KENYATAAN MEDIA KETUA CABANG TEMERLOH



SIARAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pahang telah mendapat maklumat dan mengesani kegiatan agen-agen UMNO/BN yang sekarang ini sedang aktif menghubungi anggota-anggota KEADILAN bagi tujuan dipujuk keluar dari parti.

Agen-agen UMNO ini yang juga dikenalpasti telah menghubungi anggota-anggota Parti di Temerloh dan Kuala Krau;memandangkan tidak ada sebarang respons di kedua-dua Cabang ini,dari maklumat yang di perolehi agen-agen UMNO telah mensasarkan anggota Parti di Cabang-cabang lain iaitu Kuantan,Inderamahkota dan Paya Besar.

Dari maklumat yang diperolehi kononnya sekitar 500 orang anggota KEADILAN akan membuat peristiharan keluar Parti secara beramai-ramai menjelang PRK DUN Kerdau pada minggu hadapan.

Agen-agen UMNO dikatakan telah menjanjikan imbuhan berbentuk wang ringgit kepada mereka yang ‘mengistiharkan’ diri keluar dari Parti.

KEADILAN Pahang sekali lagi menegaskan bahawa taktiks seumpama ini merupakan strategi perangsaraf lapuk;KEADILAN Pahang menegaskan seperti biasa mereka yang akan mengistiharkan keluar parti tentunya dari kalangan ahli-ahli UMNO yang diupah untuk mengaku sebagai anggota KEADILAN.

Pada masa yang sama KEADILAN Pahang turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana anggota Parti yang bersekongkol dengan BN dan melanggar disiplin parti.

Sekian,Terima Kasih

Bertarikh pada 22 hb.Februari,2011

Yang Benar

-----------------------------

Ahmad Nizam Hamid

Timbalan Pengerusi

Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat

Negeri Pahang;

Ketua Cabang KEADILAN Temerloh

No comments: