TAKTIK MEMANCING UNDI

Taktik kotor memancing anggota AMK untuk melompat parti diketuai bekas Ketua AMK Cabang Parit Faizal Effandi Hashim dengan membuat panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Faizal bertindak demikian kerana kecewa kerana tidak dilantik menggantikan tempat Anuar Zakaria yang meletakkan jawatan pada penghujung 2009."

"Berikutan itu beliau (Faizal) mula menabur fitnah memburukkan parti dan menimbulkan kacau bilau dikalangan anggota AMK." Jamaluddin Mohd Radzi, wakil rakyat Behrang dari PKR yang melompat parti,turut terilbat dengan memperalatkan Faizal sebagai orang tengah."

"Jamaluddin memperalatkan Faizal untuk memancing anggota-anggota AMK dengan tawaran imbuhan yang lumayan."

Satu perjumpaan sulit diatur oleh Faizal pada 22 Mei lalu di salah sebuah kondominium di Ipoh yang dihadiri oleh Jamaluddin serta beberapa anggota AMK.

"Dari maklumat dalaman yang diperolehi butiran perbincangan adalah berkisar tentang keperluan meninggalkan perjuangan PKR dan kaedah untuk keluar parti.

"Sebelum pulang anggota AMK yang terlibat telah diberikan wang saku RM300.00 seorang."

"AMK juga telah menyiapkan laporan berkaitan untuk dihantar kepada Setiausaha Agung dan Lembaga Disiplin Parti agar tindakan tegas segera diambil sebagai peringatan dan langkah pembersihan dari elemen ‘lompat parti’ yang cukup negatif ini."

"Umum mengetahui mereka (wakil rakyat yang lompat parti) mempunyai masalah peribadi dan kewangan yang serius. Maka sokongan mereka terhadap Umno “ibarat sokong membawa rebah.”

"Kehadiran ramai pimpinan AMK Negeri termasuk yang telah membuat pendedahan pada hari ini membuktikan bahawa AMK Negeri Perak tetap kuat dan setia bersama PKR."

"Kita sedar perjuangan kita selama ini bukanlah berdasarkan kepentingan peribadi ataupun amalan politik kolot warisan budaya Umno tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap negara."


LAPORAN MEREKA YANG MEMBUAT PENGAKUAN

Abdul Jamil b. Abdul Halim – Ketua AMK Sungai Siput : Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima panggilan telefon daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan para pemimpin Umno dalam waktu terdekat.

Yahya b. Sijari – Ketua AMK Bagan Datoh : Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dengan mengatakan inilah peluang terbaik untuk mencari kesenangan untuk diri sendiri.

Mohd Uzaimi b. Mohd Yusof – Ketua AMK Gerik : Sekitar Mac 2010 telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan projek. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan pemimpin Umno dalam waktu terdekat.

Mohd Yusri b. Yaacob – Ketua AMK Lumut :Pada 19 Mei 2010 (Rabu) telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang. Beliau akan mengaturkan pertemuan dengan para pemimpin Umno dalam waktu terdekat.

Azzemi b. Adnan – Ketua AMK Tapah : Sekitar Mac 2010 telah menerima panggilan telefon dan sms daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang.

Manichalvan a/l Muniandy – Bekas Ketua AMK Beruas :Pada 18 Mei 2010 (Selasa) telah menerima panggilan telefon daripada Faizal memujuk untuk keluar parti dan menawarkan sogokan wang.



Abdul Yunus Jamhari
Ketua AMK Perak

No comments: