SOSIAL-SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB HARUS JUGA DI HUKUM BUNUH


Pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani, 36, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan serta kepalanya dicukur hampir botak, disyaki didera oleh majikannya di Taman Sentosa, Klang, meninggal dunia hari ini.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10 pagi selepas lima hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak 20 Oktober lalu.
Mantik ditemui terkunci di dalam salah sebuah tandas di rumah majikannya di Jalan Datuk Yusuf Shahbudin 6, Taman Sentosa, di sini, 20 Oktober lalu.
Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan begitu lemah dan lesu dipercayai didera serta tidak diberi makan sejak beberapa hari oleh majikannya selain kepala dicukur hampir botak.

Bagaimanapun, polis berjaya menyelamatkan mangsa pada pukul 7 petang hari sama selepas menerima laporan mengenai penderaan itu sebelum dikejarkan ke HTAR untuk rawatan lanjut.
Susulan itu, lelaki yang merupakan majikan mangsa telah menyerah diri kepada polis sehari selepas mangsa ditemui dan suspek dikenakan reman sehingga 28 Oktober manakala isterinya sehingga esok.
KITA TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA.NAMUN PERBUATAN INI KETERLALUAN DAN KEJAM SERTA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.DEDAHKAN WAJAH "PENGGANAS" INI AGAR SEMUA ORANG MENGENALINYA.KITA BERHARAP KETIKA DALAM PENJARA NANTI, BELIAU AKAN JUGA DI HUKUM DENGAN APA YANG BELIAU LAKUKAN.HUKUM MANUSIA KEJAM INI DENGAN HUKUMAN BUNUH KERANA MEMBUNUH.

No comments: