LAPORAN POLIS:PETISYEN BERSAMA

Berikut merupakan Petisyen Bersama Pertubuhan-pertubuhan dan Parti-parti
Politik ke atas dakwaan terhadap Lau Shu Shi dibawah Akta Polis Seksyen 90.
Beliau telah didakwa berkelakuan biadap dan mengeluarkan kata-kata dengan
nada yang tinggi serta mempertikaikan tindakan polis dan enggan bertenang
pada 11 Mei 2008.

Pada 11 Mei 2008, saudari Lau Shu Shi bersama aktivis-aktivis lain membuat
laporan polis di Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang setelah rakan aktivis
mereka yang menghadiri perhimpunan aman anti-ISA pada hari yang sama
ditangkap secara kasar oleh polis. Selepas selesai membuat laporan polis,
Ketua Balai Polis Jalan Petani pada waktu itu, C/Insp Jamaluddin Ismail
telah memberikan arahan untuk menahan Lau Shu Shi yang pada ketika itu cuba
mempertahankan hak rakannnya untuk membuat laporan polis mengikut hasrat
sendiri. Saudari Lau Shu Shi dan saudara Teh Chun Hong, seorang lagi
aktivis, telah ditahan secara keras dan kemudian direman semalaman.

Dua tahun kemudian, iaitu pada 1hb Ogos 2010, beliau menerima waran tangkap
pada lebih kurang pukul 11 malam, ketika beliau berada di sebuah kedai
makan. Pada sebelumnya, beliau berada di luar balai polis Jelutong untuk
menunggu kawan-kawan yang ditangkap dalam perhimpunan aman ISA di Dataran
Pidato, Padang Kota Lama Pulau Pinang.

Saudari Lau Shu Shi dibebaskan pada malam yang sama tetapi diwajibkan hadir
ke Mahkamah Jenayah pada pukul 8.30 pagi keesokan harinya. Seterusnya
saudari Lau Shu Shi telah didakwa di Majistret Timur Laut Pulau Pinang pada
2hb Ogos 2010 dan tidak mengaku bersalah. Kes mahkamah beliau telah
ditangguhkan
ke<https://docs.google.com/document/edit?id=1ByZO6D4R-QUAbPsJ9H-KrG4idfBHNrHlvaiTJjcF5bg&hl=en&pli=1>pada
16hb Ogos 2010 untuk sebutan tarikh perbicaraan. Perbicaraan saudari Lau Shu
Shi akan diadakan pada 20hb Oktober 2010.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa pendakwaan dibuat selepas dua tahun
merupakan tindakan yang berniat jahat. Pada dua tahun yang lalu, Lau Shu Shi
membuat laporan polis terhadap keganasan polis yang memang berlaku dalam
perhimpunan aman membantah Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau
sepatutnya mangsa dalam kes ini kerana beliau dilayan secara tidak
professional oleh polis yang menyalahgunakan kuasa dan seterusnya menangkap
beliau selepas beliau membuat laporan polis.

Kami berpendapat bahawa pendakwaan Jabatan Penguam Negara (Bahagian
Pendakwaan) ke atas saudari Lau Shu Shi merupakan satu penindasan
berlanjutan ke atas seorang aktivis hak asasi manusia.

Laporan polis dibuat oleh saudari Lau Shu Shi bukannya tindakan individu,
tetapi mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta seluruh badan bukan
kerajaan (NGOs) dan individu-individu lain di seluruh negara yang
memperjuangkan hak asasi. Pendakwaan ke atas saudari Lau Shu Shi juga
merupakan penindasan terhadap SUARAM, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan
juga penindasan ke atas mana-mana persatuan dan parti yang mempertahankan
kebenaran dan menghormati hak asasi manusia. Kesimpulannya, pendakwaan ke
atas saudari Lau Shu Shi merupakan satu titik hitam dalam usaha negara kita
untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokratik.
Ini telah bercanggah dengan Konsep Rakyat Didahulukan, Pencapai
Diutamakan.

Kami berpendapat bahawa tindakan saudari Lau Shu Shi membuat laporan di
balai polis merupakan pengamalan hak demokrasi individu dan menjalankan
kewajipan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotif jahat kepada
mana-mana pihak. Namun, pihak polis telah bertindak secara keras dan tidak
professional dalam menghalang saudari Lau Shu Shi daripada melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap hak asasi
manusia.

Dengan itu, pihak berkuasa harus mengugurkan sebarang pendakwaan ke atas
saudari Lau Shu Shi:

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Pulau Pinang

--
Ong Jing Cheng
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Penang Branch Coordinator,
63B-01-07, University Heights,
Jalan Sungai Dua,
11700 Penang.
Tel / Fax: +6 04-6582285
Mobile phone: +6 012 7583 779
E-mail: suarampg@gmail.com
http://suarampg.blogspot.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

No comments: