ANWAR HADIR PERASMIAN DAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT






Permatang Pauh- Dato Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan sehari ke parlimen beliau di Permatang Pauh sempat hadir dalam majlis penyampaian bantuan kepada sekolah agama rakyat

Dalam usaha meningkat mutu pengajaran Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau .Pinang telah menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz pada tahun 2010 menjadikan jumlahnya RM1.75 juta berbanding RM1.5 juta tahun lepas.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebanyak RM380,950 diberikan kepada 102 Sekolah Rendah Agama dan RM25,000 lagi kepada lima buah Sekolah Tahfiz.

Menurut Dato Seri Anwar Ibrahim lagi , bantuan kepada SAR ini juga meliputi Madrasah Manabil Ulul, Penanti sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah RM159.000, Madrasah Al-Aminiah RM183,000, Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah RM166,275, Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak 120,000, Sekolah Menengah Othmaniah RM90,000, Institut Pengajian Ar- Razi RM70,000 dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Khairiah Islamiah RM23,000.

Manakala SABK Al-Masriyah menerima bantuan berjumlah RM30,000, SABK Maktab Wan Jah RM13,000, SABK Faqiyah Daimiah, Permatang Pauh RM22,000, SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah RM25,000, SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 RM25,000, SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 RM19,000, SABK Al-Mashoor Islami RM25,000, SABK SMATI RM22,000, SABK Al-Mashoor Islami RM25,000, SABK Al-Imam An Nawawi,Lahar Minyak RM3,000, Sekolah Menengah Al-Itqan RM96,275 dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum, Permatang Pauh RM45,000.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man serta ADUN Sungai Bakap, Makhtar Shapee.

No comments: