Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah

KUALA LUMPUR, 29 Julai -- Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing, hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya hari ini.
Ahli Parlimen Tuaran itu (foto fail) juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin.
“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

No comments: