DS NAJIB BENARKAN PERHIMPUNAN ESOK-MONYET BUKAN LAGI MONYET

Tidak boleh halang demo isu 'Allah': Najib



10:36am
Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

Selalunya perhimpunan akan di "haramkan", namun kini di "halalkan", jadi nampaknya yang di katakan monyet dahulu bukan lagi monyet nampaknya.Yang di katakan budaya asing bukan lagi budaya asing, yang di katakan sebagai ejen asing pun bukan ejen asing, yang di katakan di taja oleh ejen asing bukan lagi ditaja ejen asing...


Sikap sedemikianlah yang sering di permainkan rakyat kerana kerajaan di lihat double standard dalam beberapa hal.Adakah jika ini di anjurkan oleh pihak yang di persetujui dan tidak pula di halang dan selama ini semuanya tidak di halalkan.


Rakyat mula menilai apa sahaja arahan dan juga perintah yang di keluarkan pemerintah.Jika begini isu pokok utama ialah adakah bantahan ini bertujuan untuk menegakkan agama islam itu atau menjadi medan bagi meraih sokongan agar semuanya di katakan bersatu.

Kita harap isu ini tidak di sertai oleh penyokong pakatan rakyat kerana tujuan di sebaliknya dilihat tidak ikhlas dan jujur untuk mengadakan demontrasi dan dalam masa yang sama pula hak dan keistimewaan islam itu sendiri sepatutnya dijaga lebih dari sekadar mempertahan nama Allah semata-mata demi tujuan lain dan bukan tujuan suci menegakkan agama itu.

Sementara itu Ketua Pembangkang DSAI mengarahkan semua penyokong agar jangan menyertai demontrasi tersebut.Menurut beliau kerajaan mengamalkan sikap double standard dalam membenarkan demontrasi di negara ini.Beliau kemudiannya mempertahankan dakwaan bahawa pengunaan nama Allah boleh di gunakan oleh agama Kristian.

No comments: