PELANCARAN SRIKANDI OLEH KETUA WANITA




PERMATANG PAUH-Pelancaran bilik gerakan srikandi Keadilan di Permatang Pauh pagi tadi oleh Yb Zuraida Kamaruddin ahli parlimen Ampang dan juga ketua wanita.Semoga Srikandi sekuat nama untuk berkempen di pilihanraya penanti.

Anwar-Umno guna Proksi ,takut bertanding tetap hentam Pakatan di Penanti

Berapit-Ketua Umum PKR DSAI semalam menegaskan bahawa Umno takut untuk bertanding namun menggunakan siaran Tv untuk menghentam Pakatan Rakyat.Beliau juga mendakwa bahawa Umno menggunakan proksi namun takut untuk bertanding.

Pemilihan Dr Mansor kerana ianya dapat membantu orang Melayu dan juga Guan Eng mentadbir , malah mendakwa bahawa Kerajaan negeri selama ini dipilih dari kalangan orang cina oleh kerana ramai kaum cina di Pulau Pinang maka pentadbirannnya di ketuai oleh kaum cina, namun percaya Guan Eng membantu kaum Melayu dengan meningkat dan hapusnya miskin tegar di Pulau Pinang.

Beliau juga mendakwa bahawa kerajaan mula menunjukkan taringnya apabila menggeledah ibu pejabat DAP dan ini dianggap sebagai tidak demokratik sebagaimana yang dilaungkan sebagai One Malaysian.



Guan Eng-Kerajaan Negeri berjaya Hapuskan miskin tegar


Berapit- Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa semalam bahawa Umno menyatakan bahawa 1.1 juta diberi bagi membantu hanya segelintir kaum di Pulau Pinang dan kerajaan beliau berjaya menghapuskan seramai 1728 rakyat miskin tegar dengan sekurang-kurangnya yang berpendapatan dari rm 400 ke rm 500 sebulan dalam hanya setahun.

Beliau akan mendakwa Dato Zainal Abidin menggunakan 1.1 juta membantu 22 orang miskin dan sebuah keluarga akan mendakwa jika itu yang dikatakan, bermakna keluarga tersebut akan mendapat rm 50 sebuah keluarga .Beliau akan mendakwa Umno jika ini tidak betul dan dari mana wang ini didapati.Dimana semua 22 buah keluarga tersebut , jika tiada bukti mereka akan di dakwa.

YB Dato Seri Nizar-Rakyat tolak Kerajaan haram Perak


Berapit- Ketua menteri Perak Yb Nizar tetap mempertahankan tindakan beliau adalah sah terutamanya persidangan di bawah pokok,Sivakumar adalah speker yang sah dan beliau akan tetap melawan.
Rakyat menolak dan oleh kerana rakyat sudah cerdik, maka rakyat tahu apa yang berlaku dan mendakwa dalam pilihanraya yang ke 13 nanti Umno /Bn akan berkubur.