PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh

PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh

Leong Khong




.
KISAH INI MEMBUKTKAN BODONYA MELAYU JOHOR DI KAWASAN FELDA NI.APA UMNO TAK KATA PADA MELAYU YANG SOKONG PEMBANGKANG.(WRLR)




PAS Johor mengesahkan bahawa partinya bersetuju untuk memberi laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh, Johor dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, DAP turut memaklumkan bahawa partinya akan meletakkan seorang calon keturunan Melayu untuk bertanding di kawasan itu.

Dalam satu temuramah bersama MerdekaReview, Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman (gambar kiri) mengesahkan bahawa PAS berjanji untuk memberi laluan kepada DAP di kawasan yang mana lebih 80% pengundinya terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka FELDA. Mazlan menambah, untuk Barisan Nasional, DUN Tenggaroh dimiliki MIC, dan ini peluang untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kerjasama antara PAS dengan DAP.

Ini kawasan pertama yang dikesahkan setelah dikhabarkan bahawa perubahan akan berlaku dalam beberapa kawasan yang ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat, menjelang PRU 13. DAP, sebuah parti politik yang lebih tumpu untuk bertanding di kawasan bandar, kini akan bertanding di kawasan FELDA di pedalaman.

Dalam PRU 12 pada tahun 2008, terdapat sejumlah 20,176 orang pengundi, dengan 80.04% Melayu, 16.72% Cina, 2.06% India dan 1.18% lain-lain. di Tenggaroh. Dengan peratus pengundian hampir 80%, calon MIC Murukasvary A/P S.Thanarajan meraih 11,789 undi, sementara calon PAS Shahar Abdullah memperolehi 3,556 undi, dengan perbezaan 8,233 undi.

Mengimbas rekod PRU 11 pada tahun 2004, calon BN mendiang Krishnasamy A/L Shiman (10,412 undi) menang dengan majoriti 8,287 undi, menewaskan calon PAS Sheikh Abdullah Said Salleh (2,125 undi).

Mazlan Aliman berkata, PAS kerap berceramah di kawasan FELDA DUN Tenggaroh, berdialog dengan penduduk tempatan dan membuat kunjungan ke situ, untuk menyebarkan maklumat Pakatan Rakyat. Beliau berkata, kini bukan isu DAP, tetapi muafakat dalam Pakatan Rakyat. Mana-mana parti yang bertanding, parti komponen PR mesti turun untuk membantu.

Ketika ditanya kemungkinan DAP menang di kawasan Tenggaroh, Mazlan tidak memberi jawapan secara langsung, tetapi menganggap suasananya menyerupai suasana "Reformasi", sebagaimana yang berlaku dalam PRU 10 pada tahun 1999. Beliau berkata, BN hanya menang dengan majoriti 4,000 undi di kawasan parlimen Mersing pada tahun 1999, pada masa yang sama DUN Tenggaroh dan Endau dalam kawasan itu dihakis undi majoritinya.

Kerusi Parlimen Mersing dan DUN Endau menyaksikan pertembungan antara calon UMNO dengan PAS sepanjang dua penggal PRU yang lalu. Mersing dan DUN Endau bersama DUN Tenggaroh kesemuanya dimenangi calon BN dalam tiga penggal PRU yang lalu.

Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau (gambar kiri) membuat pengumuman dalam Mesyuarat Agung DAP baru-baru ini, bahawa persetujuan telah dicapai antara PAS dan DAP, di mana PAS akan memberi laluan kepada DAP di satu kawasan yang asalnya ditandingi PAS. Boo Cheng Hau mengesahkan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu untuk menyarung jersi DAP di situ.


No comments: