
Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat memasukkan memorandum ke dalam peti surat
Mereka melaungkan desakan agar Presiden Mesir Hosni Mubarak yang memerintah secara kuku besi selama 30 tahun agar segera berundur agar tidak menimbulkan lebih banyak kekacauan dan pertumpahan darah di Mesir.
Dalam perhimpunan itu para penunjuk perasaan melaungkan perkataan hidup rakyat, bangkit rakyat, sedar rakyat dan melaungkan takbir. Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad berucap mengecam kerajaan Mesir yang menggunakan kekerasan dalam melawan kebangkitan rakyat sehingga membunuh beberapa penunjuk perasaan.
"Kebangkitan di Tunisia telah merebak ke Mesir dan Jordan. Kebangkitan ini berterusan," katanya.
Bagaimanapun percubaan menyerahkan memorandum gagal kerana pegawai Kedutaan Mesir enggan menerima memorandum dari wakil perhimpunan. Berikutan itu, beberapa pemimpin parti politik dan NGO memasukkan memorandum ke dalam peti surat di pintu pagar kedutaan.
Dalam sidang media selepas itu Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvam mengecam Hosni Mubarak yang tidak memberi kebebasan kepada rakyatnya dan kini menyekat pula media internet seperti facebook dan twitter bagi melawan kebangkitan.
Arutchelvam meminta Hosni berundur dari kerusi presiden yang didudukinya selama tiga dekad. Beliau membidas kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang membiarkan kekejaman rejim Hosni terhadap rakyat hanya semata-mata mahu menyelamatkan Israel yang menjadi rakan baik Mesir.
"Kerajaan Mesir mengikut telunjuk Amerika dan Zionis. Tiba masanya pemerintahan diserahkan kepada rakyat," kata Arutchelvam.

Penunjuk perasaan membantah situasi di Mesir
Sementara itu, bekas Naib Presdien PAS Hj Mohammad Sabu menyelar sikap Hosni Mubarak yang tidak tunduk kepada suara rakyat biarpun mereka telah berdemonstrasi selama 6 hari dan melibatkan berbelas kematian .
Menurut Mohamad Sabu rejim Mubarak tidak mungkin akan bertahan lebih lama apabila pasukan askar dan polis telah dilihat bersama-sama rakyat dalam tunjuk perasaan. Askar yang dihantar menggempur rakyat akhirnya membenarkan rakyat menaiki kereta perisai mereka.
Beliau juga mengingatkan rejim BN di Malaysia yang mengamalkan korupsi seperti di Mesir mendengar suara rakyat agar tidak mengulangi apa yang berlaku di Mesir
"Rakyat dan polis membantah Mubarak. di negara ini (Malaysia) juga rakyat akan terus membantah (jika penyelewengan terus berlaku). Hari ini baru perhimpunan kecil, hari Jumaat nanti kita akan adakan perhimpunan yang lebih besar di masjid KLCC bagi meneruskan bantahan," katanya.
Antara pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO yang kelihatan dalam bantahan itu ialah Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi, Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh serta ramai lagi
Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, puluhan ribu penunjuk perasaan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah pada setiap hari bagi menuntut pengunduran Hosni Mubarak.
Pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan pada Ahad lalu berkata, "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".
Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura
Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab.
Di pihak BN, pemenang sebenar adalah Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman yang berjaya menunjukkan kebolehan dan kemampuannya, kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.
Kejadian kibaran bendera BN di sebuah surau di Taman Mewah Labis pada 28/01/2011 jam 10 pagi , ketika petugas PAS menjalankan rutin biasa rayuan undi , petugas PR tersebut amat terkejut apabila melalui sebuah kawasan yang disangkakan markas operasi BN kerana di dalamnya bersepah peralatan gerak kerja publisiti kempen BN, tetapi apabila didekati , petugas PR amat terkejut kerana ia sebenarnya adalah sebuah surau.
Sementara itu, DAP pula mencurahkan sokongan sepenuhnya kepada PAS untuk menangkis serangan isu Negara Islam yang memanah Pakatan Rakyat. Selain strategi kreatifnya yang bertemakan "TUKAR" sempena Tahun Baru Cina, kenyataan demi kenyataan media dikeluarkan untuk menyanggah setiap tuduhan yang dilemparkan MCA, malah mencabar agar Chua Soi Lek tampil berdebat.
Chua Soi Lek cuba melontar balik isu ini dengan mencabar agar kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor mengambil mereka yang tamat pengajian di sekolah swasta Cina sebagai kakitangan awam. Malah, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai mendakwa ini kali pertama dirinya tahu isu "mewujudkan semula sekolah menengah swasta" ini, yang pada hakikatnya janji BN pada 25 tahun lalu.
Pengamatan
Sesungguhnya, PRK Tenang juga merupakan satu cabaran kepada PAS, yang menguji sama ada parti politik ini mampu bertahan di kawasan campuran. Malah, ia juga menguji sejauh manakah hubungan kerjasama antara DAP-PAS-PKR, yang hampir tiga tahun terjalin di bawah nama Pakatan Rakyat.
Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti besar — sekurang-sekurangnya 5,000 undi — agak mustahil ekoran kempen DAP yang mula mendapat sambutan luar biasa.


Pagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.
Ahmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong.
Aku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.
Tak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.
Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.
Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

LABIS, 26 Jan — PAS menggesa calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim agar menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Tenang atas alasan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit itu berhadapan tindakan saman — berkaitan isu tanah — yang akan didengar bulan depan.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.
IKLAN PERCUMA DARI RAKYAT MARHAEN