Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali


PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.


Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.


Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.
"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.
Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.


Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.
Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.


"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.
Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.
Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.


Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi.

CERAMAH MALAM AKHIR-GRAND FINAL

CERAMAH BESAR MALAM INI DI TAMAN GUAR PERAHU DAN JUGA KUBANG SEMANG

PENCERAMAH

DSAI
MAT SABU
YB SAIFUDDIN
YB AZMIN


SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDENGAR AMATNAT AKHIR KEMPEN PILIHANRAYA PENANTI.

ESOK SEMUA KELUAR MENGUNDI.

SUKANEKA AMK SEDANG BERLANSUNG







Tenang dan bersantai.AMK bersantai setelah cabaran untuk mereka tiada saingan di Penanti.Pemuda Umno tiada di Permatang Pauh dan setelah penat berkempen mereka mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim sesama mereka.








UNDI BERMULA.KEMPEN MAKIN RANCAK

AZMIN- LEBIH BAIK DERADA DIBAWAH PENTADBIRAN CINA DARI MELAYU PERASUAH








"Lebih baik berada di bawah pemerintahan Guan Eng jika ianya tidak mengamalkan rasuah dari berada di bawah pemimpin Melayu yang hanya tahu memperkayakan diri dan keluarga malah rasuah " demikian jelas Azmin lagi.beliau berkata demikian apabila berceraah semalam.


NASARUDDIN-JIKA JIMAT DUIT RAKYAT,MANIK URAI JANGAN MASUK BERTANDING







ISU PENANTI

Beliau yang juga merupakan YB Bachok klantan menjelaskan bahawa kerajaan Bn membazirkan wang apabila menggunakan khidmat poolis secara maksimum dalam setiap pilihanraya.Paa hal menurut beliau tiada sebarang kejadian yang tidak diingini jika Umno Bn tidak bertandin dalam pilihanraya. Malah menurut beliau lagi dala pilihanraya di Terengganu hampir 6 juta digunakan hanya untuk menyewa khemah bagi kediaman pihak polis.Di terengganu sahaja hampir 16 juta di guankan bagi perbelanjaan pilihanraya.


Penanti juga merupakan sejarah yang tidak boleh dilupakan apabila sampai kini Umno tidakberani meletakkan calon dan tidak bertanding.kita dengar berbagai alasan yang diberikan malaha mahathir sendiri pernah berkata bahawa "people are sick by election .But i say people are not sick by election but people are sick with u and Bn" jelas Nasaruddin lagi



ISU KREDEBILITI PM-PAS CABAR KERAJAAN AMBIL TINDAKAN

Sehingga kini PM DS Najib masih diam membisu kerana berbagai tanggapan burok diberikan.Malah menurud Nasaruddin lagi, kes yang dikaitkan dengan beliau sehingga kini masih belum selesai dan PAS menuntut agar agar ianya di jelaskan kepada rakyat demi menjaga nama dan kreadibiliti kerajaan dan nama beliau sendiri.Beliau juga menjelaskan bahawa sehingga kini 13 buah akhbar diselurh dunia dan eropah melaporkan kejadian tersebut misalnya di Perancis,London,Indonesia dan beberapa lagi negara Eropah,namun kerajaan diam membisu.

"Bagi kita PAS apabila akhbar The mirror menuduh bahawa Tn Guru Hj Hadi adalah salah seorang penganas Al Qaeda dan kini di tahan di penjara, kita terus ke london danmengambil seorang peguam di sana dan menyaman akhbar berkenaan.Dalam hanya 10 hari akhbar tersebut memohon maaf dan membayar pampasan.Itu cara kita nak bersihkan nama presiden PAS" disambut dengan tepukan para hadirin yang dianggarkan 3000 orang semalam.



"Ianya adalah isu wibawa,kreadibiliti ,dan juga maruah kerajaan, dan kini rakyat sedar, ada pilihanraya kita kekalkan kemenagan dan merampas kawasan yang dikuasai mereka .Misalnya di Permatang Pauh. Kuala Teranggnu ,Bukit Gantang dan Bukit Selambau.dan DUN Penanti calon kita akan ditabalkan sebagai calon Timbalan Ketua Menteri"

"Saya mewakili PAS kita turun ke peringkat bawahan harapan kita hanya satu iaitu 31 Mei keluar dan undi undi calon PKR." demikian jelas Ustaz nasaruddin mat isa lagi.


J"angan takut ugutan,media dan apa yang ditulis.Kuasa di tangan tuan-tuan yang menentukan masa depan negara.Baik Umno PAS atau siapa sahaja 31 Mei keluar dan undi Dr Mansor Othman" rayu Nasaruddin di akhiri dengan salam.

ADUN TEJA- SPRM ALAT PEMERINTAH


ADUN TEJA-menjelaskan bahawa SPRM menjadi alat kepada pemerintah sambl memetik bahawa kes PKFZ adalah satu kes yang cukup besar ,namun apabila ada sahaja aduan berhubung dengan pimpinan Pakatan Rakyat, mereka cepat-cepat mengambil tindakan.
Beliau juga menjelaskan tentang kejadian yang berlaku berkaitan denganaduan rasuh yang lain masih lagi terperap dalam siasatan dan sehinggga kini tiada sebarang tindakan yang di kenakan.
Misalnya kes yang berkaitan dengan VK linggam, sehingga kini terperap tanpa diambil sebarabg tindakan.

CALON BEBAS CAP WAU BULAN BERKEMPEN



Semangat yang ditunjukkan oleh Nai Khan, calon BEBAS cap wau bulan.Beliau mendakwa bahawa wau bulan dapat terbang tinggi dan simbol pada budaya.Beliau berjalan kaki untuk berkempen di kampung-kampung berhampiran.

Beliau yang berketurunan Siam ini bersungguh-sungguh walau menyedari baha kemenangan buanlah berpihak kepada beliau , namun semangat dan tekad beliau dihormati.Nai khan adalah keturunan Siam dan bekas ahli parti Gerakan.

ANAK MUDA BERSAMA MENDENGAR TAZKIRAH DARI USTZ NASARUDDIN MAT ISA




Kesempatan selepas berceramah. Anak muda tertarik untuk mendengar tazkirah.Inilah yang jarang-jarang ada di kalangan pimpinan parti yang tidak bertanding.Perjumpaan ini mengeratkan silaturrahim antara pimpinan dan anak muda.ianya bukan berbual kosong naun ianya dalah pegisian dari segi rohani dan semangat perjuangan dengan mengabil contoh perjuangan tokoh-tokoh islam dan bahawa islam itu adalah adil.
Perjumpaan anak qaryiah Kubang Semang ini dimanfaatkan bersama pimpinan sebagai satu peluang bagi mendekatkan pimpinan dan menawan hati anak muda dengan bimbingan dan pengisian fikrah islam.

ALIRAN Juga turut serta


Exco ALIRAN Andrew hadir menjual majalah ALIRAN MONTLY dan juga baju T Aliran

BILIK GERAKAN AMK SELANGOR


Khairul Anwar Jonah sedang memberikan penerangan dan perbincangan bersama AMK Selangor yang berkampong di Taman Guar Perahu dalam misi membantu menwan dan mengekalkan Penanti ditangan Pakatan Rakyat.Misi mereka ialah mengatur strategi bagaimana membawa para pengundi dan kempen di saat akhir.




Gambar-gambar gerak kerja yang dijalankan.



KEMPEN MAKIN RANCAK


Penanti-Kempen disaat akhir di markas PAS Kubang Semang.Calon PKR Dr Mansor Othman memberi ucapan dalam kempen pilihanraya Penanti.beliau menyeru orang ramai agar keluar mengundi pada 31 Ogos kerana ada ihak tertentu yang tidak bertanding cuba untuk membawa pengundi keluar dari Penanti.
Beliau menjelaskan bahawa TEKUN akan di pergiatakan dan juga kelas-kelas tusyen yang akan diperkenalkan serta perumahan untuk rakyat miskin dan mampu milik.




Sebelah petangnya -perjumpaan dengan guru dan bekas guru-guru menjelaskan matlamat dan tujuan bagi melicinkan jentera pentadbiran negeri bagi membantu kaum Melayu dan lain-lain kaum dalam dasar perjuangan Pakatan Rakyat.