WAHAI WAKIL RAKYAT-IWAN FAL

KEDUANYA SUDAH DIKETAHUI AWAL-NAMPAKNYA KENA MATANG BERPOLITIK LAH.

Permohonan injunksi Sivakumar ditolak
IPOH 1 Sept. – Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan injunksi bekas Speaker, V. Sivakumar menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri daripada mengganggu pakatan pembangkang mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri esok.

DUN Kota Siputeh kekal milik BN - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh masih disandang Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengumumkan hari ini.

KEDUANYA ADA KAITAN DENGAN SPR.JADI WALAU PUN ADA KES YANG JELAS.SPR ADA KUASA.AKAN TETAPI RAKYAT MENILAI SEMUA INI.MAKA KERANA ITU KESANNYA AMAT BERAT BUAT UMNO/BN.

GUAN ENG HADIR BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK PERMATANG PASIR










(Kanan) menerima kalungan dari kelab penyokong PAS dari Tasek Gelugor




PERMATANG PASIR 31 Ogos-kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat amnya semalam telah disambut dengan diadakan satu majlis berbuka puasa dimana turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri YB Lim Guan Eng,Exco Kerajaan negeri YB Malik,Yb Ustaz maktar,Yb Dr Mujahid dan tuan rumah Yb Ustaz Saleh Man .
Majlis bermula dengan diadakan tahlil dan doa dimana semua petugas dan juga orang ramai yang hadir sebagai tanda syukur diatas kemenangan dalam pilihanraya baru-baru ini.YB ustaz salleh Man yang berucap mengucapkan jutaan terima ksih yang tidak terhingga kepada semua yang turun membantu memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya baru-baru ni.
Sementara KM Guan Eng pula mengucapkan terima kasih kerana sesungguhnya agama itu tidak dapat di pisahkan dari semua kaum untuk bersatu dalam membentuk sebuah masyarakat yang beragama dan harmonis.

UMNO TAK BOLEH TOLONG!!!!

KAMPUNG BUAH PALA SELESAI??

SURAT RAYUAN PENDUDUK KAMPUNG BUAH PALA

Sept 1, 2009

Pertubuhan Penduduk –Penduduk Kampung
Kampung Buah Pala
Pulau Pinang

YB Ketua Polis Pulau Pinang
Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang
Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Datuk,Per: Rayuan terhadap Tindakan Pihak Polis berhubung Kg Buah Pala



Merujuk kepada perkara di atas, kami, penduduk-penduduk Kampung Buah Pala, ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi perlindungan kepada kami dan telah memaparkan tingkah laku yang amat professional selama ini.Kami juga amat tehutang budi kepada polis selama ini kerana telah menjaga keselamatan penduduk-penduduk kampung.


Tetapi baru-baru ini, kami amat dukacita dan pilu dengan tindakan pihak polis terhadap penduduk –penduduk kampung ini yang boleh mencemarkan nama baik polis.Kami merujuk kepada insiden-insiden berikut yang membuktikan bahawa terdapat beberapa pegawai / anggota polis yang menyokong pihak pemaju yang beria-ria untuk meroboh kampung kami:



1. Pada 13/8/09, pihak polis atas arahan Ketua Polis Daerah Timur Laut telah menceroboh masuk ke dalam rumah-rumah kampung untuk menolong pemaju menghalau kami dalam cubaan merobohkan rumah-rumah kami.


2. Dari segi undang-undang, pihak polis tidak sepatutnya menolong dan bekerjasama dengan pemaju dalam sebarang tindakan untuk merobohkan rumah-rumah kami

1.Kami ingin memaklumkan kepada pihak polis bahawa pemaju hanya mempunyai perintah untuk pegangan kosong untuk rumah kami.

2.Kami memaklumkan kepada polis bahawa pemaju tidak mempunyai perintah untuk merobohkan rumah-rumah kami.



3.Kami seterusnya memaklumkan bahawa pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk menceroboh masuk ke dalam rumah kami dan membantu pihak pemaju untuk melaksanakan perintah untuk pemaju mengambil pegangan kosong rumah-rumah kami.Oleh demikian , kami memaklumkan bahawa polis telah menyalahi undang-undang dengan menceroboh masuk ke dalam rumah kami dan membantu pihak pemaju untuk mendapatkan pegangan kosong rumah kami dan untuk merobohkan rumah-rumah kami.



3. Pada malam 29/8/09, pihak polis atas arahan Ketua Daerah Polis Timur Laut telah menangkap dan menahan tiga ahli jawatankuasa utama Pertubuhan Penduduk-Penduduk Kampung Buah Pala, iaitu pengerusi persatuan En.Sugumaran, setiausaha En.Steven dan penolong setiausaha En.Thamaraj. Mereka ditangkap berdasarkan dua laporan polis yang dibuat pemaju pada 4/8/09 dan seorang wanita pada Julai 2009 terhadap mereka.


Kami dimaklumkan bahawa pihak polis telah cuba mendapatkan perintah reman terhadap jawatankuasa penduduk yang ditahan atas tuduhan Sek 506 Kanun Jenayah sebelum pihak pemaju melaksanakan tindakan untuk merobohkan kampung kami pada 3/9/09. Kami memaklumkan kepada pihak Dato’ bahawa keseluruhan penduduk kami sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis dalam sebarang siasatan kes penipuan tanah Kampung Buah Pala.


Kami sesungguhnya percaya bahawa pihak polis telah menyalahguna kuasa untuk menahan ahli-ahli jawatankuasa persatuan penduduk berdasarkan suatu laporan pemaju yang tidak berasas.Kami memaklumkan kepada pihak Dato’ bahawa tindakan polis baru-baru ini menggambarkan seolah-olah pihak polis menyokong pihak pemaju untuk melaksanakan tindakan meroboh rumah-rumah kami.Kami dengan rendah diri memohon jasa baik Yang Berhormat Dato’ untuk menyiasat tindakan-tindakan polis baru-baru ini yang mencurigakan dan menjejaskan nama baik polis sendiri.


Kami menghargai kerjasama dan budi baik pihak polis.

Terima Kasih.Dengan Ikhlas

Penduduk-Penduduk Kampung Buah Pala