENJARA, DAN KEGAGALAN ITUEMUDIANNYA DI SERAHKAN EPADA SESIAPA YANG BERMINAT....ADUHAIIII..PUNYA LA SENANG...




Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

- Bernama

KECOH

Monday, March 26, 2012

FELDA GLOBAL VENTURE RUGI



LA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya.

Lynas: Alam digadaikan untuk keuntungan yang tidak seberapa...

Lynas dan pihak pembuat dasar bermain dengan angka sebermulanya, untuk mengaburi isu dengan kenyataan palsu yang seolah-olah benar bunyinya. Lynas dan kerajaan mendakwa bahawa kilang pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Namun, angka menunjukkan bahawa jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh sesebuah kilang yang menghasilkan buangan radioaktif adalah sama dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan sesebuah hypermarket.

Menurut maklumat yang diberikan Lynas, bilangan pekerja yang diupah kilang nadir bumi di Kuantan adalah antara 350 hingga 400 orang (angka tepat adalah 236 orang sehingga Disember 2011)(2). Apakah angka ini cukup besar? Cuba bandingkan dengan hypermarket seperti TESCO. TESCO mempunyai rangkaian sebanyak 40 unit di Malaysia, dengan jumlah 15,000 orang pekerja, atau purata 375 orang per unit (3).

Mereka yang menyokong Lynas akan menyanggah dengan hujah, "Kita perlu lihat dalam kerangka yang lebih luas. Seandainya kita mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi, maka kita mampu menarik kilang multinasional yang memerlukan nadir bumi ke Malaysia. Jadi, lebih banyaklah peluang pekerjaan diwujudkan." Hujah sedemikianlah antara penekanan Lynas dan kerajaan Malaysia ketika berdepan dengan rakyat.

Keadaan di China

Pasaran bekalan nadir bumi di dunia hampir dimonopoli China sejak 10 atau 20 tahun kebelakangan. Kerajaan China mulai menyekat eksport nadir bumi dengan kuota sejak tahun 2003. Seterusnya kerajaan China mengenakan export tariff sebanyak 10% kepada semua nadir bumi, agar harga nadir bumi di China lebih rendah daripada nadir bumi di luar negara.

Pada tahun 2008, sekali lagi kerajaan China meningkatkan export tariff kepada 15-25% mengikut jenis nadir bumi. Langkah ini telah menyebabkan kekurangan nadir bumi di luar sempadan China, menjurus kepada lonjakan harga yang mendadak. Pada tahun 2010, hasil nadir bumi China mencakupi 97% (130 ribu ton) dari hasil dunia, dan kuota eksportnya hanya 30 ribu ton (1). Dengan kata lain, kira-kira 75% nadir bumi di dunia yang berharga rendah hanya boleh didapati di dalam sempadan China (melainkan penyeludupan haram).

Di bawah dasar ini, syarikat multinasional yang memerlukan nadir bumi terpaksa membina kilangnya di China. Cara ini lebih ekonomik (menjimatkan kos), nadir bumi ditambah proses untuk menghasilkan produk, dan kemudiannya dieksport dari China.

Mampukah Malaysia meniru China?

Namun, apakah kerajaan Malaysia juga boleh meniru langkah China, mengenakan kuota terhadap nadir bumi untuk menarik pelabur asing? Jawapannya mustahil. Ini kerana nadir bumi yang dihasilkan di Kuantan adalah milikan peribadi syarikat Lynas. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hak milikan ke atas nadir bumi itu. Kerajaan Malaysia tidak boleh memaksa Lynas untuk menjual nadir buminya di dalam sempadan Malaysia.

Menurut laporan pelabur Lynas pada Mei 2011 (4), Lynas telah menandatangani lapan kontrak bekalan nadir bumi dengan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun untuk jangka panjang (10 tahun). Lihat sahaja kontrak "strategic alliance"-nya bersama Sojitz, pengedar nadir bumi terbesar Jepun telah menyatakan, lebih 38% nadir bumi (sekurang-kurangnya 8,500 ton setiap tahun) akan dieksport secara terus ke Jepun. Ditambah lagi kontrak lain yang selebihnya, Malaysia hanyalah sebagai "distribution hub" untuk Lynas.

Malah, walaupun projek joint-venture Lynas dengan Siemens yang sering ditekankan oleh kerajaan Malaysia, ia hanya sekadar pada peringkat letter of intent. Setakat ini tiada janji dalam hitam putih mahupun lisan bahawa pelaburan ini akan berpengkalan di Malaysia. Jadi, adalah terlalu awal untuk menyebut projek pelaburan Siemens ini sekarang.

Selain itu, laman sosial Facebool Lynas (5) menyatakan bahawa satu kontrak bernilai RM1.2 bilion akan diperuntukkan untuk Malaysia, apabila mereka membina kilangnya di Kuantan. Projek bernilai RM513 juta diberikan kepada kontraktor di Kuantan.

Perlu diingatkan, bahawa Kuantan telah menampung buangan nadir bumi oleh Lynas. Sebaliknya, Thailand telah mendapat "durian runtuh" yang lebih besar dari Kuantan. Dalam laporan kewangan tahunan Lynas pada 2011 (6), projek pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi fasa kedua di Kuantan telah diberikan kepada satu syarikat Thailand, Toya-Thai Corporation, dengan nilai antara USD 180 - 210 juta, atau kira-kira RM630 juta.

Industri yang tinggi tahap pencemarannya


Pada awal tahun 2007, ketika Lynas memberi kepastian untuk membina kilangnya di Kemaman, MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) telah memberikan "strategic pioneer status" kepada Lynas. Dengan kata lain, Lynas dikecualikan daripada membayar cukai korporat untuk 10 tahun, malah dikecualikan juga duti import dan sales tax untuk semua bahan mentah, mesin, peralatan, aksesori dan sebagainya yang digunakan untuk pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi. (7)

Pada Ogos 2007, Lynas bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan Malaysia agar projek ini dipindah dari Terengganu ke kawasan industri Gebeng, Kuantan. Sebagai pampasan lantaran penangguhan yang disebabkan perpindahan tersebut, Menteri Kewangan Malaysia telah meluluskan package insentif yang baru. Pengecualian cukai korporat dilanjutkan dari 10 tahun kepada 12 tahun. Stamp duty untuk pembelian tanah di Gebeng turut dikecualikan. Malah, Lynas memperolehi dana yang tidak melebihi RM1.2 juta untuk tiga tahun, sebagai tabung latihan pekerja Malaysia (8).

Pelaburan Lynas adalah satu pelaburan berisiko tinggi kerana mengancam keselamatan alam sekitar. Bukan sahaja kerajaan kita tidak mengenakan cukai yang tinggi sebagai pampasan terhadap pencemaran alam yang diakibatkannya, malah diberi pula package insentif sebagai galakan.

Mengapa kerajaan kita sanggup berbuat demikian? Apakah sumbangan 1% GDP itu boleh membeli kesihatan ratusan ribu orang penduduk di Kuantan? Apakah kerajaan kita benar mahu menilai kesihatan rakyat dan keselamatan alam dengan wang ringgit?

Negeri Pahang pada asalnya sebuah negeri yang bersih, dengan hutan tropikal dan pantai yang indah. Kini, kerajaan kita sanggup menggadaikan segala-galanya demi keuntungan yang dinilai wang ringgit.

Anak cucu kita telah menanggung malapetaka lantaran kejadian Bukit Merah 20 tahun yang lalu. Mengapa tidak kita mengambil iktibar dari sejarah? Mengapa perlu kita mengulangi kesilapan yang lalu? Kini kerajaan kita membuka pintu untuk Lynas - apakah ini kejahilan, berpandangan pendek, atau langsung tidak mengendahkan kepentingan rakyat?

Rujukan

1.http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/R41347.pdf
2.Q4_2011_Quarterly_Report_clean_copy_V4_1071982.pdf (m/s 6)
3 http://www.tesco.com.my
4 Investor_Presentation_May_2011.pdf
5 https://www.facebook.com/lynasmalaysia
6 financial_report_FY11_1023856.pdf (m/s11)
7 Q1 March 2007 Quarterly Activities Report 2007 - 449993.pdf
8 Q4_2007_Final_Version_Revised_1.2.08.pdf (m/s 4)

Baca: Mustahil sisa buangan Lynas dipulangkan ke Australia

*Tan Sek Choong memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia. Dsedut, diiterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Pelaburan Industri Selangor Tertinggi


SHAH ALAM, 26 MAC: Tuduhan pembangkang BN bahawa jumlah pelaburan perindustrian Negeri Selangor jatuh setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 disanggah Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor hari ini.

“Sebagai rumusan saya ingin memberitahu ahli-ahli yang berhormat di dewan yang mulia ini bahawa Negeri Selangor mencapai jumlah projek, peluang pekerjaan dan pelaburan perindustrian paling tinggi di seluruh Malaysia.

“Tidak seperti apa yang dituduh ahli-ahli YB pembangkang bahawa pelaburan di Selangor telah pun jatuh selepas Pakatan menjadi kerajaan di Selangor,” ujar beliau.

Jumlah projek perkilangan yang diluluskan oleh Malaysia Investment Development Authority (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Selangor dari 2008 hingga 2011 sebanyak 1,168 projek dengan peluang pekerjaan sebanyak 100,348.

Negeri Selangor turut berjaya merekodkan jumlah pelaburan tempatan yang bernilai RM15.61 juta dan pelaburan antarabangsa sebanyak RM22.39 juta dalam tempoh yang sama.

Teresa turut memberitahu persidangan DUN bahawa Negeri Selangor telah menyumbang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan modal pelaburan pada 2011.

“Daripada jumlah keseluruhan modal pelaburan yang diluluskan di Malaysia iaitu sebanyak RM56,806 bilion, sebanyak RM8,741 bilion iaitu 15.3 peratus daripada jumlah modal yang diluluskan oleh MIDA dan MITI di Malaysia adalah di negeri Selangor.

“Selangor mencatatkan jumlah pelaburan di tempat kedua tertinggi selepas Pulau Pinang yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi sebanyak RM9.106 bilion daripada 109 projek perkilangan yang diluluskan,” katanya lagi.

Halimah Ali: “Saya Merempat, Tumpang Pejabat Orang”

SHAH ALAM, 26 MAC: Tuduhan Adun Gombak Setia, Dato Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini.

Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata.

“Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” katanya lagi.

Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah ‘partion’, itu sahaja.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak?

“Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000.

“Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja,” ujar beliau.

Adun Bulit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco.

Sunday, March 25, 2012

Stop calling us 'lain-lain'

Wee causes stir at Dong Zong rally

UMNO GAGAL TUNAI JANJI DI REMBAU


REMBAU, NEGERI SEMBILAN, 25 MAC: Menjelang PRU 2008 lalu BN Negeri Sembilan menabur pelbagai janji untuk menguncing pengundi namun hingga ke saat ini janji tersebut tidak tertunai.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Che’guBard kesal dengan tindakan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Mohamad Hassan yang hanya pandai menabur janji tetapi dalam masa yang sama meletakkan pengundi Rembau menagih segala pembangunan yang dinantikan.

“Pada 31 Januari akhbar keluaran Utusan dengan jelas menyatakan janji Pengerusi Bn Negeri Sembilan kepada orang Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn.

“Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau, semua ini dengan syarat orang Rembau mengundi Bn.

“Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

“Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.” kata Ghe’GuBard

Malah menurut Beliau, MP Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga pernah menjanjikan pusat Tuisyen emas percuma buat semua murid sekolah dalam Rembau dan banyak janji lain.

“Sehingga kini hampir semuanya tidak terlaksana. Namun Pakatan Rakyat di Rembau terus membangkitkan isu – isu ini untuk menuntut hak orang Rembau yang telah dijanjikan.

“Setiap kali program BN di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai…. adakah BN Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?.” soal beliau

Menurut Che”Gu Bard janji terbaru adalah projek UITM dan pembinaan lapangan terbang akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS.

“Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang.

“Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih BN semula.” kata beliau.

SERANG ANWAR ADALAH AGENDA UATAMA BN


KOMENTAR: ‘Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negera’. Itulah kenyataan terbaru Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi PM.

Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan perkataan Anwar dan PM telah memberi isyarat bahawa kebimbangan paling kronik BN terhadap potensi Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud.

Bagi para penganalisa politik maupun orang politik, agenda dan strategi politik Umno-BN amat mudah dibaca. Maklumlah setelah lebih 54 tahun menguasai negara. Skrip dan sejarah Umno tidak pernah berubah walaupun perlaksanaannya agak berbeza.

Secara rawaknya, apa yang ditakuti pemimpin-pemimpin Umno-BN akan diterjemah dalam bentuk menyerang atau menyalahkan pembangkang.

Lebih hebat dan kuat diserang menunjukkan itulah yang ditakuti atau cuba dihindari.

Mengapa Anwar di serang

Menurut Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke yang pernah di temubual penulis suatu ketika dahulu menganggap tindakan menyerang Anwar disebabkan Anwar di lihat sebagai pencetus kesedaran rakyat terhadap kezaliman Umno-BN.

Selain itu menurut MP Rasah itu lagi, Anwar juga dilihat sebagai lambang kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kata beliau, Karisma Anwar yang berjaya menyatukan PAS-DAP-PKR dalam PR telah memberi ancaman besar kepada dominasi BN yang telah menguasai negara sejak 54 tahun.

Kenyataan Loke tersebut memberikan pelbagai gambaran bahawa rakyat telah berjaya melihat suatu pilihan baru menerusi kuasa politik untuk menyingkirkan Umno-BN.

Cubaan menjatuhkan Anwar bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. Anwar cuba di singkir Dr Mahathir disebabkan tindakan Anwar yang lantang mengkritik beliau yang membantu anak-anak serta para kroni.

Dr Mahathir cuba mencari kesalahan Anwar berhubung apa-apa amalan kronisme atau rasuah setelah hampir lapan tahun Anwar berada dalam kerajaan. Namun tidak ditemui sebarang kes.

Sebagai langkah terakhir, Dr Mahathir terpaksa menyingkirkan Anwar menggunakan jalan tidak halal. Anwar di fitnah berhubung isu moral yang sengaja dicipta sehingga bekas timbalannya itu di penjara selama enam tahun.

Anwar dibebaskan ketika Tun Abdullah menjadi PM disebabkan beliau menyedari tindakan memenjarakan Anwar merupakan tindakan fitnah Dr Mahathir untuk menamatkan kerjaya MP Permatang Pauh tersebut.

Tindakan tersebut telah mengundang kemarahan Dr Mahathir yang amat sangat kepada Abdullah. Hinggakan setiap kenyataan Dr Mahathir hingga ke saat ini pun sering menyerang Abdullah dalam apa jua keadaan.

Selepas tamat PRU 12 lalu dan setelah Najib dipilih menjadi PM, Dr Mahathir turut mengambil peranan aktif membantu Najib.

Setelah menyaksikan kemampuan PR menguasai lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Najib dan Dr Mahathir mula merasakan gelombang kebangkitan reformasi rakyat semakin aktif.

Andai ketika Di zaman Dr Mahathir rakyat bangun dan memprotes dijalanan kini di parlimen dan di media seperti blog, facebook, twitter dan media-media alternatif semakin galak mendedah pelbagai penyelewengan kerajaan.

Akhirnya mungkin di atas nasihat Dr Mahathir dan Penasihat Yahudi APCO, Najib cuba mengulangi skrip lama menyerang Anwar.

Pembebasan Anwar dari fitnah Liwat 2 ketika gerakan 901 lalu tidak terhenti disitu sahaja. Malah menjadi bertambah hebat.

Hinggakan tidak ada satu hari pun media-media milik kerajaan berhenti menyerang Anwar.

Begitu juga dengan media-media yang dahululunya menyiarkan bahan-bahan ‘fair story’ seperti Sinar harian juga tidak lagi bersifat sebagaimana sebelumnya.

Hal ini bukan suatu yang menghairankan kerana hampir setiap kali dekat PRU, pemimpin-pemimpin Umno-BN akan bertindak menaja beberapa muka surat di akhbar.

Apatah lagi keluaran Sinar Harian edisi Selangor. Setelah peruntukan RM2.71 bilion dari duit titik peluh rakyat diberikan kepada Umno Selangor, dana tersebut boleh diperguna untuk tujuan tersebut.

Kalau anda kurang yakin, cuba lihat Sinar Harian edisi Selangor sejak kebelakangan ini dari muka surat hadapan hingga muka surat tiga atau empat. Hampir kesemuanya menjurus ke arah menyerang atau memperlekeh kerajaan Pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perlu jua di ingat Anwar Ibrahim merupakan penasihat ekonomi Selangor. Memperkecil, memperlekeh atau menyerang kerajaan Selangor juga bertujuan menyerang Anwar secara halus.

Takut Dihakimi rakyat

Rakyat juga telah bosan dengan amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa, ugutan dan sogokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN selama ini.

Selain itu kemampuan PR membongkar pelbagai penyelewengan berserta fakta-fakta sahih menjadikan Umno-BN semakin terdesak dan sukar melepaskan diri.

Penyelewengan yang berjaya dibongkar PR berhubung penyelewengan dana rakyat NFC berjumlah RM250 juta melibatkan seorang menteri yang juga Ketua Wanita Umno berjaya meyakinkan rakyat berhubung keupayaan PR.

Begitu juga dengan amalan kenyataan yang menjadikan bukti dan fakta membuktikan integriti serta karisma PR dilihat amat sihat dimata rakyat.

Sebagai jalan keluar Umno-BN cuba mencari jalan mencari kelemahan dalam kerajaan-kerajaan negeri PR namun kesemuanya bersifat tuduhan dan fitnah dan tanpa bukti.

Akhirnya hanya retorik dan fitnah dijaja didada media milik kerajaan.

Katak-Katak mula beraksi

Tindakan Anwar menyaman Utusan Malaysia awal Mac lalu sebanyak RM100 juta menjadikan akhbar tersebut semakin gelabah.

Tindakan saman tersebut mmberi kesan yang besar kepada integriti media tersebut. Sebelum ini beberapa kes fitnah oleh media arus perdana dimenangi oleh pemimpin PR Seperti kes Mahfuz Omar.

Sebagai jalan keluar, media tersebut cuba mendapatkan ‘katak-katak’ untuk menyerang kembali Anwar. Sebagaimana kebiasaannya katak-katak ini melemparkan retorik politik tanpa fakta.

Bagi katak-katak tersebut inilah masanya yang amat di nanti-nantikan kerana berpeluang untuk menarik perhatian Najib dan pemimpin-pemimpin Umno.

Ini juga peluang untuk membolehkan mereka dipilih oleh Najib untuk menjadi calon dalam PRU 13 nanti. Bagi Najib pula barang siapa yang ‘kuat’ menyerang Anwar, orang itu akan menjadi perhatiannya.

Hal ini di buktikan apabila bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor dan bekas rakan Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dilantik menjadi Senator setelah berpaling tadah dan bertindak menyerang Ketua Umum PKR tersebut.

Tindakan Najib ini telah mengundang kemarahan ramai pemimpin-pemimpin Umno yang telah lama berjuang dalam Umno namun tidak diberi perhatian.

Hal yang sama berlaku kepada ramai lagi katak-katak yang kebelakangan ini diberi ruang di media milik Umno.

Mengulas hal ini, Anwar dalam ucapan ketika di Malam Terakhir Konvensyen PR di Alor Setar lalu berkata “Barang siapa yang mengata atau mengaibkan saya ketika ini akan mendapat saham yang tinggi dari Najib.

Justeru tindakan bijak Anwar enggan melayan katak-katak ini telah menjadikan mereka semakin resah. Niat untuk menarik perhatian Najib serta pemimpin-pemimpin tertinggi Umno menjadi punah.

Alih Perhatian

Berdasarkan fakta kewartawanan, tindakan media milik Umno yang menyerang Anwar bertali arus bertujuan mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan kepincangan dalam kerajaan.

Rakyat cuba di cuaikan dengan budaya fitnah, prono dan mengaibkan orang lain sebagai suatu pelarian yang tidak bermoral.

Tidak ada jalan lain yang dilihat oleh Najib dan pemimpin-pemimpin Umno termasuk penasihat Yahudi APCO selain mengaibkan Anwar di mata rakyat.

Negeri-negeri PR telah terbukti berjaya dalam pentadbiran baik di Selangor, Pulau Pinang , Kelantan dan Kedah.

Keempat-empat negeri ini merupakan empat negeri teratas penyumbang kepada kemasukan pelaburan asing (FDI) kepada Malaysia. Manakala Selangor pula menyumbang sebanyak 22 peratus dari pendapatan ekonomi negara.

Retorik kononnya berlaku pelbagai penyelewengan dalam kerajaan PR hanya merupakan momokan tak berasas yang dihidang oleh media milik Umno.

Sedangkan apabila dipinta bukti dan fakta pelbagai alasan kosong dikemukakan.

Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar pernah pada awal Mac lalu menyatakan beliau memperoleh bukti berlaku penyelewengan pasir di Selangor. Justeru beberapa pemimpin PR mencabar beliau membuktikannya di sesi SELCAT. Namun beliau gagal untuk hadir memberi keterangan.

Media ikat tangannya kebelakang

Dalam konteks politik, PR sememangnya mengharapkan media arus perdana ini terus bersikap sedemikian. Ini disebabkan bukan sekadar amalan kebebasan media namun jauh dari itu.

Tindakan membiarkan media arus perdana tenggelam dalam arus dan mitosnya tersendiri menguntungkan PR. Bayangkan dengan adanya sembian saluran media eletronik, 27 saluran radio dan hampir 12 saluran media cetak harian Umno-BN sedang berada dalam keadaan tidak selamat dalam PRU 13 ini.

Sedangkan pembangkang dan PR hanya memiliki tiga saluran media cetak, Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini yang terbitannya seminggu sekali. Pun begitu penjualannya juga amat terhad hanya dibeberapa lokasi yang dibenarkan sahaja.

Manakala media eletronik pula sekadar dibeberapa sesawang alam maya yang diasaskan oleh individu yang simpati dengan perjuangan PR.

Selain itu kekangan media yang keterlaluan di kenakan kepada media milik PR. Setiap berita dan laporan perlu menyertakan bukti dan fakta yang benar dan tepat kerana sentiasa dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tersilap perkataan atau fakta, para editor akan dipanggil dan dipersoal. Penulis sendiri pernah dikenakan tindakan dipanggil oleh KDN walaupun tidak terdapat apa-apa kesalahan dalam penulisan tetapi sengaja cuba ditakutkan oleh KDN.

Sedangkan media milik Umno diberi sebegitu besar imunit.

Gejala inilah yang menjadikan pengamal media pembangkang lebih matang dan mampu mengenalpasti kehendak dan permintaan rakyat dari pelbagai lapisan.

Pemimpin perlu jiwa yang besar

Momentum rakyat yang mahukan keadilan dalam pelbagai isu termasuk menghalang budaya fitnah dan prono semakin menular. Malah rakyat juga faham tindakan menyerang Anwar bertujauan mengalih perhatian rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan.

Najib sendiri dalam kenyataannya berhubung isu kebocoran maklumat mesyuarat felda baru-baru ini membuktikan lagi keyakinan rakyat terhadap Umno-BN semakin susut.

Hinggakan segala maklumat sulit kerajaan dibocorkan oleh rakyat yang tidak sanggup lagi bersengkol dengan kerajaan yang melakukan pelbagai penipuan terhadap dana rakyat.

Rakyat juga tidak rela lagi diperbodoh dan menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin gila rasuah dan kronisme.

Rakyat sudah bosan dengan segala penipuan dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Umno-BN yang telah lebih 50 tahun menipu rakyat.

Hakikatnya rakyat sudah ada pilihan untuk menggantikan Umno-BN dari terus bermaharajalele meratah khazanah negara.

Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja boleh menjadi PM walau pun isterinya tidak punya koleksi beg tangan puluhan pasang atau cincin berlian bernilai RM24 juta.

Saturday, March 24, 2012

Kit Siang cabar Najib serah kuasa secara aman jika Pakatan menawan Putrajaya

Pilihan raya umum ke-13 semakin mendekat, Perdana Menteri Najib kini berada di mod berkempen yang sepenuhnya. Sepertimana yang dikatannya sendiri baru-baru ini, beliau telah "bekerja malam dan siang", "tanpa berhenti-henti", bukannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang baik dan berteladan, tetapi menjadi Santa Claus kebangsaan untuk "memastikan kemenangan" bagi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang ini.

Semasa berkempen di merata tempat, nada beliau bertukar dari yang paling berkeyakinan dengan mengisytiharkan bahawa "BN akan merampas negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang pada PRU ke-13" (di Puchong pada 19 Mac) dan yang berbunyi lebih gelap bahawa "adalah sukar bagi BN menguasai majoriti parlimen dua per tiga dalam PRU yang akan datang" (Foreigh Correspondents Club pada 20 Mac), kepada yang berbunyi mengugut bahawa cita-cita rancangn "transformasi"nya supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi akan gagal jika beliau tidak mendapat "mandat besar" dan negeri-negeri pembangkang balik ke pangkuan BN (semasa bertemu dengan kakitangan kerajaan pada 18 Mac di Shah Alam).

Malah pada awal bulan ini, semasa berkempen di Kedah, Najib (gambar atas) memohon maaf terhadap segala kesilapan yang dilakukan oleh Barisan Nasional di masa-masa lepas yang mengakibatkannya kehilangan kuasa dan kerusi di beberapa negeri dalam pilihanraya yang lepas.

Tetapi setelah tiga minggu berlepas, apa yang kekal menjadi misteri dan rahsia negara adalah kesilapan apa yang dimaksudkan oleh Najib itu.

Sebenarnya, Timbalan Perdana Menteri Muhyddin Yasin (gambar kiri) telah dengan segeranya pada hari kemudian menolak kemungkinan untuk mengenalpasti "kesilapan-kesilapan" apa yang dimaksudkan oleh Najib, dan berhujah bahawa "yang penting adalah memandang ke depan", sementara Ketua Penerangan UMNO Maslan pula memperkecil-kecilkan tindakan "minta maaf" Najib dengan mengumumkan bahawa "UMNO memerlukan mandat untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapannya"!

Maka adakah ini bererti tanpa "mandat dan kemenangan yang besar" untuk UMNO dan BN dalam PRU yang akan datang ini, maka tidaklah perlu untuknya minta maaf untuk segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh UMNO/BN?

Adakah Najib sedar apakah kesilapan-kesilapan lampau BN yang beliau maksudkan semasa meminta maaf di Kedah awal bulan ini, ataupun ia sebenarnya hanya retorik politik yang tidak bererti langsung yang hanya bertujuan menipu undi?

Sementara kita meminta penjelasan daripada Najib mengenai apakah kesilapan-kesilapan lampau BN yang beliau bersedia untuk jelaskan dan minta maaf, biarlah beliau meminta maaf terhadap kesilapan-kesilapan beliau sendiri dahulu, khasnya yang beliau lakukan dalam tempoh 35 bulan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kesilapan-kesilapan Najib ada berpuluh-puluh jenis, biarkan saya menggariskan beberapa di sini:

1. Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

2. Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Malaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

3. Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah "outsource"-kan politik melampau kepada PERKASA.

4. Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah "demokrasi paling baik di dunia", beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?

5. Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli PERKASA serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak politk berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.

6.Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

7. Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.

8. Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terbelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha "menyelamatkan" bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.

9. Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.

10. Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.

11.Salah urus perhimpunan BERSIH 709 yang bertujuan menuntukan pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong BERSIH, sementara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.

12. Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan, yang ditujukan terhadap Peguam Negara Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden "mata lebam" Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai "kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah", mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Johari Baharom, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.

Adakah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini - dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?

Banyak lagi "kesilapan-kesilapan" yang telah dilakukan oleh Najib sendiri dalam tempoh 35 bulan ini yang perlu beliau minta maaf, dan kita belum lagi menceritakan kesilapan-kesilapan lampau yang dilakukan oleh BN yang mengakibatkan keputusan pilihanraya paling teruk baginya dalam tahun 2008.

Dari manakah Najib mahu bermula?

Kebelakangan ini, wujudnya petanda-petanda yang merunsingkan bahawa oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun dalam sejarah negara ini, PRU ke-13 ini akan menjadi PRU yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik di negara kita ini.

Saya mencabar Najib supaya memberikan petanda jelas bahawa sebagai Perdana Menteri ke-6 negara ini, beliau akan memastikan Malaysia akan bertindak seperti sebuah negara demokratik yang biasa di mana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi majoriti di Parlimen dalam PRU ke-13 menerusi peti undi, maka Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa pemerintahan di Putrajaya secara aman, tanpa membuat sebarang ugutan Mei 13, laungan perang "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", dan sebaliknya menjadikan PRU ke- 13 "paling bersih, bebas dan adil" setara dengan sebuah "demokrasi paling baik di dunia".

Baru-baru ini, politik di Malaysia menjadi semakin kasar dan kesat, termasuk di dalam Dewan yang mulia ini, di mana dusta dan fitnah disebarkan tanpa sebarang sekatan atau rasa sesal.

Tragedi 13 Mei

Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab telah dilontarkan terhadap saya, menuduh saya sebagai menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, 43 tahun yang lepas pada 1969.

Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan Mei 13 dalam tahun 1969, tetapi tiba-tiba saja, ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan Mei 13 - dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai orang yang menghasut dan mencetus Mei 13, menerusi slogan-slogan paling racis di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Hasilnya, semua dusta dan fitnah bahawa saya telah menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969, telah disiarkan secara berleluasa di blog-blog kumpulan cybertroopers UMNO.

Pada hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad). Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12 Mei 1969, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan berterima-kasih-kepada-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi pada malam. Kedua-dua acara itu telah berlangsung secara aman.

Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi selepas pilihanraya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13 Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihanraya diumumkan di Semenanjung.

Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13hb Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur.

Menuduh saya sebagai menghasut rusuhan Mei 13 menerusi ungkapan-ungkapan perkauman dan kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali.

Dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan daripada tahanan ISA pertama saya serta setelah Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan ahli parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, "mengenalpasti punca rusuhan Mei 13" dan "membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia."

Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa membalas penahanan saya di bawah ISA, dan saya pasti rekod ini masih disimpan dalam arkib Kementerian Dalam Negeri:

"My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia.

I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer.

I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences.

I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political economic social and cultural development of the country, where no group feels that ti is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances.

I also believe that the Malaysian nation is going through a trauma with the tragic May, 13th disturbances and that a special effort must be made to end the great damage inflicted by the disturbances. Although the wounds of May, 13 may close, it may not heal. If this the case then May 13 disturbances is only a prelude to worse disturbances.

In this task of reconciliation of the races it will be a great mistake if the ruling part shoulders singly, or only with superficial co-operation with opposition leaders and parties who have won the confidence of the people
."

Ini merupakan kenyataan sayang, setia, komitmen, nasionalisma dan patriotisma saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini, khasnya perisytiharan saya:

"My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer."

Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia, menyumbang kepada pembangunan sebuah Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.

Pilihanraya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia, menguji samasa kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa, di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi.

Saya menjemput Perdana Menteri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriot Malaysia yang berupaya bekerjasam dengan menubuhkan sebuah Suruhajaya Bersama untuk memastikan bahawa PRU ke-13 ini akan merupakan pilihanraya yang paling bersih, bebas dan adil di sejarah negara ini, sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik biasa.

Senator Idris Jala kini berkata bahawa negara Malaysia tidak lagi berisiko menjadi bankrap

Senator Idris Jala, CEO kepada PEMANDU, yang terkenal dengan amarannya bahawa Malaysia akan menjadi bankrap menjelang tahun 2019 sekiranya negara tidak mengubah corak perbelanjaannya dan mengurangkan pergantungan terhadap subsidi.

Tetapi dalam satu ruang media baru-baru ini, beliau nampaknya berpendapat bahawa risiko-risiko ini telah makin berkurangan "kerana pada keseluruhannya, prestasi kewangan kerajaan Malaysia adalah baik".

Agak malang sekali bahawa seorang professional yang berkomited dan tidak terlibat dalam politik seperti Idris Jala pun tidak dapat melarikan diri daripada terjebak dalam permainan politik.

Hakikatnya, rakyat Malaysia sekarang mempunyai lebih banyak sebab untuk merasa risau akan keadaan kewangan kerajaan dewasa ini berbanding dengan bulan Mei 2010 apabila Idris membuat pengumunan yang membimbangkan itu. Perbelanjaan ke atas subsidi telah meningkat dari RM 23.1 bilion dalam tahun 2010 kepada RM 32.8 bilion pada tahun 2011. Perbelanjaan kita di atas subsidi gula sebenarnya telah bertambah dua kali ganda dari RM262 juta menjadi RM567 juta walaupun harga gula sedunia telah menurun. Perbelanjaan operasi kerajaan diramalkan akan bertambah pada kadar 18.9% dari tenpoh 2010 sehingga 2011 berbanding dengan peningkatan hasil pendapatan hanya 14.9% dalam tempoh masa yang sama. Perbelanjaan operasi ini akan tumbuh dengan lebih pesat di bawah skim gaji baru yang telah disemak dan diubah, yang menurut sesetengah laporan, akan memakan tambahan perbelanjaan kerajaan sebanyak M6 bilion setiap tahun. Dan semua ini belum lagi mengambil kira peningkatan dalam liabiliti kontinjen yang disebabkan bon-bon yang dikeluarkan oleh Syarikat Prasarana untuk membiayai projek lanjutan LRT dan bon-bon yang telah dikeluarkan oleh Syarikat MRT Co. untuk membiayai projek MRT raksaksa, yang sehingga kini, merupakan projek infrastruktur awam paling besar dalam sejarah negara kita.

Pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi negara hanya 5.1%, iaitu kadar yang berada di lapisan bawahan anggaran kadar pertumbuhan 5% hingga 5.5% yang dibuat oleh Kementerian Kewangan. Kadar pertumbuhan ini adalah di bawah sasaran 6% yang telah ditetapkan oleh PEMANDU. Sebahagian besar pertumbuhan ini adalah didorong oleh peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dan aktiviti-aktiviti kerajaan.

Sebagai contoh, penggunaan kerajaan muktamad telah meningkat sebanyak 16.8% pada tahun 2011 berbanding dengan kenaikan 6.9% dalam penggunaan sektor swasta. Pada jangka masa yang sama, output sektor perkhidmatan kerajaan bertumbuh sebanyak 11.6% berbanding dengan hanya 4.5% dalam sektor pembuatan dan 6.8% untuk keseluruhan sektor perkhidmatan. Pertumbuhan ekonomi yang diketuai oleh kerajaan sebegini jelas tidak mampan untuk jangka masa yang panjang kerana pertumbuhan dalam sektor swasta yang sebenarnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan hasil cukai.

Dalam erti kata yang lain, pandangan kewangan awam negara telah bertambah buruk dalam tempoh satu tahun setengah yang lalu tanpa apa-apa kesan peningkatan dalam pandangan pertumbuhan ekonomi negara, sungguhpun kita adanya Program Transformasi Ekonomi (ETP).

*Ucapan Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur, semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong pada 22 Mac 2012.

Keadilan untuk Syauqey: Kutipan 15 ribu dalam 50 jam

Dalam tempoh 50 jam, sumbangan sejumlah RM 15,000 telah berjaya dikutip, dan dimasukkan ke dalam akaun isteri Ahmad Syauqey, Salwati Mohd Ariffin. Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers For Liberty, bagi pihak rakan Ahmad Syauqey telah menerima sumbangan tersebut daripada Pow Kien An, dengan MerdekaReview sebagai saksi penyerahan tersebut.

Ia bermula apabila MerdekaReview membuat laporan khas pada 19 Mac 2012, berjudul "Ahmad Syauqey: Kenapa harus saya bayar wang kepada peguam untuk membela saya?", lantas tercetus idea oleh aktivis sosial Wong Chin Huat untuk memanggil satu kutipan derma bagi Ahmad Syauqey.

Pow Kien An (gambar kiri, paling kanan) mengakui bahawa beliau bukan satu-satunya orang yang terlibat dalam usaha ini. Ramai lagi yang membantu untuk mengumpulkan wang derma ini, namun enggan mendedahkan identiti diri. Matlamat yang disasarkan adalah RM10 ribu pada mulanya, untuk menampung kos guaman dan kos sara hidup keluarga Ahmad Syauqey. Kempen ini telah diumumkan tamat pada jam 11 malam, 22 Mac, dengan sejumlah RM15,000 dikutip.

Ketika ditemuramah MerdekaReview, Pow Kien An berkata dirinya telah memohon izin daripada isteri Ahmad Syauqey sebelum melancarkan kutipan derma ini. Pow enggan menggunakan istilah "membantu", sebaliknya memohon agar diberi peluang untuk menyumbang kepada Ahmad Syauqey.

"Saya rasa terhutang budi kepada Ahmad Syauqey (gambar kanan)," kata Pow, menjelaskan bahawa Ahmad Syauqey sebagai seorang warga sivil telah melaksanakan haknya yang diperuntukkan di bawah undang-undang, dan beliau kini terpaksa berdepan dengan keadaan yang menimpanya.

Semalam, Pow telah berkongsi mesej daripada Salwati Mohd Ariffin yang diterimanya melalui sms, di laman Donate To Free Syauqey.

"Saya dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Setiap yang disumbangkan untuk membantu orang yang dizalimi itu ganjarannya amat besar di sisi Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa baik semua. Saya amat terharu dengan usaha semua.

Terima kasih banyak. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Kuasa.
"

Salwati Mohd Ariffin kini adalah ibu kepada tiga orang anak, pada masa yang sama sedang mengandung, terpaksa menyara hidup sekeluarga dengan gaji RM1,500 sebulan.

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan


Fadiah dari Lawyers For Liberty menganggap kes Ahmad Syauqey adalah contoh yang mencerminkan situasi bagaimana mereka yang tidak mampu dari segi ekonomi, gagal dibela peguam. Beliau mengisahkan pengalaman yang disaksinya sendiri di Majistret Kuala Lumpur, bagaimana mereka yang direman memohon agar hakim memberi masa yang lebih panjang kepada mereka ketika menentukan tarikh perbicaraan, kerana perlu "menjual harta milikan diri untuk membayar peguam".

Ini bukan kes terasing, sebaliknya 80% daripada mereka yang ditahan dan direman di penjara, gagal diwakili peguam. Fadiah (gambar kiri) berkata, jalan penyelesaiannya bukan untuk mencari khidmat peguam yang percuma, kerana peguam mungkin mampu mengendalikan beberapa kes, tetapi bukan kesemuanya. Untuk Fadiah, kerajaan harus memperuntukkan dana agar tertuduh mendapat hak untuk khidmat guaman.

Fadiah mengambil kesempatan untuk mengkritik Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang diumumkan Perdana Menteri Najib Razak pada Februari 2011, dengan geran permulaan RM 5 juta. Sebagaimana yang difahamkan Fadiah, yayasan ini masih di peringkat "perbincangan", sekadar "lips service" yang masih tidak memperlihatkan hasil konkrit.

Fadiah menganggap jumlah RM5 juta terlalu sedikit untuk menyelesaikan masalah ini, menyeru agar kerajaan Malaysia menjadikan model sistem bantuan guaman di Taiwan, Hong Kong dan New Zealand sebagai rujukan, di mana hak untuk mendapat khidmat guaman terbela di sana, dengan peruntukan daripada kerajaan, menggunakan wang cukai rakyat.

Baca: Kutipan derma langkaui batas kaum: Solidariti menentang keganasan polis

Baca: Ahmad Syauqey: Kenapa harus saya bayar wang kepada peguam untuk membela saya?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

LAPORAN KHAS -NFC-Antara Suami Menteri dan Penternak Biasa.mpg

Kes anak menteri: Siasatan tak berat sebelah penting





Pihak polis digesa menjalankan siasatan secara bebas dan tidak berat sebelah berhubung dakwaan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Pihak keselamatan juga diharapkan tidak tunduk kepada sebarang tekanan termasuk sekiranya datang daripada menteri sendiri, demikian peringatan daripada Naib Presiden PKR N Surendran , Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan NGO JINGGA 13 yang dekat dengan pembangkang.

NONE"Keyakinan umum pada polis sentiasa berada di paras rendah pada setiap masa dan polis mesti membuktikan mereka boleh menyiasatnya tanpa memihak," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam masa yang sama, Surendran berkata, Nazri mesti menjelaskan bagaimanapun anaknya mampu memiliki kereta Porsche dan mempunyai pengawal peribadi sendiri.

"Ini juga masanya semua menteri patut mengisytiharkan harta masing-masing," katanya.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan dua laporan polis dibuat ekoran kejadian di Bukit Kiara itu dan menyiasatnya mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu tetapi enggan mengulas lanjut butiran kejadian.

BANYAK SANGAT ANAK MENTERI NI BUAT HAL...BAPANYA BAGAIMANA?????

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.




Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.





Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz

Umno-BN Guna Taktik Kotor Tawan Selangor

Umno-BN Guna Taktik Kotor Tawan Selangor


SHAH ALAM 23 MAC : Barisan Nasional terutama Umno dilihat semakin resah gelisah dengan pencapaian cemerlang Kerajaan Negeri sehingga sanggup menjalankan taktik kotor bagi menawan semula negeri ini, demikian ujar Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Antara yang paling ‘ajaib’ menurut Nik Nazmi ialah pertukaran daftar pemilih yang ditukar tanpa pengetahuan pendaftar.

“Ada aduan yang saya terima daripada pemilih di Seri Setia yang namanya tiba-tiba ditukar ke Dun Damasara di bawah Parlimen Subang.

“Pendedahan sebelum ini juga melibatkan Menteri Besar kita yang berubah ke Parlimen Lembah Pantai, juga tanpa pengetahuannya,” jelas beliau.

Selain itu, beliau turut menambah, kejayaan Selangor cemerlang dengan gaya pentadbiran yang telus dan berpaksikan kebajikan kepada rakyat.

“Di Selangor kita ada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang menyediakan pelbagai program yang menguntungkan rakyat yang dilancarkan hanya 100 hari selepas Pakatan Rakyat ditubuhkan di negeri ini.

“Perkara ini tidak pernah terbayang oleh pemimpin BN sebelum ini, malah mereka mengkritik kita. Tetapi akhirnya mereka mencontohi dan menciplak langkah yang kita jalankan seperti program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM),” jelas Nik Nazmi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu pemberian gula-gula oleh BN itu hanya bersifat one-off tidak seperti program MES bawah Kerajaan Negeri yang berterusan.

“Di samping itu, Kerajaan Negeri turut mewujudkan Jawatankuasa Khas seperti SELCAT untuk menonjolkan sifat kebertanggungjawaban Kerajaan Pakatan terhadap rakyat,” kata Nik Nazmi.

Azmin: Hati-Hati Depani Manipulasi Politik Umno-BN

SHAH ALAM, 23 MAC: Kerajaan negeri dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam menerima sebarang undangan program daripada kerajaan persekutuan bagi mengelakkan sebarang manipulasi politik demi kepentingan pihak tertentu.



Tegas ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, perkara penting yang perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri adalah melindungi kakitangan kerajaan supaya tidak dipergunakan dalam sebarang program terutama anjuran Umno-BN.

Dalam ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DYMM Tuanku, Azmin mendedahkan satu surat yang dihantar kepada kerajaan negeri meminta penghulu dan ketua kampung seluruh negeri Selangor menghadiri satu program anjuran Umno-BN.

Lebih jelas, program tersebut turut mengundang individu yang mempunyai latar belakang dan kepentingan politik iaitu Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dan Datuk Fuad Hassan.

“Kalau program itu berbentuk latihan atau untuk menggilap potensi penghulu supaya lebih berkesan, kalau mengikut atur cara program itu jelas merupakan program politik. Mengapa kerajaan tidak meneliti perkara ini supaya tidak membenarkan pegawai kerajaan negeri terlibat dalam politik Umno-BN,” katanya.

Azmin turut membidas tindakan Umno-BN yang terus menerus menggunakan agensi kerajaan dan kementerian semata-mata untuk menyebarkan propaganda selain mempergunakan kakitangan kerajaan.

Terbaru, Jabatan Perdana Menteri dengan kepala surat jabatan tersebut telah mengeluarkan satu surat bertajuk ‘Taklimat Pembangunan Dengan Perdana Menteri’ pada 1 Mac 2010 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.

Surat tersebut ditandatangani oleh pengarah ICU sendiri yang menjemput semua pengusaha dan masyarakat perniagaan di negeri Selangor.

“Saya dapat maklumat dalaman yang hadir sekitar 400 orang kehadiran mereka bukan untuk membincangkan soal pembangunan tapi Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir Mohd Zain dan perdana menteri menggunakan pentas itu untuk meminta masyarakat perniagaan menyokong Barisan Nasional jelas daripada backdrop dalam hotel “Sokong Barisan Nasional Negeri Selangor

“Jadi business komunity kecewa mengapa mereka diheret dalam perkara ini,” katanya.

Wednesday, March 21, 2012



Nasrudin Hassan | Mar 21, 2012 02:26:40 pm

1. Menyertai pilihanraya ertinya bersaing untuk memenangi hati pengundi. Kegagalan mempengaruhi dan menakluki hati, pemikiran dan minda pengundi membawa maksud kecundang dan tewas dalam saingan pemilihan pemimpin yang diadakan.

2. Kecuali sistem pengendalian pilihanraya diselia tanpa nilai integriti dan semangat responsibiliti yang tinggi justeru ia membuka ruang manipulasi dan ketidaktelusan yang ketara, maka pola pemikiran pengundi tidak memberi apa-apa makna kepada keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan.

3. Lantaran itu saya melihat isu terpenting mendepani pilihanraya umum ke-13 ialah Transformasi Sistem Pengendalian Pilihanraya. Tanpa jaminan sistem pengendalian pilihanraya yang adil, telus dan saksama, maka pilihanraya umum hanya dilihat sebagai sandiwara di pentas demokrasi.

4. Sebagai analogi, sebelum kita merancang untuk memenangi sesebuah perlawanan bolasepak dengan penyediaan skil, stamina, teknikal dan taktikal permainan, terlebih dahulu kita mesti memastikan permukaan padang yang kondusif untuk sebuah perlawanan. Begitu juga dengan standard pengadilan yang berkualiti tinggi perlu dipastikan. Tiada makna skil individu atau pasukan yang hebat dan menarik jika padang tidak rata dan pengadil berat sebelah.

5. Kebebasan media, pemansuhan undi pos, dakwat kekal dan seumpamanya mestilah menjadi realiti. Inilah isu utama yang mesti diberi fokus oleh semua khasnya parti yang bertanding dalam pilihanraya.

6. Perkara kedua yang mesti diberi tumpuan ialah isu yang berkait dengan kehidupan rakyat seharian seperti masaalah kos hidup, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan jaminan kesejahteraan hidup mereka yang harmoni.

7. Isu ini boleh dibangkitkan secara seimbang antara bongkar dan dedah masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dengan tawaran dan perlaksanaan polisi yang akan dilaksanakan jika diberi mandat mentadbir dan memerintah.

8. Mendedahkan penyelewengan juga wajar apabila penyelewengan itu berkait kepentingan umum seperti negara dan rakyat pula mempunyai bukti kukuh bahawa penyelewengan itu berlaku, agar rakyat memiliki maklumat jelas, siapakah pemimpin yang wajar diberikan mandat untuk mengurus, mentadbir dan memerintah. Salah pilih membawa risiko besar kepada masa depan negara dan rakyat.

9. Namun apa yang jauh lebih penting selain isu yang dilagang ialah pendidikan politik. Ia menjadi asas utama yang meluruskan sikap dan tindakan agar isu yang dibawa tidak berunsur fitnah dan berniat jahat sebaliknya berasaskan kesedaran yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

10. Politik baru yang memiliki nilai hemah yang tinggi, mampu mengurus isu dengan berkesan. Mengutamakan yang hak dan menolak kebathilan.

*Tulisan Nasrudin bin Hassan (gambar kanan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, dipetik dari laman sosial Facebooknya.




Ketawakan mereka jika tidak mampu lawan mereka!

Ketawakan mereka jika tidak mampu lawan mereka!

Saya dengan ini mengumumkan pernerbitan buku koleksi kartun kelima dan terbaru saya dalam bahasa Inggeris, "1 MOOLAYSIA". Buku-buku sebelum ini ialah "Even My Pen Has a Stand" (2011), "Cartoon-O-Phobia" (2010), "1 Funny Malaysia" (2009) dan "Cartoons On Tun…" (2005).

1 Funny Malaysia diharam kerajaan atas alasan kandungannya "menggugat keselamatan awam", manakala Cartoon-O-Phobia disiasat di bawah Akta Hasutan dan saya juga telah ditangkap di bawah akta yang sama. Judul "1 MOOLAYSIA" dipilih kerana isu lembu yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang ini.

"1 MOOLAYSIA" menampilkan karya-karya yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini dari Julai 2011 hingga Mac 2012 dan termasuk juga karya dari laman web antarabangsa, Cartoonmovement. Terdapat juga beberapa kartun yang belum disiar.

Ia mengenengahkan isu-isu yang gagal disentuh oleh kartunis-kartunis politik Malaysia seperti PM dan isterinya yang suka shopping, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, Altantuya, Scorpene, penyelewengan National Feedlot Corporation (NFL), rasisma, rasuah, penyalahgunaan dana awam, isu hak asasi, demonstrasi BERSIH, kehakiman, polis dan isu-isu politik Malaysia secara umum.

Turut disiar adalah kartun mengenai Wanita Pertama yang membeli-belah sakan di Perth, isu skandal lembu, isu hakim dibaling kasut, isu 901 dan isu "air mata buaya" PM.

Tekanan kerajaan menyebabkan saya menghadapi kesulitan untuk mencetak dan menjual buku-buku secara terbuka kerana banyak kilang dan pekedai menerima ugutan yang melibatkan penggantungan lesen jika terus mencetak atau menjual buku-buku saya. Manakala di mahkamah, saya telah kalah dalam kes mahkamah mencabar pengharaman buku 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun melalui satu "penghakiman lucu" kerana hakim tidak mengambil kira hujah asas yang dikemuka peguam saya.

Kemudian saya memfail satu lagi kes mencabar kerajaan dan polis kerana tangkapan tidak sah pada September 2010 sebelum pelancaran Cartoon-O-Phobia, dan perbicaraan telah bermula dan akan bersambung pada 5 dan 6 April depan.

Apa juga keputusan mahkamah tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berkarya. "Saya akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir." Kerana itu, saya berharap sokongan dari pembaca dan peminat agar dapat membeli "1 Moolaysia" bagi membantu saya menghasilkan lebih banyak karya-karya kartun politik dalam rangka "Berjuang Melalui Kartun".

Dan saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus. Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. "Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!"

"1 Moolaysia" dijual dengan harga RM25.00 senaskah dan ia boleh ditempah/dibeli secara online melalui website saya melalui link ini http://zunarcartoonist.com/

Acara penjualan langsung akan diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 24 dan 25 Mac depan dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada jam 2 petang 25 Mac di tempat yang sama.

LATAR BELAKANG

1. Pada 15 Februari lepas, Zunar mengadakan pameran solo bertema "To Fight Through Cartoons" selama sebulan di London.

2. Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah "Courage in Editorial Cartooning" (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.

3. Pada Oktober tahun lepas, Zunar dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol.

Baca: Pameran Kartun Zunar di London pada Februari 2012

*Zunar (gambar atas) atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque ialah kartunis politik Malaysia.



Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat

Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat


SHAH ALAM 21 MAC : Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.

Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.

“Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.

“Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

“Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu,” katanya.

Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.

“Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.

Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi

Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi




SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.

Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.

Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.

“Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.

“Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,”soalnya.

Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.

“Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,”jelas Manoharan.

Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.

Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau

Blog Archive

My Blog List

Followers