SALAHUDDIN AYUB DAKWA POLIS MENAKUT-NAKUTKAN PIMPINAN PAKATAN


Naib Presiden PAS PAS Salahuddin Ayub menyalahkan pihak berkuasa kerana cuba untuk menakut-nakutkan pimpinan PakatanRakyat dengan cuba menahan dan menyoal berhubung dengan laporan yang di buat di beberapa tempat.

Menurut YB Salahuddin yang juga merupakan MP bagi Kubang Kerian, tindakan tersebut adalah bertujuan agar para pimpinan Pakatan Rakyat tidak mendedahkan segala kepincangan yang berlaku yang di buat beberapa pimpinan kerajaan dan agar perkara ioni tidak dio dedahkan kepada umum.

Beliau juga mendakwa bahawa jika perkara ini berterusan berlaku, ianya bukan sahaja akan menjadikan kerja-kerja wakil Pakatan untuk memberikan khidmat kepada msyarakat tergendala kerana perlu mengadap pihak polis berulang kali.

"Mereka cuba untuk menakut-nakutkan pimpinan Pakatan Rakyat supaya kami dapat dihalang dari mendedahkanpenyelewengan yang berlaku " demikian jelas beliau.

"Rakyat melihat semua gelagat ini dimana kita dapati bahawa sama ada pihak berkuaa sendiri yang melakukan laporan atau pun penyokong.Namun kenapa mereka begitu sibuk melihat akan kita dan tidak menangkap begitu ramai "penyagak" yang lain" jelas beliau lagi.



Salahuddin dan Sivarasa telah di tahan polis untuk disoalsisat pagi semalam, kerana berceramah di tapak expo Seberang Jaya pada 7 Februari lepas.Sebanyak 7 laporan polis dibuat ke Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Menurut Salahuddin lagi, beliau bercakap mengenai isu Allah yang boleh di guna oleh agama samawi yang lain dan juga kes Anwar Ibrahim yang mana mendapat cemuhan masayarakat antarabangsa mengenai perjalanan proses pengadilan tersebut langsung memburukkan pentadbiran DS najib Razak.

"Saya juga bercakap mengenai Dasar Ekonomi Baru yanghanya menguntungkan sebahagian kecil orangMelayumelainkan penyokong dan pimpinan Umno." dekian ujar beliau lagi.

Manakala Sivarasa juga menjelaskan bahawa beliau ada membuat andaian yang aman ianya bukan sahaj membuka mata masyarakat, tetapi masyarakat boleh membuat andaian berhubung dengan kes tersebut.

" Saya tidak nampak apa-apa kesalahan yang boleh berlaku dengan ceramah saya selagi saya dapat menyedarkan masyarakat dan membenarkan mereka berfikir mengnai kes yang akan berlaku"

No comments: