Tapak pasar malam tak cukup, Nong Chik abai peniaga Melayu

Saiz Teks: A A A

Tapak pasar malam tak cukup, Nong Chik abai peniaga Melayu

 

KUALA LUMPUR 10 Oktober: Tapak baru pasar malam Kampung Kerinchi tidak mencukupi untuk menampung lebih 60 peniaga, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.




“Hanya ada 30 tapak disediakan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Sedangkan pasar malam Kampung Kerinchi ada lebih 60 peniaga. Dan tapak yang disediakan hanya untuk jualan produk kering. Ini tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga,” kata Izzah kepada Keadilan Daily.
Beliau merujuk kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bahawa peniaga pasar malam Kampung Kerinchi dipindahkan ke tapak berhampiran stesen LRT Universiti.


Tambah Izzah, pemakluman lewat kepada peniaga itu semalam menyebabkan perniagaan mereka terjejas kerana pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada jualan di pasar malam.
“Kenapa tak maklumkan awal. Raja Nong Chik tak layan aduan sebelum ini. Ini menganiaya mereka. Peniaga pasar malam Kampung Kerinchi bukan pengemis,” tegas Izzah.



Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan bertemu dan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri bagi membawa aduan 54 peniaga Kompleks Niaga Utama (KNU) yang akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan UDA di Bangsar Utama.


“Kita jumpa Menteri (Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar), dia tak layan. Datuk Bandar DBKL pun tak dapat jumpa. Jaddi kita putuskan untuk jumpa Perdana Menteri terus. Ini isu penting,” tegas beliau.

No comments: